NuffnangX

Wednesday, March 30, 2011

Aktiviti beriadah bersama keluarga

Ahad lepas kitorang pegi Titiwangsa. Aktiviti beriadah katanya. :)
Our main reason pegi sana coz my SIL kata ada pameran kucing.
Jadi, kami-kami pencinta kucing ni pun pegi la.


Kucing2 ni duduk dlm khemah tertutup. Coz diorang kena ada aircon. Ye la. Panas tu. Kesian diorang. Ada mcm2 jenis kucing. Tp byk persian cats la. Ada yg utk jual. Ada gak utk adoption. Kucing2 yg utk dijual tu mahal giler ok. Yg kecik RM 2500 and yg besar RM 5000. Mcm nak pengsan dgr harga budak2 ni. Knapa mahal? Sebab ni dari baka baik. Bukan jenis gebu ngan bulu je. Tp diorang ni memang gebu! Kira kalau mandikan, bdn diorang still gemok. Nanti takde la kau rasa tertipu rupa2nya kucing tu gebu ngan bulu je. Lgpun, budak2 ni ada birth certificate ye! Sorry la takde gambar sebab terlampau excited menengok kucing. Hahahaha... Walaupun aku ada 9 ekor kucing kat rumah, aku still tak muak dengan kucing2 lain ye. Siap cakap kat Mama "nanti bila rumah I dah siap, I nak beli sekor... Takmo amik kucing kat rumah... I nak kucing baru..." Hehehe...

Sebenarnya, pameran kucing ni bukan lah main event kat situ. Tak tau la apa tajuk event hari tu. Tapi macam2 la ada kat situ. Ada macam bazar sket. Coz ada khemah orang jual2. Then ada pameran kereta yg dah di-modify. Kira enjin tu diorang kasi bikin la. Bukan bikin macamana. Diorang macam hias2 la. Ada bling-bling bagai. Pelik2 la diorang nih. A part from that, ada gak diorang letak kreta2 untuk dijual. No, bukan kreta2 yg bikin tu... Tapi brand new cars la. One of it adalah si Jantung Hatiku Ini :)


Suka!!!! Ye, saya adalah peminat VW. Kalau boleh nak Golf GTi. Tapi kalau dapat Golf yg takde GTi pun takpe. Tapi kalau dapat Polo pun dah kira bersyukur. Hahaha... Cukup2 berangan ye Siti Radz! Apa faedahnya beli kreta cenonet harga sampai cecah RM 200K? Sila lupakan! Tapi mana tau, kot besok2 ada rezeki. Siapa tau kan? :)

Lepas lepak2 bawah pokok sambil menikmati air tebu dan juga Uncle John Fried Chicken (ada jugak la yang nak meniru Uncle Bob. Dah la lagi mahal. Nasib baik sedap dia lebih kurang sama), kitorang pun decide nak gerak ke Ampang Point pulak. And I found this terselit kat tepi side mirror kereta aku.

Anda bermasalah?

Tak nampak ek  jenis rawatan tu? Nah. Tengok ni


Apa ni????  Susuk? Minyak pengasih? Penunduk? Pukau? Apa kes buat iklan cam ni? Ada lagi la jenis manusia yang percaya benda2 cam ni. Come on  la. Hanya orang desperate je yang percaya benda cam ni. Instead of paying certain amount of money for this stupid thing, why don't you ask from your Creator? Bukankah Dia dah aturkan yang terbaik untuk kau? 

Haih, kan dah emo. Tak suka tau!

Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

4 comments:

jomsantaisekejap said...

yaaaa betul tu...jodoh pertemuan tu kan di tangan Tuhan. Tersurat dan tersirat sesuatu perkara ada hikmah dan tujuan disebaliknya, mungkin kita je yang tak nampak...
Emmmm ada kucing yang Siti berkenan ke pergi kat pameran kucing tu..?

Siti Radz said...

A'ah, ada. Tapi kucing tu berharga RM 2500. Huhuhu...

Suara Kalbu said...

Kalau saya pergi pameran tu harus saya pengsan disana siti sebab rasa mahu culik semua tucing tucing somel tu bawak balik..

H

Siti Radz said...

SK: Hehehe... Saya separuh pengsan gak tengok diorang. Lagi2 tengok yg muka penyek tu... huih... geram sampai rasa nak gigit :)