NuffnangX

Tuesday, February 07, 2017

Penyakit Rindu

Assalamualaikum...

Siapa ada penyakit ni? I mean, penyakit rindu... Rindu dengan tiba2. Bukan rindu sebab dah lama tak jumpa ke apa. Tapi dengan tetiba je rindu.

Selalu je time tengah keje kat office, tetiba rindu kat budak dua ketul tu. Teringat. Pastu rindu. Pastu dok scroll gambar2 kat phone. Pastu terus rasa tak sabar nak balik. Tapi once dah balik rumah, mak is pening ngan perangai masing2.

Same goes with my rindu kepada Mr. Ayah. Tetiba rindu. Tetiba emo. Tetiba kang bukak email lama2. Baca... Pastu emo lagi sekali.

Well penyakit rindu ni selalu jadi utk my other family members gak. Tetiba kang rindu nak together2. Pastu kang baca la balik segala conversations kat our whatsap group.

Haih. Is this normal? Ke hakak sorang je yg camni????

Tuesday, November 22, 2016

Craving Satisfied

Assalamualaikum...

Bersiaran lagi kita hari ni. Keje melambak tapi tu nanti2 la kita buat. I can't force myself doing things that I no longer like. Sekian.

Seminggu dua ni, asyik nak rendang ayam je. Terasa rasa kat tekak. Rendang ayam + nasi impit. Perghhh. Perfect combo #katanya. Hahaha. Sebab kan asyik nak rendang ayam je, so I've decided to cook it myself. Tapi asyik la delay. Dengan Aalya tak sihat la. Dengan bz la. So, asyik x menjadi. Beli ayam for rendang, tapi end up masak lain je ayam tu. Last saturday masa nak pegi kenduri, saje je la cakap kat Mama yg aku rasa macam nak masak rendang. Sekali esoknya, Mama masakkan eh. Dan seperti biasa, ayat2 riak kat dalam group whatsap family haruslah ado. Supaya abang2 jeles. Hahaha. Terus semua datang berkumpul kat rumah petang tu. Rasa macam raya pun ada. Hehehe..


Nyums sedap gila. Esok tu siap bawak bekal pegi office. Ok la. By just looking at the photo makes me hungrehhhhh.... 

Till then. 

Assalamualaikum. 

Monday, November 21, 2016

Nice One...

ADA ANAK GADIS
BERTANYA PADA IBUNYA YANG CANTIK...

"Ibu..,
ibu selalu terlihat cantik.
Aku ingin seperti ibu, beritahulah aku caranya.”

Dengan tatapan lembut & senyum haru, sang ibu menjawab :

"Untuk bibir yang menarik...
 ucapkanlah perkataan yang baik”

“Untuk pipi yang lesung...
tebarkanlah senyum ikhlas kepada siapapun…”

“Untuk mata yang indah menawan...
lihatlah selalu kebaikan orang lain…”

“Untuk tubuh yang langsing...
sisihkanlah makanan untuk fakir miskin…”

“Untuk jemari tangan yang lentik menawan...
hitunglah kebajikan yang telah diperbuat orang kepadamu…”

“Untuk wajah putih bercahaya...
bersihkanlah kekotoran batin…”

Anakku..
Janganlah sombong akan kecantikan fisik karena itu akan pudar oleh waktu."

"Kecantikan perilaku tidak akan pudar walau oleh kematian.."

Jika kamu BENAR,
maka kamu tidak perlu marah.

Jika kamu SALAH,
maka kamu wajib minta maaf.

Kesabaran dengan keluarga adalah KASIH.

Kesabaran dengan orang lain adalah HORMAT.

Kesabaran dengan diri sendiri adalah KEYAKINAN.

Kesabaran dengan TUHAN adalah IMAN.

Jangan terlalu mengingat masa lalu,
karena hal itu akan membawa AIR MATA.

Jangan terlalu memikirkan masa depan,
karena hal itu akan membawa KETAKUTAN.

Jalankan saat ini dengan senyuman,
karena hal itu akan membawa KECERIAAN..!

Setiap ujian dalam hidup ini bisa membuat kamu pedih atau lebih baik.

Setiap masalah yang timbul bisa menguatkan atau menghancurkan.

Pilihan ada padamu, apakah kamu akan memilih menjadi korban atau pemenang.

Carilah hati yang indah dan bukan wajah yang cantik.

Wednesday, November 16, 2016

November is my fav month :D

Assalamualaikum...

Ya Allah, rindunya la kita ngan awak *read: blog ni tau... Rindu nak borak2. Rindu nak luah perasaan. Rindu nak merapu. Semuanya la pun rindu.

Rindu tu rindu la jugak. Tapi nak citer apa skarang ni.

Lately ni kan, macam mudah sangat nak sentap. Sentap ke eh. Sentap tu macam merajuk / snap kan? Yang ni bukan. Rasa dia macam, menyampah, meluat cam tu. More to "kalau-boleh-aku-malas-nak-layan-ko" and "wateva" mode. Rasa macam "adakah orang ini nak kena lahar ngan aku?"Serious. Tapi of course la you can not do that coz it will hurt other people's feeling rite? So, most of the time bila rasa tu datang, i'll ignore that particular person and keep quiet. I think that's the best way to avoid that particular person being scolded or "dilahar" by me. Haih. Some people. When they talk, they talk whatever they want without realizing that they might hurt other people's feeling. Nape eh. Tak kisah la rapat mana pun kita, tak bermakna i can bear your perangai yg kadang2 sangat annoying tu. Ya Allah, perihalah perlakuanku daripada menyakiti hati sesiapa pun. Amiin...

On the other note, kami kat office ni masing² mood macam ke laut je semua. Something big is coming and might effect our work / vacancies. Either we're still needed or not, semuanya menjadi tanda tanya. Dok main teka teki. For some, they are willing to take the package and some still hoping that there'll be a place for them in the new team. Ntah la. Rezeki masing2.

Ok la. Tu je for now. Insyallah, will write again soon.

Salam... :)


Sunday, August 28, 2016

a very wonderful and enjoyable journey so far... :)

Assalamualaikum...

Tetiba rindu teramat sangat nak borak2 kat sini... It's been a while kan? Lama sangat tak update. Ya... ya... ayat yg sama everytime. Mak bz uols. Seriously kagum ngan those mommies yg still boleh ada masa nak update blog. Ok... meh update apa patut:

  • kids - it's been a very wonderful journey so far. tiring i must say. tapi tetap lah wonderful. mata panda itu adalah mekap permanent buat masa sekarang. tengah sedap tido, adik nangis. settle kan adik, baru nak lelap balik, abang pulak merengek. baru nak lelap balik, dah subuh. maka bangun je la terus ye. lupakan tido. :D i'm not complaining. i'm enjoying the motherhood journey. mak nak anak ramai2 weiii... anak tu kan rezeki. 
  • Aakif - nak masuk 2 tahun dah pun next month. he's in the 'exploring' stage. semua benda nak cuba, nak usik. makin manja pun ye. kuat merengek. pantang tak kena dengan apa yg dia nak, harus ngamuk. tantrum is his middle name la lebih kurang. tapi alhamdulillah, perangai pelik ini hanya dalam rumah. x penah lagi golek2 kat shopping complex. on top of all these 'terrible two' punya perangai, abang adalah sangat helpful. sangat boleh di harap. if adik nangis, dia lah yg henjut2 bouncing net or baby cot tu. selalu tolong mama angkat baju kotor and masukkan dalam bakul. boleh harap la kalau mintak dia tolong ambikkan something. haiz. terasa cepat sangat masa berlalu. 
  • Aalya - esok lusa dah 5 bulan. part golek2 merayau tu dia mmg champion. kuat susu. sampai habis stock EBM mama dlm fridge. takpe sayang, i'll try my best to top up and ensure you get enough milk supply. peramah. rajin borak. and paling murah senyuman. part tu ikut mama. hehe. senyum tu kan sedekah sayang. :)
  • Mr. Ayah - getting bz day by day. projects here and there. it's ok sayang. bz means more money coming in. insyaallah. 
  • Self - 
    • health, sedaya upaya untuk sentiasa sihat untuk anak2. sejak dah jadi mama ni baru faham, it's no more about you. it's about the kids. so, kesihatan adalah sangat penting. sebab takde siapa nak look after the kids if i'm sick. yes, the ayah is around but the kids still want their mama. so, bertabahlah mama oiiiii
    • work wise, day by day rasa excited nak pegi office tu makin kurang. and bila kat office, tak sabar2 nak balik. well, otak ni dok teringat anak. camne la nak focus. and with the current oil price situation, macam2 hal kat company tu. restructuring here and there. our department pun terkena tempias but alhamdulillah, i still have my job. some of my colleagues will get their 'letter' next week. 
    • sama macam dulu, i need a short break. takyah pegi mana. just give me a day or two for me to pamper myself. lama gila x pegi spa. facial. and a day for me to wake up late and tido sesuka hati. tu je mak mintak. :D
    • nowadays dah tak shopping utk diri sendiri. aritu je la shopping masa raya. tu pun semua beli online. yang lain, semuanya utk anak2. now dah faham perasaan mak mak. 
ok lah. tu je. anak mak dah nangis. nanti2 mak update lagi. read: 3-4 bulan lagi. hehehe...

till then, 

assalamualaikum

Thursday, January 14, 2016

2016 first entry

Assalamualaikum...


Before it's too late, Happy New Year everyone!
Been quite bz lately.
Biasa la kan, early of the year. Segala jenis project nak kena run and complete.
Tak pe la. Bz is good kan?

Health wise, not so good. Did the detail scan last week.
Baby, ok. Tapi doc suspect *read: tak confirm lagi* diabetic sebab air ketuban adalah sangat meriah.
So, this Saturday, kena minum air gula, just to check.
Bertabah la Siti Radz.

Rasa macam nak cuti2 la.
Not really a cuti2, tapi kalau saja2 nak check in hotel boleh?
Well you know, lately ni cuaca kita kan bukan main panas.
Dok umah, semua kipas nak on. Bukan setakat on, siap full blast lagi.
Tu pun peluh2 gak lagi. Time tido adalah wajib utk on aircon and kipas skali.
Sian Mr. Ayah. Mamat tu dah la tak tahan sejuk.
Bertahan la ye sayang, wife ngan anak awak memang tak tahan panas.
Kami tak leh tido kalau dalam keadaan berpeluh. Sian dia. Sampai kena selsema dek menahan sejuk tu.
Sebab tu la I said, nak check in hotel. Air con 24 hours.
Ya, I think we should.
Tengok la, before beranak nanti kita cuti2 check in hotel. Hahaha
Sebab nak cuti, and pegi jalan, saya adalah tidak larat.
Nowadays, jalan pun dah ala2 penguin dah. :P
Macam tak terbawak badan ni.

All mood dah balik seperti sedia kala.
Shopping, make up, baking. Semua dah ok.
Shopping non stop. On and off line. Elok sangat perangai tu.
Mood nak cantik2 pun dah kembali. No more selekeh2. Not to say, sekarang ni asyik nak melawa je, tapi dah more presentable la. Takde la dtg ofc dengan muka tak siap. No bedak, no lipstick segala tu. Dah ada colour la muka iols. Hehehe.
Baking, dah start la sikit2. Tapi sejak kena warning ngan doctor abt the air ketuban and diabetic thingy tu, ala2 terbantut kejap semangat baking. Kita hold dulu la ye part baking tu. Later2 kita sambung lagi.

errrmm apa lagi eh?
owh, saya adalah lapar sekarang ni.
Nak makan apa? Hmmm...

Ok la. Need to go. Mau makan.
Till then, take care!


Wednesday, December 23, 2015

BIODATA RASULULLAH S.A.W

Assalamualaikum...

Sempena hari lahir kekasih kita, jom kita 'recap' biodata Baginda:

BIODATA RASULULLAH S.A.W:

1. Nama: Muhammad bin ‘Abdullah bin ‘Abdul Muttalib bin Hashim
2. Tarikh lahir: Subuh Isnin, 12 Rabiulawal / 20 April 571M (dikenali sebagai tahun gajah; sempena peristiwa tentera bergajah Abrahah yangmenyerang kota Mekah)
3. Tempat lahir: Di rumah Abu Talib, Makkah Al-Mukarramah
4. Nama bapa: ‘Abdullah bin ‘Abdul Muttalib bin Hashim
5. Nama ibu: Aminah binti Wahab bin ‘Abdul Manaf
6. Pengasuh pertama: Barakah Al-Habsyiyyah (digelar Ummu Aiman. Hamba perempuan bapa Rasulullah SAW)
7. Ibu susu pertama: Thuwaibah (hamba perempuan Abu Lahab)
8. Ibu susu kedua: Halimah binti Abu Zuaib As-Sa’diah (lebih dikenali Halimah As-Sa’diah. Suaminya bernama Abu Kabsyah)



SEJARAH RINGKAS RASULULLAH S.A.W: 

USIA 5 TAHUN
* Peristiwa pembelahan dada Rasulullah SAW yang dilakukan oleh dua malaikat untuk mengeluarkan bahagian syaitan yang wujud di
dalamnya.

USIA 6 TAHUN
* Ibunya Aminah binti Wahab ditimpa sakit dan meninggal dunia di Al-Abwa’ (sebuah kampung yang terletak di antara Mekah dan Madinah)
* Baginda dipelihara oleh Ummu Aiman (hamba perempuan bapa Rasulullah SAW) dan dibiayai oleh datuknya ‘Abdul Muttalib.

USIA 8 TAHUN
* Datuknya, ‘Abdul Muttalib pula meninggal dunia.
* Baginda dipelihara pula oleh bapa saudaranya, Abu Talib.

USIA 9 TAHUN (Setengah riwayat mengatakan pada usia 12 tahun).
* Bersama bapa saudaranya, Abu Talib bermusafir ke Syam atas urusan perniagaan.
* Di kota Busra, negeri Syam, seorang pendita Nasrani bernama Bahira (Buhaira) telah bertemu ketua-ketua rombongan untuk menceritakan tentang pengutusan seorang nabi di kalangan bangsa Arab yang akan lahir pada masa itu.

USIA 20 TAHUN
* Terlibat dalam peperangan Fijar. Ibnu Hisyam di dalam kitab ‘Sirah’ , jilid 1, halaman 184-187 menyatakan pada ketika itu usia Muhammad SAW ialah 14 atau 15 tahun. Baginda menyertai peperangan itu beberapa hari dan berperanan mengumpulkan anak-anak panah sahaja.
* Menyaksikan ‘ perjanjian Al-Fudhul’; perjanjian damai untuk memberi pertolongan kepada orang yang dizalimi di Mekah.

USIA 25 TAHUN
* Bermusafir kali kedua ke Syam atas urusan perniagaan barangan Khadijah binti Khuwailid Al-Asadiyah.
* Perjalanan ke Syam ditemani oleh Maisarah; lelaki suruhan Khadijah..
* Baginda SAW bersama-sama Abu Talib dan beberapa orang bapa saudaranya yang lain pergi berjumpa Amru bin Asad (bapa saudara Khadijah) untuk meminang Khadijah yang berusia 40 tahun ketika itu.
* Mas kahwin baginda kepada Khadijah adalah sebanyak 500 dirham.

USIA 35 TAHUN
* Banjir besar melanda Mekah dan meruntuhkan dinding Ka’abah.
* Pembinaan semula Ka’abah dilakukan oleh pembesar-pembesar dan penduduk Mekah.
* Rasulullah SAW diberi kemuliaan untuk meletakkan ‘Hajarul-Aswad’ ke tempat asal dan sekaligus meredakan pertelingkahan berhubung perletakan batu tersebut.

USIA 40 TAHUN
* Menerima wahyu di gua Hira’ sebagai perlantikan menjadi Nabi dan Rasul akhir zaman.

USIA 53 TAHUN
* Berhijrah ke Madinah Al-Munawwarah dengan ditemani oleh Saidina Abu Bakar Al-Siddiq.
* Sampai ke Madinah pada tanggal 12 Rabiulawal/ 24 September 622M.

USIA 63 TAHUN
* Kewafatan Rasulullah SAW di Madinah Al-Munawwarah pada hari Isnin, 12 Rabiulawal tahun 11H/ 8 Jun 632M.

ISTERI-ISTERI RASULULLAH S.A.W
1. Khadijah Binti Khuwailid
2. Saudah Binti Zam’ah
3. Aisyah Binti Abu Bakar (anak Saidina Abu Bakar)
4. Hafsah binti ‘Umar (anak Saidina ‘Umar bin Al-Khattab)
5. Ummi Habibah Binti Abu Sufyan
6. Hindun Binti Umaiyah (digelar Ummi Salamah)
7. Zainab Binti Jahsy
8. Maimunah Binti Harith
9. Safiyah Binti Huyai bin Akhtab
10.Zainab Binti Khuzaimah (digelar ‘Ummu Al-Masakin’; Ibu Orang Miskin)

ANAK-ANAK RASULULLAH S.A.W
1. Qasim
2. Abdullah
3. Ibrahim
4. Zainab
5. Ruqaiyah
6. Ummi Kalthum
7. Fatimah Al-Zahra’



Nabi Muhammad s.a.w juga mendapatkan julukan Abu al-Qasim yang bererti "bapak Qasim", kerana Nabi Muhammad s.a.w pernah memiliki anak lelaki yang bernama Qasim iaitu anak baginda bersama Khadijah, tetapi ia meninggal dunia sebelum mencapai usia dewasa. 

Tuesday, December 22, 2015

Deep



One word. 

Deep. 

It's not that you're giving up. But you had enough and you deserve something better.

Monday, December 21, 2015

Miss Universe 2015


OMG, Steve Harvey Announces The WRONG Winner of Miss Universe 2015! I feel sorry for her. Seriously. Ko dah siap lambai ratu kat satu dunia and suddenly baaammmm!!!! Salah announce. Huhuhuhu... Siannnnn... Tak pe la deknon, cuba lagi lain tahun ye... 

Congratulations Miss Philippines! 

Thursday, November 26, 2015

35th Birthday!




So today is my 35th birthday. Hehe. Bangga betul bunyi nya. 
Well, this is me. Tak pernah la nak sorok umur. 
Alhamdulillah dipanjangkan umur hingga ke hari ini untuk menikmati dunia sementara ni. 
Dan masih diberi peluang untuk berbakti pada suami, parents, anak², adik beradik, dan orang sekeliling. 

Alhamdulillah. 

Dari dulu tak pernah nak kisah sangat sambut birthday. 
Sama je la macam tahun ni. 
Bezanya, dulu² mesti make sure tak kerja on my birthday.
Tapi tahun ni, I've decided to work. Hehehe.
Sambutannya still macam tahun² sebelum ni. 
Loads of calls, texts, wishes, singing, social media wish and so on. 
Alhamdulillah and terima kasih atas doa² dan kata manis. 



Wednesday, November 18, 2015

Cara didikan anak...

Assalamualaikum, 

Sejak dah jadi Mama ni, asal ada article pasal tips mendidik anak, sure nak baca. Pastu save. Semoga menjadi panduan dalam membesarkan anak² Mama nanti. Semalam banyak gak orang share kat FB pasal cara jutawan muda Dato' Aliff Syukri and wife mendidik anak² diorang. Siapa sangka, jutawan cenggitu sangatla humble and down to earth. Walaupun ada je keyboard warrior yg mempertikaikan kesahihan cerita dia tu. To me, eh biar la. Dah itu cara dia. Yang sibuk nak persoalkan kenapa? Kan ke lebih baik ko ikut mana yang betul/baik. Lagipun, if i'm not mistaken, the way he was brought up bukan dengan kemewahan walaupun datang dari keluarga yg senang. 

Ikuti 8 cara Dato Aliff Syukri dan isterinya mendidik anak-anak mereka…

1. Dato & datin x pernah bg hp, tab, gajet2 kpd anak2. Jadual ank2 penuh dgn mase belajar bhs cina, india, english, mengaji dll. Mase lebih yg ade akn diluangkn bersame kluarga.
2. Anak2 dibolehkn tgk tv hanya pd Hari Sabtu & 2jam sahaja.
3. Setiap kali makan di rumah akn mkn bersama2 duduk di lantai (bentang tikar), senang suap menyuap. Meja hanya sbg syarat ade dlm rumah (kdg2 org guna utk berlakon).
4. Dato g keje bawa bekal & wajib utk anak2 bawa bekal juga. Isteri yg masak, bibik hanya membantu. Sebab Dato percaya air tgn seorang ibu kpd ank2 & isteri sgt2 bagus.
5. Anak2 sekolah swasta. Dato hnya bg duit belanja RM2 klu nk beli aiskrim/ape2. Sedangkn ibu bp kpd kwn2 ank2 nye bg rm10/hari.
4. Dato akn bawa ank2 ke rumah ank yatim 2 bulan sekali utk ank2 tido sna & rasai same2 kehidupn susah sng ank2 yatim yg tiade ibu bp dan tengok sendiri perasaan mereka bile terima sumbangan.
5. Dato akn pastikn anak2 tahu rase susahnye nk cari duit. Latih anak2 alami sendiri. Bile ank2 dh besar klu nk kereta kene rase dulu jd pekerja stor & ujian2 dr Dato.
6. Mslh bile anak2 berkumpul dgn sepupu2 mereka atau bile berada dlm fmly bsr ialah mereka akn persoalkn xde mainan itu ini, xde gajet..sbb Dato x nk train ank dgn kemewahan & mudahnye klu nk dapat sesuatu.
7. Dato percaya..anak2 yg berkualiti, bagus datangnye dr didikan ibu bapa. Ibu bapa yg pertama dlm kehidupn ank2. Guru2 sekolah itu yg ke2. Bukan kita suh guru2 100% didik ank kita. Kita cuma usaha sekolahkn ank2 dgn bagus.

8. Datin percaya setiap ank2 ade kelebihan & kekurangan. Jadi jgn pilih kasih pd ank2.

Tuesday, November 17, 2015

Update secara tetiba :)

Assalamualaikum...

Haih camne la nak cari masa nak update blog eh. Kagum tengok orang lain boleh update blog hari². I've tried many times, tapi sudahnya mmg tak ter-update gak.Ok, since I have time now *read: mengantuk, meh kita update sikit².

  • Our Aakif is now 1 year and 2 months. I admit that motherhood is so tiring but I am enjoying it as it makes me happy. Camne tak happy bila sentiasa ada je makhluk kecik yg menggembirakan hati saya? Kita marah, tapi dia beli jiwa kita dengan senyum dia. Kita bgtau, jangan senyum, mama tengah marah ni, dia balas dengan "cak!" hihihi... I love you Aakif!
  • Baby #2 is on the way. Alhamdulillah rezeki. Dah masuk 5 bulan pun. Cepat sangat masa berlalu. Hari tu baru mabuk². Ni dah 5 bulan. Beza sangat dengan masa mengandungkan Aakif dulu, kali ni merasa la semua. Morning sickness, mood swing tak tentu pasal, selera bukan main hebat, teringin nak makan itu dan ini. Habis semua orang pun kena 'mengandung' sekali coz this preggy mom does not want to eat alone. So, yg tak mengandung pun kena layan makan. Hihihi... And the 'best' part is, I am always in my selekeh look. Not to say that selama ni sentiasa vogue ke apa, tapi sebelum ni presentable la. Tak de la macam sekarang ni, pucat lesi sentiasa, takmo mekap² and pakai baju asal boleh je. Takyah nak matching². Capai je la apa yg ada., Dulu, baju keje recycle every 3-4 weeks baru pakai balik. Now, ikut mana dan je.. Dannn... I became so malas, tak mo jalan² pegi mana². Kalau boleh nak duduk rumah je. Hybernating. To my suprise, shopping² pun dah tak seberapa. Sebelum ni, almost everyday ada parcel sampai, but nowadays, online shopping pun takde. 
  • Gender baby pun tak tau lagi. Every checkup, mmg scan, Tapi baby is so active. Pusing² takmo tunjuk. Saje nak bagi Mama and Ayah suprise. Well, actually Mama tak kisah pun. Boy or girl, asalkan sihat tubuh badan, sempurna kejadiannya, comel, bijak, soleh/solehah and jadi anak yang sentiasa menyenangkan mama and ayah. 
  • Owh, Abang Aakif nowadays adalah super duper manja. And clingy too. Takleh tak nampak Mama, sure dia nangis. Part tunjuk perangai pun dia gak. Semua kata sebab dia tau Mama preggy. So dia tunjuk perangai. Nak attention. Ye kot. Sebelum ni tak kisah pun. Tapi ok lah. Biasala kan... 
  • Work life pulak cam biasa. Hari² kena pujuk diri sendiri utk pegi keje. Dah start boring sebenarnya. Tapi tu la. Nak resign, ramai pulak yg membantah. Mr. Ayah suh resign, tapi orang sekeliling bising kata jangan. Rugi katanya. Tapi kalau dah sampai takde hati cam ni, better la resign kan? Tak pe la. Kita tahan je la selagi boleh. Kalau tak boleh tahan gak nanti, kita buat la decision sendiri without considering about other people. Afterall, isteri kena ikut cakap suami kan? Hihihi...
  • Kucing kat rumah dah tinggal 2 ekor je. Mia and Chico je. Last week, 5 ekor mati sekaligus. Tak tau sebab apa. Virus kot. Sebab tetiba je. This time, Mr Ayah yg sedih lebih coz dia yg jaga budak² tu. Coz I am not allowed to go close to the cats cage. So, Mr Ayah la yg take care of the cats. Bagi makan, bersihkan diorang punya litter, bagi ubat... Semua dia. So bila budak² tu mati, nampak kesedihan kat muka dia. 
  • Rasa cam nak buat bisness online. Tapi nak buat apa ye? Well, bukan la online bisness je, apa² pun boleh. At least utk tambah income. Bunyi macam tamak. Tak cukup ke gaji bulan²? No, don't get me wrong. Sekurang² kalau later² if i've decided to resign, I have something to do gak kan? Ada yg suggest start with dropship agent dulu. Ada yg suggest to make money dengan my sewing machine. Part ni kelakar. Belajar pun baru sekali, dah nak buat bisnes. Kan? Tapi ye la. Kalau tak start dari sekarang, sampai bila² la mesin tu jadi tukun. Maybe I can start with sulam baju2 Aakif dulu? Benang beli sampai beratus. Tapi semua still dalam kotak lagi. Haih, nak kena seru mood rajin dulu ni. 
  • Rindu nak pegi facial anda pegi spa. Kena buat appointment ngan Mr Ayah so that dia boleh jaga Aakif. Mama needs to pamper herself.
Ok lah. Tu je la dulu. Panjang pulak update kan. Insyaallah ada masa kita update lagi la ye. Till then. Take care. Assalamualaikum... 


Thursday, May 14, 2015

Craving?

Assalamualaikum

Bulan ni keje mid shift.
Punya la lama tak keje midshift.
Last skali pun masa pregnant 7 bulan kot.
Skarang ni Aakif dah nak masuk 8 bulan. So, you do the math.
Ok je keje petang ni.
Yang tak ok nya, sian kat Aakif.
Huhuhu.
Untuk sebulan ni, Aakif tinggal ngan Nen.
Tak pegi school. Cuti sebulan budak kecik tu.

Sejak keje petang ni jugak la dok craving kan mee kari - mee hoon sebenarnya coz i dont eat mee kuning tu.
Kalau boleh hari2 nak mee kari.
Nasi tak mo. Nak mee kari gak.
Sebenarnya, I am not a fan of mee kari.
Sebelum ni, aku makan mee kari kat dua tempat je - Teluk Chempedak & Food Court KLCC.
But now, selagi ada mee kari dalam menu, order terus.

Tadi break, makan mee kari. Semalam pun mee kari. Day before yesterday pun mee kari.
Aku memang cam ni pun. Kalau dah suka, boleh je mengadap benda tu hari2.
Sama kes ngan chatime la. Dulu hari2 nak. Sekarang ni, setakat lalu je la.
Dulu dok ulang alik masuk Shabu Shabu. Now, berbulan2 dah tak pegi.
Skarang ni mee kari lak. Tunggu la sampai nampak mee kari je terus muntah.
Haha. So selagi tak muak tu, ulang la hadap mee kari hari².


Monday, May 11, 2015

Kun Anta - Humood AlKhuder


 
Bukak FB and ramai la yang dok post this short clip kat timeline masing2.
Ok, fine. Agak sedap la jugak mata memandang. Haha...
Tapi bukan itu yg kita nak cerita sekarang.
Kita nak cerita pasal the song itself.
 
I've searched 'bout the song and cari yg ada terjemahan.
Not only the singer is good looking, but the lyric itself is so beautiful and so motivating.
 
 
KUN ANTA
By : Humood AlKhuder
Li ujarihim, Qaldattu Zhahira ma fihim
In order to keep up with them, I imitated their looks and exterior
Fabadautu syakhsan aakhar, Kai atafaa khar
So I become someone else, just to boast
Wa zhanantu ana, anni bizalika khuztu ghina
And I thought that throught that I’d gained a fortune
Fawajadtu anni khaasir, fatilka mazhahir
But I found that I’d lost, for these are mere apprearances
 
(Chorus)
La, la
No, no
La nakhtajul maala, Kai nazdadajamaala
No, we don’t need wealth in order to increase in beauty
Jauharna huna, Fil Qalbitalaalaa
Our essence is here, in our heart it shines

La, la
No, no
Nurdinnaasa bi mala, Nardhahu lana haala
We will not seek to please others with that which we deem unbefitting for ourselves
Zaaka jamaluna, yasmu yata’ala
That is our beauty, rising and ascending above

Oh Wo Oh, Oh Wo Oooh, Oh Wo Oh, Oh Wo Oooh, Oh Wo Oh, Oh Wo Oooh
Kun anta nazdad jamala
Be yourself and you will increase in beauty

Attaqabbaluhum, Annaasu lastu qaliduhum
I accept people but I don’t imitate them
Illa bima yurdinii, Kai urdiinii
Except for what I agree with, to satisfy myself

Saakunu ana, Misli tamaman hazal ana
I will just be myself, just the way I am, This is me
Faqanaa’atil takfiinii, zaaka yakiinii
My conviction suffices, this is my certainty
(Chorus)

Saakunu ana, man ardha ana, lan as’alaa liridhahum
I’ll be what I please to be, I won’t seek their acceptance
Wa akunu ana, ma ahwa ana, maali wamaa liridhahum
I’ll be whom I love to be, Why would I care about their acceptance

Saakunu ana, man ardha ana, lan as’alaa liridhahum
I’ll be what I please to be, I won’t seek their acceptance
Wa akunu ana, ma ahwa ana, lan ardha ana biridhahum
I’ll be whom I love to be, I won’t be pleased by their acceptance 


Tuesday, April 14, 2015

kawan vs stranger

ever encounter a situation where someone so closed to you decided to be a total stranger to you? i've encountered the situation and in fact encountering it now.

apa aku rasa? memula rasa macam pelik. more to sedih actually. well, ye lah. selama ni korang berdua adalah yang paling rapat. sampaikan orang panggil kembar. mana ada dia, ada la aku. vice versa. tetiba sekarang ni, bila selisih pun ko buat nampak tak nampak. senyum? harus la tidak. bayangkan la ye. dengan stranger pun kita akan senyum bila terserempak depan2 kan? ini kan pulak kita yang pernah rapat suatu masa dulu.

tak tau mana silapnya. kalau aku ada buat kau sakit hati, let me know. i can't read your mind. seriously. bila ditanya, kau kata tak de apa2. tapi bila dengan orang lain, aku tengok ok je kau bergurau senda. tapi lepas tu, ngan aku , urat senyum kau terus lumpuh. well, mungkin lah jugak tetiba baru kau tersedar, i'm not your standard. sebab tu terus kau decide tak nak kawan ngan aku. childish kan?

nape aku sedih? sebab. i treasure my friendship very much. aku ni dah la tak ramai kawan. so, bila kawan aku buat aku cam tu, of course aku rasa sedih. sebab tu aku cakap, kalau kau kecik hati ngan aku, please let me know. mungkin aku tak sedar yg aku dah pun menyakitkan hati kau. tak pe lah kawan... kalau itu yg kau nak, aku terima. kalau aku ada buat salah dengan kau, aku minta maaf. halalkan makan minum aku selama ni. semoga kau terus berbahagia.

nasib aku bila berkawan, macam ni lah. sebab ini bukanlah kali pertama benda macam ni jadi. mungkin aku tak reti jaga kawan. sebab tu lepas sorang, sorang buang aku. yes, i put the blame kat diri sendiri. and for that, aku dah tak berani nak kawan rapat2 sangat ngan siapa2. setakat gitu2 je la. why? coz it hurts. badly.

on the other hand, to be honest, i don't give a damn dah pun. know why? coz buat apa la nak terhegeh2. dah orang tak nak kawan, nak buat macamana kan? (yes, i am ego like that). afterall, lebih dari apa yg kau buat kat aku ni aku dah rasa. so setakat bertembung tak bertegur sapa tu apa lah sangat. i've experienced more than that.

sekian.

Monday, March 30, 2015

Mama Mia

Assalamualaikum...

Pagi Khamis lepas, masa nak pegi keje, si Mia sibuk dok mengiau.
Dia bukan la jenis yg 'mesra alam' ni.
Tetiba pagi tu je jadi mesra alam.
Dah agak dah ni mesti kes nak beranak ni.
Manja semacam pas tu ikut je mana kita pegi.
Told MrAyah Mia ni sah nak beranak.
Terus dia masukkan dalam cage.
Satu hal pulak kitorang nak cari kotak nak letakkan dia kat dalam tu.
Nasib baik la jumpa container.
Pastu nak la jugak letak kain kan?
Masalah problem nya di sini adalah mana nak cari kain buruk?
Huhuhu... Maka dengan itu, MsMama punya baju la yg dikorbankan.
Baju dah beli lama tapi tak pakai sebab rasa tak berkenan. Siap dengan price tag lagi.
Selamat jadi alas untuk Mia bersalin.

Petang tu, masa balik keje, intai cage.
Tengok dia tengah kepenatan.
Dah beranak.
4 eko anak dia.
Seekor tu ikut kaler dia.
Yang lain ikut bapak2 diorang.
Hahaha, kenapa bapak2 sebab ada few cats kot yg mengerjakan dia...

Maka bertambah la lagi kucing kat rumah tu.
Well, kat luar rumah to be exact.
Sejak ada Aakif, MrAyah dah tak kasi kucing masuk rumah.
So, budak2 tu duduk luar rumah la.

Fresh from oven... Penat lagi masa tu...
Selamat menjadi mama sekali lagi ye Mia.
Last year, pregnant sama2...
Tapi Mia beranak dua minggu awal dari Kakak.
Sebelum ni Mia tak reti jaga anak.
Sibuk nak pegi jalan2. Tinggal anak2 sampai mati budak2 tu...
Hopefully this time Mia jaga anak2 tu betul2 tau.

The next day... Tengok la tu. Eee geram!

Abang Chico datang melawat...





Thursday, March 26, 2015

Pujuk... Pujuk.. dan terus pujuk...

Assalmualaikum...

Hari ni... or to be specific, minggu ni...
Adalah minggu paling malas sekali nak keje.
Memang sangat lah malas.
Bangun pagi tu memang kena pujuk diri sendiri la utk pegi keje.
Dah berjaya pujuk diri sendiri.. Maka berangkatlah Mama and Aakif ke opis...
Ingatkan settle sampai situ la kan.
Harap maaf sangat.
Sebab dah sampai office, terus rasa nak balik.
Hahaha...
Pujuk lagi diri sendiri. Kerja kerja kerja...
So... Bekerja la si Mama sambil rindukan Aakif...
Apa Mama buat? Mama dok belek2 gamba Aakif.
Itu adalah kesilapan yang lagi besar ye.
Sebab bila dok tengok gamba anak, terus rindu anak.
Hah, padankan muka.
Terus rasa nak balik.
Tapi apakan daya... Awak tu keje ngan orang ye Siti Radz...
Maka, dengan itu, sila lah keje.
Toksah berangan nak malas2.
Kalau malas pun kena buat2 rajin gak.

Masuk pukul 5 je, dah boleh senyum.
Coz pukul 5 pegi mother's room... Buat stock utk Aakif...
Settle dalam 5.30.
Lepas tu buat keje sikit, and.... Tadaaaaa...
Dah pukul 6.
Goodbye office!

Hihihi...
Punya la malas nak keje kan?
Citer cam ni pun boleh jadi entry.
Layankan sajoh...

Sekian,
Siti Radz melaporkan dari opis :P

Wednesday, March 25, 2015

CintaHatiKesayanganMama

Assalamualaikum...

Ya Allah, rindunya saya kat awak ni... *read: blog
Rindu nak borak²...
Rindu nak luah perasaan...
Rindu nak complain itu ini...
Rindu nak cerita itu ini...
Rindu semua la...

Blogwalking pun dah kurang sangat sekarang ni.
Fb, Ig semua tu mana yg sempat je.
Ceh ceh ceh...  Macam tak de masa je kan?
Masa tu ada, cuma tak berapa nak cukup.
Well, siapalah saya nak kata masa tak cukup kan.
Sedangkan Tuhan dah bagi semua orang sama rata 24 jam sehari.
Cuma ikut masing² la kan macamana nak bahagi masa.
As for me, I am still struggling... Takde la struggling mana pun.
More to membiasakan diri...
Membahagi masa... Selit sana sini...
Family kecik saya, family besar saya, kerjaya saya... dan juga saya...
See... masa untuk diri sendiri last sekali tau!
Hihihi...

Insyaallah, will try to update the blog more often.
Owh, before lupa, would like to introduce this 'lil munchkin of mine...

Introducing...
Aakif
 
Our bundle of joy.
Cinta hati kesayangan saya...
Buah hati semua orang.
Alhamdulillah...

Till then...
Assalamualaikum :)

Friday, August 15, 2014

Nobody knows...

So stop judging

Wednesday, June 11, 2014

Kita tak pernah tau...

As salam...

Betul kan?
Kadang-kadang saya macam pelik tengok orang dok tanya orang lain pasal kenapa takde anak. Atau bila nak ada anak.

Tolong la. Sensitif sikit perasaan orang.
Kita tak tau perasaan orang.
Kita tak tau betapa sunyi nya hidup orang tu laki bini.
Kita tak tau betapa sedihnya orang tu rasa bila dapat berita orang lain mengandung.
Kita tak tau betapa dia berharap dia juga suatu hari dikurniakan cahaya mata.

We never know.
So stop judging.
Please.