NuffnangX

Monday, January 18, 2010

Hari Malas, Papa & Adik

Assalamualaikum...

Ari ni tak tau kenapa... Rasa macam tak seronok nak pegi work. Mungkin sebab my best buddy still on leave till Rabu nih. Saya memujuk hati sendiri dengan berkata "tak pe... tinggal brape hari je pun lagi nak keje kat office ni..." Even dah memujuk hati, still, bersiap mengikut waktu permaisuri (selama yg boleh)... Mana tak nya.. Start bersiap before 11 dan hanya berjaya keluar dari rumah kol 12. Pas tu, before masuk kreta, sempat lagi melayan si Ceng Cik (my kucing angkat). Tak cukup dengan itu, saje je ikut jalan jauh menghala ke office. On the way nak pegi keje tu sempat lagi singgah isi minyak. Hahaha... Punya la tak de mood nak pegi keje kan? Budget mmg akan sampai lambat la. Ye la, nak mencari parking kat office tu satu hal lagi. Tapi kan... Alhamdulillah lah, sampai je kat tempat parking tu, ada plak kosong. Before naik office, singgah membeli belah dulu kat convenient shop.

Ari ni sebenarnya ada event kat office. It's our Official Opening. Siap ada lion dance segala bagai. Macam biasa, saya dilantik menjadi photographer. Nak kata terror sangat amik gamba tu takde la, tapi sebab saya tuan punya camera, so diorang suh la jadi photographer. Tapi kan saya dah kata ari ni ari malas saya. So, saya telah menominatekan orang lain pulak untuk jadi photographer. Hahaha.. Tapi masa lion dance tu, sempat la juga saya me-nominate-kan diri sendiri. :) Biasala kan kalau nama pun event, sure la ada makan2. Orang lain pegi la amik makanan, tapi saya malas. Nasib baik la ramai adik2 yg sayangkan saya. Diorang amik makanan and kumpul kat workstation saya. Eh, bukan untuk I sorang ye. Makan ramai2.

Balik keje tadi, saya ni bersungguh la rush nak balik cepat, konon nak rebut parking la kat umah. Akan tetapi, hanya berjaya dapat parking (itupun kena tolak kreta) selepas 30 minit. Hish.. Bongok betul la kan?

Itu je la kot mengenai Hari Malas saya.. ;)

******************************

Pagi tadi Ibu saya text saya tanya weekend ni saya cuti ke tak sebab nak ajak balik Rembau. Kalau boleh, dia nak saya spend masa saya untuk Papa saya. How I wish I could. Tapi apakan daya, saya kena kerja. Lagipun, Ahad ni merupakan last day saya kat office tu. Ibu saya kata, papa kurang sihat. Sebab tu dia nak saya luangkan masa untuk Papa.

Petang pula, saya terbaca status FB adik kesayangan saya yg sedang kecewa. Bukan kecewa sebab cinta, tapi kecewa sebab fail lagi computer test untuk amik lesen kreta. Kesian dia. Saya tau dia kecewa coz Adik yg saya kenali jarang lah letak status frust macam tu. Lagi satu, sebab dia takut papa saya marah. During my break tadi, I called Papa untuk tanya khabar. Memula tu dia act macam biasa. Tapi saya boleh dengar dia dlm kesakitan. Bila saya tanya, dia kata dia semput. Dah dua minggu. Aduhai... Bergenang air mata saya. Lepas tu dia mengadu pasal adik kesayangan saya tu pulak. Mungkin dia xmo saya dengar dia marah2, dia suruh saya call adik saya... Saya call adik saya, and saya boleh dengar suara sedih dia. For the first time, dia nangis bila cakap ngan saya. Lagi skali, air mata saya bergenang. Kesiannya dia. Kalau lah mereka dekat, saya nak sangat peluk 2 insan kesayangan saya ini kuat2. Kalau boleh, biar saya take over sakit papa. And kalau boleh biar saya yg pegi amik test tu untuk Adik. Apa saja, asalkan mereka gembira...

*saya sayang ahli keluarga saya yg lain juga ;)