NuffnangX

Friday, June 05, 2009

Have You Ever?




5 comments:

Unknown said...

ooo ...lagu best ... tapi kenapa sedih sangat .. samapai keluar air mata lagi ... awak ni memang sentiasa dalam alam fantasi lah cik siti. Dari pengamatan saya lah .. awak ni sayang sangat kat pakwe awak (dari lagu ni lah) .. tapi macam sayang awak tak dinilai dengan secukup nya ... awak ni kekurangan kasih sayang ke siti ... apa yang telah pakwe awak lakukan pada anda ... ishhh ishhh ...buang keruh ambil jernih ..

Unknown said...

nyanyian bagus ... siti ... tapi aku rasa kau tak gunakan ruang yang ada pada kau...kau lebih selesa berada dalam comfort zone kau ... remember .. stage tu kau punya .. buat lah sesuka hati kau ... kau perlu berubah ... buang segala remeh temeh yang akan menghancur diri kau ...

Anonymous said...

eh apa ni indah. kau ni emosional sangat. apa pulak budak tu kekurangan kasih sangat. kau tengok tu masih montel. memandai jer. Siti, kau jangan nak dengar comment budak biul si indah tu. Dia tu belajar tah mana mana. Kita kena ingat hidup ni tak selalu nya indah.kalau hidup kita tak indah,kita kena indahkan. Ingat siti, mentimun ditangan kau, pisau pun ditangan kau, kau buat lah apa yang kau nak buat.kalau aku lah,aku potong timun tu aku makan. Cicah kicap jalin best siti, ada cili api sikit.
satu lagi,aku setuju lah dengan indah pasal lagu tu best. Tapi piching kau out . Feel lebih sgt sampai nangis nangis. Next time nyanyilah lagu melayu ke . lagu apa ke. apa best nya lagu english ni. akhir sekali cintai bahasa ibunda. bahasa itu jiwa bangsa cik siti. Dah 50 merdeka, apa salahnya guna bahasa sendiri. ni pakai bahasa english dalam math dan science. budak budak KL ni ok lah tapi ramai yang kantoi jugak tak paham apa. budak budak kampung nu lagi teruk. akhirnya math & science bodoh, bahasa english dungu, bahasa melayu bebal.
cerita pasal bebal ni, kau jangan pulak bebal siti. bangun pagi terus mandi, gosok gigi. kau tu dah la jenis busuk, kalau tak mandi mak aiii semerbak. ok lah siti aku berehat, nak komen blog orang lain pulak.

Unknown said...

woi batang benar... aku tengok nama kau pun dah semacam.. ada batang tak benar ekkk ... batang apa yang maya hahaha.. hahah ... apa kau mengarut kat sini hah ... macam macam kau sebat... sampai ke PPSMI pun kau sebat... kau ni melalut ke apa ... be serious lah brother ... apa lah macam ni ...
Tapi terlanjur kau bercerita pasal PPSMI ni ...aku pun rasa nak mencelah jugak. Yer lah ... kalau nak bagi budak budak sekolah paham dan pandai bahasa english.. jangan perkosakan ilmu ilmu lain. kesian kat anak saudara aku. bukan bodoh math. tapi bodoh english ... mak bapak nak ajar math & science pun ...mak bapak pun tak pandai english. last last anak saudara aku yang out.
eleh batang, ishh aku nak sebut nama kau pun aku geli batang ...haha. biarlah si siti tu nak nyanyi lagu mat salleh pun. lantak dia lah ... janji feel dia sampai. yang kau komen ketiak dia busuk ke apa tu kau pernah jumpa dia ker. kau ni ...main taram jer. setakat baca blog dah nak tulis lebih lebih. mengaku aja diri tu tua ... tapi takder adat dalam penulisan.
siti, jangan ambil hati sangat dengan si batang tuh ... abang ada ni dik .. heheh...

Anonymous said...

apa tak ada orang lain nak komen lagi ker selain kita indah. apa tak famous rupanya budak siti ni ek. ingatkan famous macam siti nurhaliza, siti sifir. Tak apa lah sempena jemari ku sudah di atas key board ni .aku tulis jer lah. Jangan marah siti.
Tak perlu marah siti, ini punya screen your absolute property. Kalau siti rasa boleh menyinggung perasaan sapa sapa .siti delete lah. Adat jemari kata .jemari mana ada otak .kuku ada lah .tu pun dah panjang .seminggu tak potong .lama tak pegi buat manicure.
oh . pasal nama aku batang benar. kau jangan buat hal ngan aku indah. aku guna lampung aku . dah nama kampung aku batang benar. apa pulak lucah. famous apa. tempat commuter berhenti . tak percaya kau naik lah commuter dari rawang ke seremban. sah sah ada nama station batang benar. kalau kau tak tertidur lah.
kau tu indah lagi teruk. nama macam pompuan. tulis macam laki. tak hirau perasaan hati wanita.
ok lah . tak tau nak cakap apa lah pagi ni . porut kosong.