NuffnangX

Tuesday, August 12, 2008

Tahap Kesabaran Manusia

Apa takrif atau definisi sabar?
Tahan menanggung atau menerima kesusahan bila diuji kerana keredhoan Tuhan.

Moga-moga takrif itu betul.Itulah takrif sabar, tahan menderita bila diuji, kerana Allah. Ada orang tahan diuji, tapi tidak ada hubungan dengan Tuhan. Ada orang tahan diuji, diludah orang, tapi tidak ada hubungan dengan Tuhan, tidak sembahyang. Itu bukan sabar, hati sudah jadi kayu. Ditempeleng tak apa. Itu sabar istidraj, setan tipu.

Sabar ni yang besarnya atau secara umum boleh dibagi 3 bahagian
1. Sabar melaksanakan suruhan Tuhan
2. Sabar meninggalkan larangan Tuhan
3. Sabar menerima ujian susah dari Tuhan

1. Sabar dalam menunaikan perintah Tuhan

Iaitu dalam melaksanakan perintah Tuhan dia sanggup susah payah, miskin. Contoh sembahyang, ia perintah Tuhan, walaupun susah tetap dilaksanakan di atas waktu. Walaupun susah, tetap khusyuk, tetap dibuat, walaupun susah tidak gopoh gapah. Kalau tak sabar, tak buat langsung, kalau sabar sikit buat juga, tapi cepat-cepat atau buat di hujung waktu. Itu tak sabar dalam menunaikan suruhan Tuhan.
Begitu juga dengan jihad dan berjuang. Dengan jihad wang habis, masa habis, isteri marah, anak marah, musuh banyak. Kalau tak sabar tak buat atau buat lebih kurang.

2. Sabar dalam meninggalkan larangan Tuhan

Yang ke-2, tahan menderita atau sabar dalam meninggalkan larangan. Kalau suruhan Tuhan, kebanyakannya nafsu tak nak. Tapi kita usaha juga sampai nafsu jadi nak, itu sabar. Dalam hal menjauhi larangan Tuhan, nafsu memang nak buat, dia seronok. Tapi kita tahan dia, kita kata tak nak. Macam jin, nafsu nak, nak halang dia bukan senang. Nak tengok perempuan lama-lama nafsu nak, bukan senang nak halang. Begitu juga nak maafkan orang, tapi tahan juga perasaan walau pun jatuh wibawa, maafkan. Nampak senang, tapi tak mudah. Kiaskan dengan yang lain.

Seorang yang sabar dalam meninggalkan larangan Tuhan walaupun susah dia boleh tinggalkan juga. Kalau nafsu tak nak, kita paksa jadi nak, susah sikit. Contoh nak beri maaf pada orang, senang ke? Lebih-lebih kalau isteri yang salah pada kita? Tak larat nak maafkan isteri. Pemimpin nak maafkan rakyat, susah. Aku siapa? Yang lain-lain kias.

3. Sabar dalam menerima ujian susah dari Tuhan

Sabar ke-3, sabar dengan ujian. Ada 4 kategori besar.

1. Sabar dengan kesusahan . Ia boleh dibagi lagi sabar dengan sakit. Sabar dengan miskin, sabar dengan kemalangan dan bencana alam, sabar dengan kejahatan orang. Kalau kita tak sabar dengan miskin, nak atasi miskin, kita mencuri menipu merompak dan sebagainya.

Begitu juga kalau kita tak sabar dengan sakit. Kita sakit tak sembahyang, tak puasa, tak berjuang, hati keluh kesah. Lepas tu kecewa, lagi besar salahnya, kalau kita lajakkan putus asa, lagi berat. Kalau kita tak sabar dengan sakit mula-mula jiwa gelisah, kalau ikutkan lagi kecewa, ikutkan lagi putus asa. Mati dalam putus asa, mati kafir. Mati dalam kecewa dosa besar.

Firman Tuhan, Jangan kamu putus asa dengan rahmat Allah. Ada Hadis mengatakan, Siapa putus asa itu kafir. Tidak ada orang yang putus asa melainkan kafir. Sebab tu orang yang putus asa bunuh diri dan itu kafir.

Kemudian sabar dari kemalangan dan bencana alam. Kalau kita tak tahan dengan bencana alam sehingga tak sembahyang tak puasa, jadi pemarah macam-macam kesalahan boleh berlaku. Begitu juga kesusahan yang dilakukan kejahatan manusia. Kalau kita tak sabar, bukan saja kita nak balas dendam, dia hasad dengki dengan kita kita hasad dengki dengan dia. Dia susahkan kita, kita ajak begaduh. Memikirkan kejahatan orang pada kita, fikir nak balas dendam dengan orang sampai kita tak berjuang, tak sembahyang, tak puasa, tak ingat Tuhan. Rosaklah.

Kategori 2, tak sabar hendak dapat kesenangan . Bila tak sabar nak senang, tipu orang, rasuah, curi barang orang dan sebagainya. Tadi kerana susah, ini kerana nak senang. Orang yang tak sabar ni boleh mencuri, rasuah, dan sebagainya.

Ke-3, sabar berhadapan dengan nikmat . Ini lagi susah. bila tak sabar dengan nikmat, nikmat tu macam-macam kategori, kaya, jawatan dan lain-lain. Katalah kaya, kalau tak sabar dia jadi membazir. Tak sabar dengan kekayaan dia jadi bakhil. Kalau tak sabar dengan kekayaan, dia jadi bermewah-mewah sebab dia ada. Atau dia jadi sombong. Ini berpunca dari tak sabar. Tak sabar nak sombong dengan orang sebab kaya, tak sabar nak nunjuk-nunjuk.

Kalau nikmat tu jawatan, jawatan tu tinggi pula, tak sabar nak balas dendam nak kaut untung. Tak sabar dengan musuh, ada kuasa nak tekan, nak hukum. Tak sabar nak beri kekayaan pada kroni.

Kalau macam itulah huraian, setakat itupun, tak mudah sabar ni. Patutlah pahala orang yang sabar pahalanya tanpa hisab, tak ada limit, sebab dia susah. Mahmudah lain mudah tapi ganjaran paling bayak 7,000. Sabar, kerana susahnya ganjaran tak ada limit. Sebab tu rasul yang dapat ulul azmi dirujuk dari sabar hanya 5 orang.

Jadi sabar itu tak semudah yang kita sebut, mudah disebut tapi susah dilaksanakan, 1 aspek pun susah, sedangkan sabar banyak aspek. Kalau dibanding dengan pemurah, tawadhu, sabar sangat susah, siapa dapat sabar dirinya sudah ada perisai dari pada ditipu setan dan dia akan masuk Syurga. Kalau pemurah, tawadhu belum ada perisai. Begitu juga berani pemaaf, belum ada perisai.

Jadi munasabahlah sabar itu susah. Mudah diperkatakan tak mudah dilaksanakan. Oleh kerana sabar tu susah, kita pun lari dari pada nak bersabar. Mengapa tak didik anak, sabarlah. Mengapa tak didik isteri? Sabarlah. ini dayus, dayus tak masuk Syurga.

Patutlah Tuhan cakap, was tainu bishobri, sebab susahnya, maka kena minta tolong dengan Tuhan. Yang lain Tuhan tak suruh minta tolong. Kalau tidak minta tolong pada Tuhan, kita tak boleh buat sabar.

Sekian

1 comment:

Anonymous said...

sangat menarik, terima kasih