NuffnangX

Thursday, June 24, 2010

Random lagi

Assalamualaikum...

Random je la ek....

  • Saya adalah agak sibuk sekarang.
  • Tak ada banyak masa untuk mem-blog.
  • Bukan setakat tak ada masa untuk mem-blog, tapi juga untuk lain².
  • Saya penat.
  • Mama is back from Hong Kong. =)
  • Minggu ini adalah minggu yang amat memenatkan sekali. Hari² ada aktiviti sampingan di ofis selain kerja yang wajib.
  • Saya penat.
  • Energy level saya adalah close to 0 setiap hari setibanya saya di rumah.
  • Saya tidak boleh terlalu penat kerana ianya akan mengakibatkan saya tidak boleh tidur. Dan ini semua adalah penyumbang utama untuk saya jatuh sakit.
  • Sepatutnya ada satu entry mengenai Father's Day, tapi saya masih tak dapat curi masa untuk menyiapkan entry tersebut - masih dalam draft.
  • Hujung minggu saya adalah penuh dengan aktiviti² kekeluargaan dan sepejabatan.
  • Haha ada ke ayat sepejabatan?
  • Bila saya boleh ada hujung minggu untuk bermalas² sendiri?
  • Saya rasa macam nak beli jam. Ya, saya tau saya sudah ada jam baru. Tapi selain jam Tissot ini, saya rasa saya juga suka jam satu lagi jenama yg saya nampak hari tu.
  • Ok lah, batalkan saja niat membeli jam berjenama tersebut tu. Kalau beli jam CK boleh? Murah sikit.
  • Ye la ye la... Saya tak beli jam. Membazir kan?
  • Saya sokong Argentina!
  • Saya penat. Mau rehat.
  • Hari tu kata dah tak nak pegi Indon, tapi tetiba rasa macam nak pegi lagi. Bukan untuk shopping atau jalan², tapi untuk pergi spa sahaja. Hehe..
  • Melayan orang "saiko" akan buat kita sama² jadi "saiko" kan?'.
  • Saya akan pegi jalan² sambil cuti =) Bye!

Dah. Tu je for the time being. Nanti sambung lagi.




No comments: