NuffnangX

Friday, May 07, 2010

Be nothing...

Assalamualaikum...

Setiap pasangan dalam dunia ni be it bf-gf or husband and wife, pasti nak yang terbaik dalam hubungan diorang. Yang belum kawin, pasti mengharapkan hubungan tersebut berakhir dengan ikatan yg sah. Sebuah perkahwinan. Dan yg dah berkahwin mengharapkan perhubungan yang kekal. Tapi tak semua yg kita rancang akan berjalan lancar. Dan tak semua yg kita harapkan tu akan jadi kenyataan. Dan bila apa yg diharap, dirancang tu tak menjadi, apa pula lepas tu? Akan terus bermusuh? Atau, terus akan membenci? Atau boleh jadi kawan?

I've been observing actually.. Saya memerhati. Bagi saya yg belum berkahwin ni, saya rasa kagum dengan individu2 yg dulunya berpasangan tapi bila dah tak "menjadi" boleh menjadi kawan. Contoh paling besar, my parents. Both my parents bercerai masa saya berumur 8 tahun 5 bulan. Apa lah yg budak semuda itu tahu kan? Tapi satu benda yg saya tau, saya pasti, parents saya tak pernah bermusuh. Bukti? Mama dan papa tak pernah menghasut kami adik beradik membenci/marah pada salah satu daripada mereka. Dan bukti lagi, bila mama, papa and ibu saya boleh duduk semeja and sometimes boleh keluar bersama dengan anak2 ibarat kami adalah satu keluarga yg besar. Dan setiap kali itu terjadi, saya bangga kerana saya ada keluarga yg besar!

Ada juga kawan-kawan dan my relatives yg masa hubungan mereka masih suami isteri tak lepas dari konflik. Bergaduh. Saling memburukkan each other. Sampai orang lain yang mendengar, memerhati naik geram. Jadi emo terhadap orang yg dituduh tersebut. Dan paling menyedihkan bila ikatan sah itu terpaksa diputuskan. Ingatkan akan terus bermusuh. Ye la. Masa duduk sebumbung, ada je yg tak kena. Hari-hari gaduh. Sampai bercerai berai. Tapi bila dah tak jadi suami isteri tu... Elok pula kita tengok. Boleh berkawan. Keluar bersama. Duduk berborak bersama. Ya, saya tau. Demi anak-anak. Tapi ada gak yg bermusuh. Contohnya, bila ditanya pada anak yg kecil mana ibunya... Maka jawab anak kecil itu adalah "ayah dah tak sayang mama...". Patut ke mengajar anak macam tu? Coz to me, what happen between you and your partner is juz between you two. Jangan hasut anak2 macam tu. Tak baik dowh!

Ini andaian saya. Mungkin. Mungkin la ye... Bila kita dah takde ikatan dengan orang tersebut, kita akan lebih menghargai orang itu. Kita tak mahu terus kehilangan lantas kita pujuk diri sendiri untuk menerimanya sebagai kawan, sahabat. Lagipun, masa tu. Apa yg orang tu buat tak kan memberikan impak yg besar pada kita. Ye la. Dah tak de ikatan. If dia nak buat apa pun, kita dah tak ada hak utk menyoal. Dan lagi satu, kenapa perlu bermusuh? Bukan kah orang tersebut pernah jadi sebahagian dari hidup kita satu masa dulu? Hidup berpuluh, berbelas tahun bersama, tapi lepas tu bermusuh? Hmm... Kenapa mesti macam tu? Bukan contoh yg baik untuk ditunjuk pada anak-anak. Apa salah berkawan? Mungkin lah ada yg memegang prinsip "lovers can't be friends". Well... Itu pendapat masing2. Terserah. Tapi saya rasa no harm lah kalau nak berkawan pun. Well... Sekali lagi diingatkan... Ini adalah pendapat ye. If you are in a new relationship and your new partner tak mengizinkan kamu berkawan, jangan lah pulak nak berkawan gak... I mean, bukanlah bermusuh sampai ke tahap membenci. Cukup sekadar menganggapnya sebagai kawan lah.


Sekian.

2 comments:

Nuroll said...

salam radz....:)!

Siti Radz said...

helo... Thanks for dropping by.. ;)