NuffnangX

Thursday, March 10, 2011

Jangan Pandang Belakang

Kalau ada yang perasan, kat hujung blog ni, ada link "Home" je. Takde link "Older Posts" and takde ruangan "Blog Archive". Owh, "Labels" pun takde. Semua tu aku remove. Ada yang pernah tanya pasal benda ni. Kenapa buang function2 tu? Well, I have my own reasons.

Aku set just for 15 days with posts je. Tapi kenapa? Sebab, itu hanya akan membawa si pembaca kepada kehidupan ku yang lepas. Aku takmo orang baca kisah aku yang lepas2. Means, baca la setakat apa yang ada ni. Takyah la baca citer dulu2. Blog ni tempat aku luah perasaan, share cerita. Ada yang sedih, ada yang happy. Tapi kita tak tau, dalam kita happy tu, ada pulak orang yg tak happy menengok kegembiraan kita tu. Kan? So, dalam hal ni, hati dan perasaan orang, kita perlu jaga. Lagi satu, ala... Tak pe la. Takyah baca citer dulu². Apa yang penting adalah aku "sekarang" not aku yang "dulu" walaupun lebih kurang sama je dulu dan sekarang nya. Hehehe... Past is past. Kenapa nak kenang? Tapi kadang2, aku baca gak entry dulu2... Itu memang perangai aku. Pastu, lepas baca, either senyum sorang² or nangis, sedih dan hiba. Yup, kalau diikutkan, banyak citer sedih la dulu². Mengadu nasib. Gaduh ngan boyfriend pun letak kat blog. Detail lak tu. Tak malu ek, orang baca pasal ko gaduh? Huhuhu... Tu dulu2 punya citer la. Now, kalau nak citer pasal gaduh ngan siapa2 pun, letak sikit2 je, takde la detail giler. Itu pun selalunya kias2 je.

So, basically, itu adalah sebab utama kenapa takde cerita yang lepas2 kat sini. If aku nak cerita pun, usually aku linkkan dalam sesuatu entry. Kalau tak, maksudnya, untuk bacaan Siti Radz sorang je. Blog ni wujud sejak 2003 lagi. Memang banyak la cerita hidup aku kat sini. Pasal family, kawan2, kucing2, cinta hati, diri sendiri, kerja and banyak lagi la. But as I mentioned earlier, I prefer to keep it myself. You all baca mana yang ada je ek? If interested sangat nak tau jugak, just approach me. Kan senang. Dun worry, Siti Radz tak makan orang. Siti Radz makan ayam. Hehehehe...

Nah, ini adalah my first entry. Owh, agak gedik ber-"love you" bagai. Hihi. Sila maafkan kegedikan itu. Itu adalah cara saya meluahkan rasa cinta saya terhadap orang itu.
Sekian.
;)

4 comments:

jomsantaisekejap said...

Nampaknya, sy kenalah menguatkan ingatan sy terhadap apa yang pernah Siti tulis, andaikata ada ujian bertulis tentang siapa Siti Radz nanti..:-)
Walau apa pun pendirian awk, sy sentiasa menyokong dan menghormatinya.. kata orang baik untuk awk, baik jugalah untuk sy.. lain macam pulak bunyi skrip ni.
Salam santai dan keep in touch (tm)

Siti Radz said...

Ujian bertulis? Siapalah saya untuk dijadikan topic untuk dipersoalkan. Takpe, kalau terlupa, kan boleh tanya. Don't worry, saya tak makan orang. Hehehe... :)

jomsantaisekejap said...

tu yang sy takut tu, sebab tak makan orang tak semestinya dia tak boleh telan... hahahahaha.
opsss terlebih sudah.
nantilah, bila agak2 sy dah nyanyuk, sy akan tanya macam2 soalan termasuklah awk ni siapa?

Siti Radz said...

nyanyuk betul dah tu kalau tanya soalan macam tu. Takpe. Saya masih akan menjawab :)