NuffnangX

Thursday, July 29, 2010

Assalamualaikum...

Ada orang tanya, "kalau kat blog pun ko tak cerita 100%, macamana ko nak calm yourself when you're upset or there's something bothering you?".

Ada beberapa jawapan kepada soalan itu. Antaranya:

¤ Jumpa my "ubat penenang". Hahaha... Jangan fikir bukan2 ye. Aku tak amek ubat penenang pun. My ubat penenang adalah someone yg bila kita jumpa, lupa terus benda² yg menyakitkan hati walaupun orang tu tak buat apa pun. Ko tak yah cerita kat orang tu pun apa yang buat ko sakit hati, tapi by being around my "ubat penenang", seriously aku akan terus like, lega. Tak jumpa pun takpe, dapat cakap on the phone kejap pun dah kira ok. Sejuk terus hati. Itu kalo ko upset disebabkan orang lain la. Tapi kalau ko upset disebabkan dia, sila guna option lain eh.

¤ Simpan dalam hati. Yes, I prefer it to be that way. Orang kata, tak baik pendam dalam hati. Tak elok. Makan dalam. Nanti sakit coz tak luahkan. And macam² lagi la. Well, bukan la semua benda pun aku simpan dalam hati. Ada la jugak yg aku luahkan/share ngan those yg sangat rapat. Walaupun aku tak share 100%, tapi kalau dapat share like 50% pun dah kira ok gak kan? At least, takde la berat sangat. Being me, if orang buat aku upset, aku akan jadi senyap. Menahan selagi boleh. If aku upset and ramai orang sekeliling, aku cuba tahan jugak. Tapi kalau betul2 takleh tahan, aku pegi toilet. Nangis. Kalau masa tu boleh tahan, nanti bila aku dah sorang2, aku nangis. Tempat yg paling aku comfortable nak nangis adalah dalam kereta and dalam bilik. Sebab tu je tempat aku sensorang kan? Ada skali tu, aku nangis while driving, pastu berhenti kat traffic light. Skali terperasan mamat motor yg sama2 tunggu lampu hijau, dok tengok je. Hahaha. Takpe, mamat tu pun bukannya kenal aku pun. Lepas je dari traffic light, dah tak jumpa dah.

¤ Spend time alone and pamper myself. Pegi la merayau mana² pun. Window shopping ke... Spa ke. Massage ke. Shopping ke. Tak kisah. Tapi biasanya end up dengan shopping la. :) Puas hati!

¤ This is the best. TIDO! Yes, tido adalah sangat membantu dalam situasi begini. Coz being me, lepas je bangun tido, aku dah boleh lupa apa yg menyakitkan hati aku sebelum tu. But if benda tu memang betul² menyakitkan, tido la brape lama pun, sure takkan menjadi. Maka dengan itu, my "ubat penenang" and shopping perlu memainkan peranan.

So far, itu je la yg aku slalu buat. Biasanya aku upset tak lama pun. Just biarkan aku sensorang, jangan kacau aku and lepas tu, aku dah ok dah. Balik seperti sediakala. :) Tak susah kan?

No comments: