NuffnangX

Saturday, January 24, 2009

Ouch...

Assalamualaikum..

Apa anda rasa bila salah satu medium perhubungan anda dengan yg tersayang sudah tidak berfungsi? Well, itulah yg berlaku pada saya. Fon 3G saya rosak. Maknanya, saya sudah tidak boleh ber-video-call dengan Darling saya buat sementara waktu. Sakit gak la rasanya. Fon itu telah dihantar ke kedai dimana saya membelinya dan diberitahu bahawa saya hanya akan mendapat fon itu semula dalam masa dua minggu. Kenapa? Sebab mereka perlu menghantarnya ke manufacturer nya semula dan satu sebab lagi adalah sebab mereka bercuti menyambut hari perayaan. Duh... Lama tuu...

Pentingkah fon itu? Ya!!! Sangat penting. Saya dan dia jarang guna voice call. Most of the time kami akan bervideo call. Lagi puas bila dapat melihat muka masing masing. Sebab lain dari itu, saya dan dia bukannya dekat. Dia di Port Kelang, saya di Setapak / Cyberjaya. Jauh kan? Maksudnya, kami tidak dating hari hari. Maka, amat penting la fon itu pada kami.

Tapi semalam, melihatkan keadaan saya yg resah gelisah itu, maka, mama saya telah menawarkan saya menggunakan fon dia *yg juga ada 3G* untuk ditukarkan sim card, untuk anak kesayangannya ini berhubung dengan org disana. Sayang Mama!!!

Saya juga telah bercadang cadang untuk membeli fon baru, tetapi telah dihalang keras oleh dia dan juga mama. Kata mereka, "membazir'. Maka dengan itu, saya yang menurut perintah terpaksa akur.

Sekian sahaja laporan saya tentang telefon saya yang sedang sakit itu.

Sekian,
Terima kasih

*Kenapa bila menjelang CNY, mereka akan berlumba lumba untuk mengubah fesyen rambut? Dan kebiasaannya, mereka akan memilih fesyen rambut kerinting.

No comments: