NuffnangX

Tuesday, May 30, 2017

Puasa Day 4

Assalamualaikum...

Puasa day 4 and akak x bangun sahur pagi tadi. Haih. Nasib baik smalam time buka tak ikut kata hati tak nak makan langsung. Nasib baik lah paksa diri jugak makan nasi and sebelum tidur tu minum red dates tea. Kalau tak mmg lembik terus la hari ni. Walaupun tak tau la cam ne nak bertahan sampai ke petang ni. Hopefully boleh la bertahan sampai buka nanti. 

Semalam konon2 nak goreng meehoon untuk buka puasa. Sampai je rumah, kuarkan binatang2 dari dlm freezer. Sementara tu Asar dulu and rest jap. By 5.45pm konon siang2 and prepare apa patut as rencah untuk goreng meehoon. Then simpan balik dlm fridge supaya jap lagi senang time nak goreng. Budget 6.30pm start masak. So sementara tu, rest lagi dengan budak2 tu. 6.30 kuar kan barang2 from fridge and susun kat wet kitchen. Letak kuali atas dapo. Ketek... Ketek... Api hidup. Tapi kecik. Tak sampai 10 saat, api padam. Ketek.. Ketek... Lagi sekali benda yg sama berulang. Ketek... Ketek.... Tak hidup langsung dah. Ok fine. Gas habis. Hmmm... Redha je la bukan rezeki kita nak makan meehoon goreng buka tu. Sentap mak. Tekak dah terasa2 nak meehoon tapi apakan daya, if Allah says it's not my rezeki then it's not. Redha je la. Terus hilang mood. Buka tu minum air kosong je. Tu yg merajuk konon ah tak yah makan la. Makan time sahur je nanti. Tapi tu la kan. Nasib lah tak ikut kata hati sangat. Makan la jugak nasi ngan balance rendang ari tu. Kenyang. 

Lepas Isya' dlm pukul 10.30 tu terus tido. I am not in a good mood last nite. Nasib la jugak budak2 dua ketul tu tido awal. Tapi tak sangka la pulak sampai terlajak tido. Sedar2 je dah pukul 6.15. Mak hanya mampu ber-huhuhu je la... Tak pe. Insyaallah kita cuba bertahan sampai waktu buka nanti ye. Baby dlm perut, sila jangan dera Mama ye sayang... Please be good. 

Ok la. Till then, Assalamualaikum 

No comments: