NuffnangX

Thursday, November 04, 2010

R.I.N.D.U

Assalamualaikum...

Jam kat monitor menunjukkan pukul 3.48 am.
Budak² ni kuar "lunch". Ye la. Lunch la.
Kan diorang serve orang² US. Lunch la kot.
Diorang ajak kuar skali tapi aku takmo.
Dari semalam ajak, tapi ada je alasan aku bagi.
Sampai ada la sorang nih cakap "ada orang cakap jangan kuar ngan kitorang ek?"
Hahaha... Bukan macam tu la kawan².
Kan aku dah makan tadi. Takkan la nak ikut korang lak.
Baik la aku siapkan keje aku ni. *abes semua aku buat, sampai teammates aku xde keje di siang hari. Hehehe*

Eh, perenggan di atas bukan lah tujuan asal entry ini.
Entry ini adalah untuk memberitahu bahawa aku rindu.
Ye, rindu. Rindu siapa?
Rindu kat kucing². Hahaha tak caya?
Tak caya sudah. Kenapa rindu?
Sebab biasanya kalau aku tido, salah seokor dari diorang mesti tido ngan aku.
Biasanya Shwagha or Panda. Either one la.
Tapi bila aku keje malam nih, time aku tido di siang hari, takleh bawak diorang.
Coz nanti aku takleh tido sangat. Memang biasanya kalau tido siang pun, aku takmo ada kucing tido ngan aku.
Errrmm... Eh, citer pasal diorang nih, makin rindu dah. :(

Oklah. Kena stop. Bubbye...

*dah seminggu tak jumpa Encik 2609 :(

No comments: