NuffnangX

Wednesday, July 18, 2018

Jom borak2

Assalamualaikum...

Sementara si kecik aafya tido, meh la kita borak lagi.  Apa aktiviti seharian mama ye sejak jadi house manager ni?

Hari mama bermula dari lepas subuh. If lepas subuh tu tido balik maka hari mama akan bermula pukul 8 pagi. Seawal 8 pagi tu lah mama akan jdi jam rosak utk anak2 coz they have to be ready latest by 9. So menjerit2 lah seorang mama membangunkan anak2. Once they're up, siapkan terus. Termasuklah si kenit aafya sekali. Part siapkan anak2 ni mmg mama teamwork ngan ayah. Sorang mandikan sorang lagi siapkan pakai baju. Cenggitu. Then semua turun bawah. Sambil2 mama siapkan beg anak, budak2 ni sempat la main2 kejap then off to school. 

Settle ngan anak2 yg sekolah. Time for aafya's breakfast pulak. Sambil2 tu mama join sekali. Siap2 keluarkan lauk utk masak nanti. Once settle ngan bfast mama bagi dia main2 sendiri. Thats when mama kemas dapur sikit and proceed jemur baju. Then tidokan aafya pulak. Dengan harapan dia tido lama. While aafya is asleep, mama naik atas utk kemas apa patut kat atas tu. Oh btw biasanya ayah dah off to work masa bfast tu. Siap kemas kat atas, kita kemas kat bawah pulak. Biasanya time ni dak kecik dah bangun. So bagi dia main2 sambil snacking. Pastu Lunch time. Then main2 lagi ngan aafya sampai dia penat then tido kan balik. Time dia tido 2nd round ni mama mmg dah kena masuk ofc. She'll join me at the kitchen bila bangun. Kadang2 siap masak awal, mama join piya sleep. Tapi selalu sangat terjadi mama baru lelap 5 minit, dia dah bangun. Hahaha. 

By 6 dah kena fetch abang and kakak. Balik tu tengoklah keadaan. Kadang2 main kat luar. Mama suka je kalau diorang main kat luar. Sebab nak diorang penat. By 7 semua kena masuk rumah and mandi. Lepas maghrib get ready for dinner. Lepas dinner mama biar diorang main kat depan while mama kemas dapur. Lepas opis mama clear baru mama join anak2 kat depan. Sambil2 tengok tv kita ajak diorang belajar. Buatlah revision apa patut. By 10 kita naik atas. Mmg tak pernah terjadi naik atas terus tido. Biasanya mama join diorang baring2 sambil borak2 sampailah semua tido. Putting your kids to sleep is the hardest thing to do. Tak sah kalau mama x jadi naga. 

Time anak2 dah tido la mama akan sambung keje lain. Such as isya' and lipat kain. Bukan x nak lipat kain terus time angkat tu tapi u know bila ada anak kecik, ko lipat, dia uraikan kan balik. I is  x suka. Biasanya mama tido paling awal pun 1am. 

So basically camtu lah rutin mama. Tu tak termasuk hari yg mama kena pegi pasar, pegi kedai, aafya meragam tak tentu pasal, mama takde mood, and so on. You know those unexpected things. 

To be honest mmg penat lah jadi hsewife ni. Mandi pun kena cepat2. Berak? Lupakan lah nak berak ngan aman. Tahan selagi boleh or tunggu anak tido baru boleh aman. Makan? Takkan dapat dengan aman. Makan menyambil sentiasa. Solat pun kengkadang hujung2 time. Tapiiii... bila fikir the rewards, mama redha. Penat memang penat tapi berbaloi. 

Oops dak kecik dah bangun. Till then, bye people!

No comments: