NuffnangX

Sunday, April 25, 2010

Lagi laporan tanpa gambar

Assalamualaikum...

Hari kedua...

Banyak benda baru saya belajar hari ini. Perkataan baru to be exact. Contohnya, delman adalah kereta kuda. Saya juga jumpa dengan beberapa makanan baru iaitu Siomay bandung dan Batagor bandung. Aiskrim durian juga pelik dimana isi durian seketul diletak dalam aiskrim.

Kami melawat Tangkuban Parahu awal pagi tadi. Pemandangan di sana adalah cantik dan saya amat kagum dengan keindahan bumi Tuhan ini. Siapa sangka bekas gunung berapi akan jadi tumpuan pelancong. Cuma yang merimaskan saya adalah penjaja yang agak agresif. Belum pun turun dari kereta diorang dah mula kerumun. Rimas lah.

Dalam perjalanan ke Tangkuban Parahu, Miftah, our driver lalu jalan shortcut. Salah satu tempat yg dilalui adalah Pondoh Hijau. Rumah2 di sini.. Ya ampun.. Cantik2 sangat. Most of it adalah cantik, besar dan berciri simple. Kami juga melalui Lembang di mana arnab dijual dengan banyak sangat kat tepi jalan.

Saya masih blur dengan matawang rupiah ni. Slow motion la kalau nak bayar. Ibarat time kita baru2 dapat duit time kecik2 dulu. Time nak bayar tu terkial2 kira duit. Hehe...

Owh before I forget, saya juga discover bahawa spa session yg selama ni dibayar nearly RM200 kat KL tu cuma berjumlah RM68 je *after conversion* kat sini. Murah kan? Service pun tip top..

Ok lah tu je kot nak cerita. Nak kena tidur. Budak2 ni semua dah lama hanyut..

Goodnite semua..


Powered by Telkomsel BlackBerry®

No comments: