NuffnangX

Friday, October 11, 2019

Should I?

Hi.

Ok I know this is quite random la kan. Tapi should I buy a physical journal/diary? Bukan apa. Sebab hari tu ada la tertengok igs sorang ni. She said, kalau boleh, get yourself a small notebook/journal/diary for you to jot down your daily activity. Coz bila u menulis at least ur brain is working. Mata, kepala, tangan semua bergerak. And tak semestinya tulis mcm diari or karangan panjang2 tu. You can also scribble ke conteng ke draw ke. Ada betulnya. Masa kerja dulu i always have kertas kosong/kertas conteng under my keyboard. So bila rasa mcm stress or apa2 je kat kertas tu aku tulis/conteng. I know sekarang ni mana la ada orang or maybe ada tapi sangat sikit org yg nak tulis2 kat buku ni. Tapi why not kan? I used to have a small notebook in my handbag dulu. Dalam tu always tulis things to do, monthly bills or things to buy. Tapi aku tak tau la mana buku tu sekarang. Ada la tu kot dalam one of the handbags. 

Ye lah. I think i should. Kan?

Tuesday, July 24, 2018

Masalah kecik2 je

Assalamualaikum and good morning.

Kita bersiaran pagi sikit pagi ni. Sebab apa?
Sebab budak kenit dah kena pegi school =)
Ayah yg suruh hantar so that mama takyah la bawak piya pegi IOI jap lagi.
Tapi dia tak tau bila mama sensorang adalah sangat bahaya coz panjang pulak lah langkah mama jap lagi.

On the other note, iols dok terfikir lah kan.
Macamana mothers out there kejut anak2 pegi school pagi2 eh?
Sebabnya.... Every morning mama memang jadi naga nak kejutkan anak2.
Dia boleh buat keras je masing2 dengar suara petir mama.
Haizzzzz...
Nak suruh tido awal pun satu hal.
The earliest diorang tido adalah pukul 10.30-11
Itu pun selepas adegan ugut mengugut nak pasang citer hantu or nak rotan or nak tutup lampu biar bilik gelap gelita.
How la????
Aku taknak la kan asyik nak menaga je. Tapi tu lah. Bila cakap elok2 takde la pulak yg nak dengar. Siap boleh bergurau senda ye bila kita suruh dia tido.
I is STRESS.
Hahaha. Nak tidokan anak pun boleh stress. Boooo siti radz booo :P
Maunya tak stress. Bila ko bangun lambat maka ko sampai school pun lambat lah kan.
Ari tu Pn Principal dah whatsap bgtau kalau boleh datang la awal coz sesi pembelajaran start awal pagi. Malangnya seminggu tu je la yg awal nya.
Lepas tu, selagi tak pukul 10 selagi tu la tak nampak muka korang kat school.
Malu la kan asyik muka anak2 kita je yg memanjang lewat. Ni baru school main2. Esok2 dah kena pegi school betul, acane????
Nampak gaya mcm kena menaga hari2 la kan...

Doakan mama sentiasa diberi kesabaran yang tinggi dalam mendidik dan membesarkan anak2.
Aaminn....


Monday, July 23, 2018

Phone-less

Assalamualaikum.

Eh tensionnya la hai phone rosak ni.
Memula macam nak hati kering 'ah lantak ko la kat situ' tapi ternyata ia menyiksa ku. Chewah.
Bayangkan la phone gila tahap tetiba call orang. Tetiba kang screen dok bergerak2 bukak itu ini. Paling best tadi siap bukak email and tried to forward the mail ntah ke siapa with message yg merapu(obviously). Eh sakit sangat hati kita ni.

Dah cuba la search mana2 kedai repair iphone kat area bangi nih.
Tapi cuba cerita cemana pulak iols nak mencari kedai tu segala when my phone is not in a good condition. Takkan nak bawak laptop?
What i'll do now is to 'visit' Machines tomorrow.
Tengok lah apa kata mereka. Siap sedia je la mendengar jawapan tentang cost besok.
Kot mahal nau2 ala2 boleh dapat phone lain yg baru, better lah takyah repair.
We'll see tomorrow.

Haih, kan best kot duit jauh sejelepuk atas riba time2 cam ni.

Ta ta for now, people!

Alkisah hari Isnin

Assalamualaikum.

Salam hari Isnin semua.
Phone ai rosakkkkkk. Adeh. Acano nih.
LCD rosak. Mama syak motherboard yg rosak.
Tetiba takleh tekan. Pastu tetiba kang ko bukak segala application yg ada as if ada orang yg tekan.
Tadi tetiba je video call Nen. Nasib lah Nen. Kalau orang lain?
Tak ke nanti orang ingat apa?
Adehhhh... kalau betul la motherboard yg rosak, abes laaa
It will cost me a bomb man!

Ai is sedih.
Perlu hybernate for a while.

Bye for now :(

Thursday, July 19, 2018

Demam[dot]com

Assalamualaikum...

Mama tak berapa sihat pulak hari ni. Dari petang semalam tetiba je selsema tahap sakit kepala semua tu. Pagi tadi bangun tido dengan hidung tersumbat and kepala yg berdenyut2. Adeh la. Dah la si kenit aafya tu tengah mood meragam sentiasa. Asyik nak berdukung sentiasa and mama taklarat nak dukung lama2. Huhuhu je lah yang mama mampu :(

Bertabahlah mamaaaaaa. 

Till then, take care people!

Wednesday, July 18, 2018

Jom borak2

Assalamualaikum...

Sementara si kecik aafya tido, meh la kita borak lagi.  Apa aktiviti seharian mama ye sejak jadi house manager ni?

Hari mama bermula dari lepas subuh. If lepas subuh tu tido balik maka hari mama akan bermula pukul 8 pagi. Seawal 8 pagi tu lah mama akan jdi jam rosak utk anak2 coz they have to be ready latest by 9. So menjerit2 lah seorang mama membangunkan anak2. Once they're up, siapkan terus. Termasuklah si kenit aafya sekali. Part siapkan anak2 ni mmg mama teamwork ngan ayah. Sorang mandikan sorang lagi siapkan pakai baju. Cenggitu. Then semua turun bawah. Sambil2 mama siapkan beg anak, budak2 ni sempat la main2 kejap then off to school. 

Settle ngan anak2 yg sekolah. Time for aafya's breakfast pulak. Sambil2 tu mama join sekali. Siap2 keluarkan lauk utk masak nanti. Once settle ngan bfast mama bagi dia main2 sendiri. Thats when mama kemas dapur sikit and proceed jemur baju. Then tidokan aafya pulak. Dengan harapan dia tido lama. While aafya is asleep, mama naik atas utk kemas apa patut kat atas tu. Oh btw biasanya ayah dah off to work masa bfast tu. Siap kemas kat atas, kita kemas kat bawah pulak. Biasanya time ni dak kecik dah bangun. So bagi dia main2 sambil snacking. Pastu Lunch time. Then main2 lagi ngan aafya sampai dia penat then tido kan balik. Time dia tido 2nd round ni mama mmg dah kena masuk ofc. She'll join me at the kitchen bila bangun. Kadang2 siap masak awal, mama join piya sleep. Tapi selalu sangat terjadi mama baru lelap 5 minit, dia dah bangun. Hahaha. 

By 6 dah kena fetch abang and kakak. Balik tu tengoklah keadaan. Kadang2 main kat luar. Mama suka je kalau diorang main kat luar. Sebab nak diorang penat. By 7 semua kena masuk rumah and mandi. Lepas maghrib get ready for dinner. Lepas dinner mama biar diorang main kat depan while mama kemas dapur. Lepas opis mama clear baru mama join anak2 kat depan. Sambil2 tengok tv kita ajak diorang belajar. Buatlah revision apa patut. By 10 kita naik atas. Mmg tak pernah terjadi naik atas terus tido. Biasanya mama join diorang baring2 sambil borak2 sampailah semua tido. Putting your kids to sleep is the hardest thing to do. Tak sah kalau mama x jadi naga. 

Time anak2 dah tido la mama akan sambung keje lain. Such as isya' and lipat kain. Bukan x nak lipat kain terus time angkat tu tapi u know bila ada anak kecik, ko lipat, dia uraikan kan balik. I is  x suka. Biasanya mama tido paling awal pun 1am. 

So basically camtu lah rutin mama. Tu tak termasuk hari yg mama kena pegi pasar, pegi kedai, aafya meragam tak tentu pasal, mama takde mood, and so on. You know those unexpected things. 

To be honest mmg penat lah jadi hsewife ni. Mandi pun kena cepat2. Berak? Lupakan lah nak berak ngan aman. Tahan selagi boleh or tunggu anak tido baru boleh aman. Makan? Takkan dapat dengan aman. Makan menyambil sentiasa. Solat pun kengkadang hujung2 time. Tapiiii... bila fikir the rewards, mama redha. Penat memang penat tapi berbaloi. 

Oops dak kecik dah bangun. Till then, bye people!

The story of a house manager :)

Assalamualaikum...

Ya Allah lama betul tak bukak blog. Nasib la ingat lagi password. Wakaka :P Ntah kenapa tetiba ari ni teringat pulak kat blog kesayangan ni. Chewahhhhh. Yang sebenarnya ko bosan. Ko takde kawan nak borak2. Takkan nak borak ngan dak2 minions, ye tak? Mama ni hsewife, so opis mama kat rumah la. And my ofcmate adalah si kecik, Aafya. She's my stakeholder. A very demanding stakeholder. Abang and Kakak, memang kena pegi school. Eh, mama kan tak keje. Kenapa anak2 kena hantar nursery/daycare jugak? Well, ianya adalah disebabkan mama nak diorang berkawan. Sebab kalau tak pegi school, maka terperaplah korang adik beradik dalam rumah. Berkawan lah korang 3 beradik je. Sebab mama bukan jenis nak bawak keluar. Hatta ke playground sekalipun. So, untuk itu, sila pegi sekolah. Oh, lagipun, time diorang sekolah la mama boleh relax sikit. I mean, boleh la mama concerntrate buat keje rumah sambil2 melayan Aafya. And sekali sekala, Aafya pun kena pegi school. Kira macam offday mama la. Takde la offday sangat pun. Sebab mama still kena masuk 'opis'. Kena gak buat house chores. Cumanya takde la terkejar2 dengan nak melayan my clingy-koala. 

Dah masuk 8 bulan mama jadi 'house manager' nih. And to be honest, mama rasa mama kena cari kerja soonest possible. I need to have time on my own. Don't get me wrong. I love spending time at home. I love managing the house as well as the kids. But you know... I have been working eversince my Uni days. Tetiba ko kena duduk rumah. Tak bekerja. Tak berkawan. I is cannot ye. I feel like i'm wasting my skills and experiences as well as the knowledge yg bertahun2 ku timba. Cewah. On top of it adalah, bila ko dah biasa pegang duit sendiri, belanja like no body business coz it's your own hard earned money dan zaaappp tetiba ko dah takde source of income. Apa ko rasa? Agak sesak di situ ye. Duit yg laki ai bagi tu ai prefer to spend it for the house or kids. So you know apa aku rasa tak bila I have no source of income. Kekadang rasa segan kat family bila keluar ramai2, asyik orang je yang belanja. Anak2 satu macam punya happy bila dapat pegi jalan2 hujung minggu ngan their uncles and nen. Tu belum lagi masuk rasa segan bila keperluan anak2 pun orang lain yg belikan. Don't get me wrong. Takdelah sampai pampers and susu anak pun orang kena belikan. No, alhamdulillah kami takde sampai ke tahap perlukan bantuan 'Bersamamu TV3' tu. You know the stuff your other family members will buy for your kids - toys, books, clothes. Bukan mama and ayah xde duit nak belikan tapi as i mentioned earlier, duit yg ayah bagi, mama kena pandai2 belanja. Kalau mama ikut perangai mama yg dulu2, makin botaklah kepala ayah. Alhamdulillah for the rezeki untuk anak2 semoga Allah melipatgandakan rezeki mereka yg sentiasa bermurah hati pada kami.

Mr Ayah always told me, "takyah stress pasal rezeki. Rezeki tu dari Allah. Setiap orang ada rezeki masing2". Yes, mama mmg agree on the statement tapi mama rasa usaha tu pun perlu ada. Kalau kita dok fikir, "oh, tak pe. Ada la tu rezeki Allah bagi nanti" without you work for it, ko rasa rezeki tu nak datang bergolek? Do you think there'll be food on the table? Do you think your bills will be paid off? Tak kan? So sebab tu mama selalu diam2 cari jugak kerja. Bukan sebab apa, tapi sebab mama tak biasa tak kerja. Mama tak biasa nak mengharap duit ayah semata2 untuk the whole family. Alah senang cerita lah. I need my own money supaya mama tak rasa bersalah bila duit habis. Hehehe.

Oklah. I think that's all for now.

Esok2 kalau rajin, mama update lagi.

Till then, doakan yang baik2 untuk mama and my little minions ok?

Assalamualaikum

Monday, July 10, 2017

Selamat Hari Raya 2017

Assalamualaikum...

Selamat Hari Raya. Dah masuk 15 Syawal dah pun. Raya tahun ni sangat lah sederhana. Sangat. Ye. Sangat2. Semua untuk anak2 je mama siapkan. Mama and ayah pakai la apa yg ada. Mama nak shopping pun macam x berbaloi. Perut dah maju sangat ke depan. Nak beli baju pun sangat la limited. So, marilah kita recycle jubah2 mana yg muat. Huhuhu.  Disebabkan keadaaan mama yg kecomelan ini, tahun ni no open house. Memang tak open langsung. Kuih pun beli 2-3 jenis mana yg feveret je. Bukan untuk menjamu orang tapi untuk makan sendiri supaya tidak kempunan. Langsir tak tukar. Sarung kusyen, beli tapi tak tukar. Rumah pun tak panggil maid datang kemas. Hahaha. Tahap cenggitu punya 'rajin' weih. Bukan apa. Masa raya tu, mama dah week 35. Mmg mood nak raya tu kureng abes. Mana nak membawak perut. Mana nak melayan sakit2 badan. Mana nak melayan kerenah kenit2 dua orang nih. So, kita buat mana yg terlarat je la. Senang. Malas nak sakit kepala. Minggu lepas raya tu pulak kena buat MGTT test. Ala yg kena minum air gula tu. Ha, tu lagi satu penyebab mama tak berapa nak enjoy my raya. Nak kena control segala makan minum kan. Sebab doctor dah warning, kalau ada sign of diabetic, besar kemungkinan dia nak induce awal. Well, anak2 yg dua orang tu pun mmg la induce, tapi kalau boleh kali ni biar la ikut time. Alhamdulillah result gula dlm darah sangat cemerlang. So doctor kata tunggu je la sakit or biar kitorang decide bila nak induce. For now, tunggu je la. 

Masa last check up tu doctor dah issue surat untuk work from home. Maka bermulalah mama kerja dari rumah mulai hari ni. Bosan pun ye gak. Tak de geng gossip. Tapi best la pagi2 sempat la jugak breakfast dulu ngan Mr. Ayah. Kalau tak tu masing2 rushing nak siap pegi keje. Ni lepas hantar anak2 boleh la duduk minum dulu sebelum he off to work. Oh yes, anak2 masih kena pegi school ye. Tak sanggup mama work from home kalau anak2 pun sama duduk rumah. Memang tak jadi keje la jawabnya. Masing2 lasak. Masing2 nak attention. Gaduh berebut barang tu mmg toksah cakap la. Yg abang tak reti mengalah. Yang adik pun boleh tahan sama melawan. Ko bayangkan betapa meriahnya kehidupan mak sehari2. Tak sah kalau tak jadi tarzan. "itu lah anak..." bak kata Nen. Telan je laaaaa. 

Bila duduk rumah sensorang ni mula la tengok itu ini. Mata ni macam dah tak tertengok rumah yg bersepah ngan toys anak2. Sana sini semua toys diorang. Ikutkan hati ni macam nak buang je semua. Senang. Bukan tak nak kemas. Sebenarnya half of their toys dah sorok kat atas. Kalau ikutkan mmg sikit je la toys yg tinggal kat bawah ni. Tappppiiiii... Mempunya uncles / aunti / nen yg penyayang... Memang memanjang la beli toys kannnn. Hadap je laaaaa. Tapi rasanya mmg nak kena sort out mana yg dah rosak tu dah boleh buang. Tinggalkan mana yg elok2 je. Mungkin boleh jugak kita sedekah kat orang. Toksah la nak banyak2 sangat. Penat mak nak mengemas. Penat gak nak nengok diorang gaduh berebut mainan. 

Ni dah duduk rumah, mesti otak ko fikir nak masak apa pulak untuk tengahari ni kan. Hahaha. Very the emak2. Walaupun anak2 kat school, laki pegi keje, tapi otak dok fikir kang petang/malam kang nak makan apa. Huhuhu. Badan dah tak larat nak berdiri lama2. Tapi i is cannot. Tak tahan weih dok bagi anak makan makanan kedai. Last weekend sian budak2 tu dok repeat makan bubur mc d. Mak is tak sampai hati. Tengok la. Jap2 lagi masak la apa2 yg simple. Budak2 tu bukan kisah pun. 

Ok lah. Panjang berjela lak mama bercerita pagi ni. Lupa diri pulak yg sebenarnya nak kena buat keje opis. Till then, Assalamualaikum. Eh, nak jemur kain dulu lepas tu baru buat keje opis. Itu pun kalau tak tertido. Hahaha. 

Sekian. 

Tuesday, May 30, 2017

Puasa Day 4

Assalamualaikum...

Puasa day 4 and akak x bangun sahur pagi tadi. Haih. Nasib baik smalam time buka tak ikut kata hati tak nak makan langsung. Nasib baik lah paksa diri jugak makan nasi and sebelum tidur tu minum red dates tea. Kalau tak mmg lembik terus la hari ni. Walaupun tak tau la cam ne nak bertahan sampai ke petang ni. Hopefully boleh la bertahan sampai buka nanti. 

Semalam konon2 nak goreng meehoon untuk buka puasa. Sampai je rumah, kuarkan binatang2 dari dlm freezer. Sementara tu Asar dulu and rest jap. By 5.45pm konon siang2 and prepare apa patut as rencah untuk goreng meehoon. Then simpan balik dlm fridge supaya jap lagi senang time nak goreng. Budget 6.30pm start masak. So sementara tu, rest lagi dengan budak2 tu. 6.30 kuar kan barang2 from fridge and susun kat wet kitchen. Letak kuali atas dapo. Ketek... Ketek... Api hidup. Tapi kecik. Tak sampai 10 saat, api padam. Ketek.. Ketek... Lagi sekali benda yg sama berulang. Ketek... Ketek.... Tak hidup langsung dah. Ok fine. Gas habis. Hmmm... Redha je la bukan rezeki kita nak makan meehoon goreng buka tu. Sentap mak. Tekak dah terasa2 nak meehoon tapi apakan daya, if Allah says it's not my rezeki then it's not. Redha je la. Terus hilang mood. Buka tu minum air kosong je. Tu yg merajuk konon ah tak yah makan la. Makan time sahur je nanti. Tapi tu la kan. Nasib lah tak ikut kata hati sangat. Makan la jugak nasi ngan balance rendang ari tu. Kenyang. 

Lepas Isya' dlm pukul 10.30 tu terus tido. I am not in a good mood last nite. Nasib la jugak budak2 dua ketul tu tido awal. Tapi tak sangka la pulak sampai terlajak tido. Sedar2 je dah pukul 6.15. Mak hanya mampu ber-huhuhu je la... Tak pe. Insyaallah kita cuba bertahan sampai waktu buka nanti ye. Baby dlm perut, sila jangan dera Mama ye sayang... Please be good. 

Ok la. Till then, Assalamualaikum 

Monday, May 29, 2017

Puasa Day 3

Assalamualaikum...

Oh seriously mengantuk weiiiii. Mcm ada gam kat mata ni ha. Baru pukul 11 pagi kot. 

Puasa setakat ni ok2 je. Part lapar, insyaallah boleh je handle. Part penat tu... Penat sikit la sebab nak melayan budak kecik dua ketul tu. Belum masuk aktiviti bebas dak kecik dlm perut ni. Time puasa ni working hours pun bertukar. Masuk pukul 8 balik pukul 4. Bayangkan camana Mama bersilat pagi2 nak siapkan budak dua ketul tu. Nak kejut satu hal. Nak pujuk mandi satu hal lagi. Adik ok je lagi. Yg si abang... Huhuhu... Kering pahala puasa Mama sebab pagi2 dah marah2. 

Tapi lately ni mmg cepat sangat nak marah. Like sangat cepat. Dua kali je kita cakap baik2 and if still xnak dengar gak, maka mendapatlah amukan ablasa dari mama. Oh, this does not apply only to Aakif, but to others too. I need to control my anger or else this little human in me esok2 pun mengikut jadi seorang yg garang. Haizzzz...

Ok la. Nak siap2 apa yg patut. Jap lagi nak balik dah. 

Till then.. Chiao

Thursday, May 25, 2017

Renung2kan dan selamat beramal


No idea or mmg betul2 ignorant. 
Mana satu pun tak tau lah. 

Tuesday, May 23, 2017

xde tajuk

Assalamualaikum,

Mak adalah kebosanan tahap dewa skarang ni. Hari2 dtg keje and you hv nothing to do except for pretending as if you're bz. Get what I mean? Camni citer nya... I am officially impacted and only have few more months left to serve the company. Knowledge transfer done. Follow ups done. Kira semua done la. Yang tak done adalah menunggu hari2 terakhir kat opis nih. Penat hokkay. Penat.

On the other hand pulak, kehidupan mak adalah seperti biasa. Bz ngan rumahtangga. Bz layan anak2. I'm having fun with the kids walaupun sometimes rasa cam nak nangis tengok perangai masing2. Ni baru dua. Esok2 dah masuk tiga, hah... Pengsan mak. Setakat ni anak2 mama semuanya mewarisi perangai jeles mama. Jeles kuat woi. Well, I don't blame them. It runs in the blood kan? Berebut2 nak kat mama.

Eh, ok lah. Nanti2 iols update lagi ye. Sekian.

Monday, May 08, 2017

Kalau dah lapar

Assalamualaikum...

I is lapar. Walaupun dah makan lunch tadi. Tapi sekarang ni lapar balik. Sedap nya la kalau dapat makan nasi putih panas + ikan goreng panas2 pastu letak kicap. Perrgghhh dap nye... Hahaha. Every time lapar, mmg itu la yg dibayangkan. Takyah la susah2 nak lauk lain. Dapat lauk simple cam ni pun dah heaven.

Arrghhh... Laparrrrr....

Wednesday, March 29, 2017

Question: Do you smoke?

Assalamualaikum...

No, I'm not a smoker. Even bau pun x leh tahan, xkan la nak smoke. Ye tak? Well, I have no problem if you're a smoker. Not my problem. It's yours. Kau yg sakit nanti. Bukan mak. Tapi I wonder la... Those moms yg dok isap rokok / vape ni, do you smoke in front of your kids? And does your hubby aware of this (you, smoking)? Is he ok? Ke, mak ni yg kolot? When you're a mom, you should not do all that. You should be in the best behavior to your kids. You should be their example. Mak sorang je eh yg rasa cam tu? Kalau begitu, memang huhuhu la jawabnya.

Hari2 bila lalu kat smoking area kat office ni, ada je pompuan yg sama2 isap rokok kat situ. And ada few tu adalah mak orang. And I was like... ..... .....

Eh, entah la. orang lain mungkin ok kot. Tapi not for me. I don't think it's the right thing to do. Atas sebab apa ko isap rokok? Stress? Saje suka2? Xde sebab? Eh, serious la... I cannot hadam all this.

Sekian.

Tuesday, February 07, 2017

Penyakit Rindu

Assalamualaikum...

Siapa ada penyakit ni? I mean, penyakit rindu... Rindu dengan tiba2. Bukan rindu sebab dah lama tak jumpa ke apa. Tapi dengan tetiba je rindu.

Selalu je time tengah keje kat office, tetiba rindu kat budak dua ketul tu. Teringat. Pastu rindu. Pastu dok scroll gambar2 kat phone. Pastu terus rasa tak sabar nak balik. Tapi once dah balik rumah, mak is pening ngan perangai masing2.

Same goes with my rindu kepada Mr. Ayah. Tetiba rindu. Tetiba emo. Tetiba kang bukak email lama2. Baca... Pastu emo lagi sekali.

Well penyakit rindu ni selalu jadi utk my other family members gak. Tetiba kang rindu nak together2. Pastu kang baca la balik segala conversations kat our whatsap group.

Haih. Is this normal? Ke hakak sorang je yg camni????

Tuesday, November 22, 2016

Craving Satisfied

Assalamualaikum...

Bersiaran lagi kita hari ni. Keje melambak tapi tu nanti2 la kita buat. I can't force myself doing things that I no longer like. Sekian.

Seminggu dua ni, asyik nak rendang ayam je. Terasa rasa kat tekak. Rendang ayam + nasi impit. Perghhh. Perfect combo #katanya. Hahaha. Sebab kan asyik nak rendang ayam je, so I've decided to cook it myself. Tapi asyik la delay. Dengan Aalya tak sihat la. Dengan bz la. So, asyik x menjadi. Beli ayam for rendang, tapi end up masak lain je ayam tu. Last saturday masa nak pegi kenduri, saje je la cakap kat Mama yg aku rasa macam nak masak rendang. Sekali esoknya, Mama masakkan eh. Dan seperti biasa, ayat2 riak kat dalam group whatsap family haruslah ado. Supaya abang2 jeles. Hahaha. Terus semua datang berkumpul kat rumah petang tu. Rasa macam raya pun ada. Hehehe..


Nyums sedap gila. Esok tu siap bawak bekal pegi office. Ok la. By just looking at the photo makes me hungrehhhhh.... 

Till then. 

Assalamualaikum. 

Monday, November 21, 2016

Nice One...

ADA ANAK GADIS
BERTANYA PADA IBUNYA YANG CANTIK...

"Ibu..,
ibu selalu terlihat cantik.
Aku ingin seperti ibu, beritahulah aku caranya.”

Dengan tatapan lembut & senyum haru, sang ibu menjawab :

"Untuk bibir yang menarik...
 ucapkanlah perkataan yang baik”

“Untuk pipi yang lesung...
tebarkanlah senyum ikhlas kepada siapapun…”

“Untuk mata yang indah menawan...
lihatlah selalu kebaikan orang lain…”

“Untuk tubuh yang langsing...
sisihkanlah makanan untuk fakir miskin…”

“Untuk jemari tangan yang lentik menawan...
hitunglah kebajikan yang telah diperbuat orang kepadamu…”

“Untuk wajah putih bercahaya...
bersihkanlah kekotoran batin…”

Anakku..
Janganlah sombong akan kecantikan fisik karena itu akan pudar oleh waktu."

"Kecantikan perilaku tidak akan pudar walau oleh kematian.."

Jika kamu BENAR,
maka kamu tidak perlu marah.

Jika kamu SALAH,
maka kamu wajib minta maaf.

Kesabaran dengan keluarga adalah KASIH.

Kesabaran dengan orang lain adalah HORMAT.

Kesabaran dengan diri sendiri adalah KEYAKINAN.

Kesabaran dengan TUHAN adalah IMAN.

Jangan terlalu mengingat masa lalu,
karena hal itu akan membawa AIR MATA.

Jangan terlalu memikirkan masa depan,
karena hal itu akan membawa KETAKUTAN.

Jalankan saat ini dengan senyuman,
karena hal itu akan membawa KECERIAAN..!

Setiap ujian dalam hidup ini bisa membuat kamu pedih atau lebih baik.

Setiap masalah yang timbul bisa menguatkan atau menghancurkan.

Pilihan ada padamu, apakah kamu akan memilih menjadi korban atau pemenang.

Carilah hati yang indah dan bukan wajah yang cantik.

Wednesday, November 16, 2016

November is my fav month :D

Assalamualaikum...

Ya Allah, rindunya la kita ngan awak *read: blog ni tau... Rindu nak borak2. Rindu nak luah perasaan. Rindu nak merapu. Semuanya la pun rindu.

Rindu tu rindu la jugak. Tapi nak citer apa skarang ni.

Lately ni kan, macam mudah sangat nak sentap. Sentap ke eh. Sentap tu macam merajuk / snap kan? Yang ni bukan. Rasa dia macam, menyampah, meluat cam tu. More to "kalau-boleh-aku-malas-nak-layan-ko" and "wateva" mode. Rasa macam "adakah orang ini nak kena lahar ngan aku?"Serious. Tapi of course la you can not do that coz it will hurt other people's feeling rite? So, most of the time bila rasa tu datang, i'll ignore that particular person and keep quiet. I think that's the best way to avoid that particular person being scolded or "dilahar" by me. Haih. Some people. When they talk, they talk whatever they want without realizing that they might hurt other people's feeling. Nape eh. Tak kisah la rapat mana pun kita, tak bermakna i can bear your perangai yg kadang2 sangat annoying tu. Ya Allah, perihalah perlakuanku daripada menyakiti hati sesiapa pun. Amiin...

On the other note, kami kat office ni masing² mood macam ke laut je semua. Something big is coming and might effect our work / vacancies. Either we're still needed or not, semuanya menjadi tanda tanya. Dok main teka teki. For some, they are willing to take the package and some still hoping that there'll be a place for them in the new team. Ntah la. Rezeki masing2.

Ok la. Tu je for now. Insyallah, will write again soon.

Salam... :)


Sunday, August 28, 2016

a very wonderful and enjoyable journey so far... :)

Assalamualaikum...

Tetiba rindu teramat sangat nak borak2 kat sini... It's been a while kan? Lama sangat tak update. Ya... ya... ayat yg sama everytime. Mak bz uols. Seriously kagum ngan those mommies yg still boleh ada masa nak update blog. Ok... meh update apa patut:

  • kids - it's been a very wonderful journey so far. tiring i must say. tapi tetap lah wonderful. mata panda itu adalah mekap permanent buat masa sekarang. tengah sedap tido, adik nangis. settle kan adik, baru nak lelap balik, abang pulak merengek. baru nak lelap balik, dah subuh. maka bangun je la terus ye. lupakan tido. :D i'm not complaining. i'm enjoying the motherhood journey. mak nak anak ramai2 weiii... anak tu kan rezeki. 
  • Aakif - nak masuk 2 tahun dah pun next month. he's in the 'exploring' stage. semua benda nak cuba, nak usik. makin manja pun ye. kuat merengek. pantang tak kena dengan apa yg dia nak, harus ngamuk. tantrum is his middle name la lebih kurang. tapi alhamdulillah, perangai pelik ini hanya dalam rumah. x penah lagi golek2 kat shopping complex. on top of all these 'terrible two' punya perangai, abang adalah sangat helpful. sangat boleh di harap. if adik nangis, dia lah yg henjut2 bouncing net or baby cot tu. selalu tolong mama angkat baju kotor and masukkan dalam bakul. boleh harap la kalau mintak dia tolong ambikkan something. haiz. terasa cepat sangat masa berlalu. 
  • Aalya - esok lusa dah 5 bulan. part golek2 merayau tu dia mmg champion. kuat susu. sampai habis stock EBM mama dlm fridge. takpe sayang, i'll try my best to top up and ensure you get enough milk supply. peramah. rajin borak. and paling murah senyuman. part tu ikut mama. hehe. senyum tu kan sedekah sayang. :)
  • Mr. Ayah - getting bz day by day. projects here and there. it's ok sayang. bz means more money coming in. insyaallah. 
  • Self - 
    • health, sedaya upaya untuk sentiasa sihat untuk anak2. sejak dah jadi mama ni baru faham, it's no more about you. it's about the kids. so, kesihatan adalah sangat penting. sebab takde siapa nak look after the kids if i'm sick. yes, the ayah is around but the kids still want their mama. so, bertabahlah mama oiiiii
    • work wise, day by day rasa excited nak pegi office tu makin kurang. and bila kat office, tak sabar2 nak balik. well, otak ni dok teringat anak. camne la nak focus. and with the current oil price situation, macam2 hal kat company tu. restructuring here and there. our department pun terkena tempias but alhamdulillah, i still have my job. some of my colleagues will get their 'letter' next week. 
    • sama macam dulu, i need a short break. takyah pegi mana. just give me a day or two for me to pamper myself. lama gila x pegi spa. facial. and a day for me to wake up late and tido sesuka hati. tu je mak mintak. :D
    • nowadays dah tak shopping utk diri sendiri. aritu je la shopping masa raya. tu pun semua beli online. yang lain, semuanya utk anak2. now dah faham perasaan mak mak. 
ok lah. tu je. anak mak dah nangis. nanti2 mak update lagi. read: 3-4 bulan lagi. hehehe...

till then, 

assalamualaikum

Thursday, January 14, 2016

2016 first entry

Assalamualaikum...


Before it's too late, Happy New Year everyone!
Been quite bz lately.
Biasa la kan, early of the year. Segala jenis project nak kena run and complete.
Tak pe la. Bz is good kan?

Health wise, not so good. Did the detail scan last week.
Baby, ok. Tapi doc suspect *read: tak confirm lagi* diabetic sebab air ketuban adalah sangat meriah.
So, this Saturday, kena minum air gula, just to check.
Bertabah la Siti Radz.

Rasa macam nak cuti2 la.
Not really a cuti2, tapi kalau saja2 nak check in hotel boleh?
Well you know, lately ni cuaca kita kan bukan main panas.
Dok umah, semua kipas nak on. Bukan setakat on, siap full blast lagi.
Tu pun peluh2 gak lagi. Time tido adalah wajib utk on aircon and kipas skali.
Sian Mr. Ayah. Mamat tu dah la tak tahan sejuk.
Bertahan la ye sayang, wife ngan anak awak memang tak tahan panas.
Kami tak leh tido kalau dalam keadaan berpeluh. Sian dia. Sampai kena selsema dek menahan sejuk tu.
Sebab tu la I said, nak check in hotel. Air con 24 hours.
Ya, I think we should.
Tengok la, before beranak nanti kita cuti2 check in hotel. Hahaha
Sebab nak cuti, and pegi jalan, saya adalah tidak larat.
Nowadays, jalan pun dah ala2 penguin dah. :P
Macam tak terbawak badan ni.

All mood dah balik seperti sedia kala.
Shopping, make up, baking. Semua dah ok.
Shopping non stop. On and off line. Elok sangat perangai tu.
Mood nak cantik2 pun dah kembali. No more selekeh2. Not to say, sekarang ni asyik nak melawa je, tapi dah more presentable la. Takde la dtg ofc dengan muka tak siap. No bedak, no lipstick segala tu. Dah ada colour la muka iols. Hehehe.
Baking, dah start la sikit2. Tapi sejak kena warning ngan doctor abt the air ketuban and diabetic thingy tu, ala2 terbantut kejap semangat baking. Kita hold dulu la ye part baking tu. Later2 kita sambung lagi.

errrmm apa lagi eh?
owh, saya adalah lapar sekarang ni.
Nak makan apa? Hmmm...

Ok la. Need to go. Mau makan.
Till then, take care!