NuffnangX

Thursday, January 15, 2009

Perlu ke?

Assalamualaikum...

Selalu sangat bila org nak tanya soalan pasal kawin, mesti ada soalan "bila nak tunang?" or akan bermula dengan soalan "bila nak kawin?" which soalan selepasnya adalah "nikah terus or tunang dulu?"

My question now is, perlu ke nak bertunang? Atas sebab apa nak perlu ada ikatan pertunangan? Pada aku la kan, tujuan bertunang ni kira macam nak 'ikat' la kan? I mean, for example, salah sorang nak sambung belajar, or kena keje outstation for a long period, pas tu takut la sepanjang dia xde tu, ada org potong line and kawin ngan makwe/pakwe dia. Dalam erti kata lain, macam letak deposit before diijabkabulkan. Tapi kalau dah almost hari2 jumpa and memang ada je, buat apa nak bertunang? Org kata, tujuan bertunang ni sebab dalam tempoh pertunangan ni la masanya utk mengenali hati budi masing masing. Which I think only applicable for org dulu dulu or family match. Macam org sekarang ni, ada lagi ke erti kata nak mengenali hati budi masing masing? Bukan ke orang zaman sekarang ni bercinta / kenal hati budi masing masing dulu baru decide for the next step? Kan?

Ari tu kat office, one of my colleague tanya the same question to me i.e. "nanti u rasa u tunang dulu ke terus nikah?" Jawapan aku pada dia, "Perlu ke?" Dun get me wrong. Aku bukan la nak cakap besar or what. Tapi aku tak nampak relevannya ikatan pertunangan itu kalau xde sebab yg kukuh. Atas sebab apa nak kena tunang? Even tunang pun, bukan ada pasport "halal" kan? My fren kata, "rugi la kalo xnak tunang.." And when I asked "why", she said "rugi la satu cincin!" Huh?? Penting ke cincin tu? Even x tunang pun bleh beli cincin kan? Amat tidak relevan la sangat alasan utk bertunang tu.

Pada aku, bertunang is to tell people that you're no longer available tapi belum ada ikatan sah. Maksudnya, dah ada org booked la. Errm.. Bleh faham ke? Kira bleh je la ek. And about the cincin, no need la nak kumpul cincin segala bagai tu. Aku dah la jenis yang agak "kureng' berbarang kemas. Rimas laaa... Another thing, kalau bertunang atas sebab nak kumpul duit sementara the big day, bleh lagi diterima pakai. Ye la, sementara nak kumpul duit kasi cukup masa nak dapat pasport "halal", kang kalo tak 'ikat' datang plak org lain, sambar, hah, x ke haru? Cian ek... Tapi kalo sebab nak dapat cincin... Hmm... Lupakan je la...

X tunang pun aku dapat cincin...

Cincin mama hadiahkan for my 27th birthday yg dibeli masa nak beli cincin Along bertunang

So, siapa kata, nak tunang je baru bleh dapat cincin? Even org lain yang bertunang pun aku dapat cincin. Hehe... Amacam? Bleh? And aku tak cakap aku anti-tunang. Cuma, kalau kena pada sebabnya, apa salahnya. Kan?

No comments: