NuffnangX

Saturday, May 07, 2011

Bosan aku dengan penat

Hello!
Ye, Siti Radz kembali bersiaran.
Meh sini nak citer apa terjadi sejak my last post minggu lepas sampai la ke minggu ni.

Khamis 28/04
Semangat nak pegi keje terbantut bila kreta takleh start di pagi hari. Bengang je la aku. Kesian tau. Dah la dah bangun pagi. Dah siap cantik2. Masuk kreta, start enjin. Boleh halfway je. Terus mati. Try lagi dah tak leh. Tinggal gamba battery, pintu terbukak ngan gamba teko je yg menyala. Lain semua takde. Yang menyala tu pun malap je cahaya dia. So, nak tak nak, kena la mintak bantuan. Maka datang la bantuan all the way from Bangi untuk menengok keadaan kreta tu. Rupanya placement battery tu macam lari sket. Sebab bila adjust wire yg kat battery tu, trus bunyi alarm. Haih. Kalau aku tau, takyah la aku susah2 call mintak bantuan. *walaupun aku bukan reti pun nak bukak bonet depan tu*. Tapi since battery tu pun dah 2 tahun lebih, dan beberapa kejadian kereta tu macam nak termati, so, tukar je la battery tu.

Jumaat 29/04
I jumpa ngan boifren I!!! Once again, terima kasih Tuhan. =)

Isnin 02/05
Ada monyet mana ntah, campak kayu dari atas, jatuh atas kreta aku. Bukan setakat jatuh je ye. Siap kena kat windscreen aku. And of course, retak! Masa aku turun, ada la satu family ni kat bawah. Pas tu anak dia datang kat aku cakap, "kak, tadi ada orang baling kayu. Kena kreta akak". Masa tu budak tu tunjuk kat kemek atas bonet depan tu je. So, I said "oh, yg ni memang dah lama kena." Aku ingat memang tak de apa2 la kononnya. Masuk je kreta, aku nampak betapa cantiknya corak kat windscreen aku. Apa aku rasa? Takde rasa apa2. I just called mama bagitau apa jadi. Mama suh aku tunggu and dia turun. Mama pulak yg ngamuk. Siap soal siasat budak tu tanya apa jadi. Aku? Aku dah duduk dalam kreta. Hehehe. Malas la aku nak fikir. 

Kayu itu. Kalau aku tau siapa punya keje, aku katok kepala dia ngan kayu ni.


Dan inilah hasilnya

Corak retak adalah lebih kurang sama ngan retak kat phone bertuah aku


Selasa 03/05
Badan aku naik bintik2 merah and gatal2. Went to Pusat Rawatan Islam Az-Zahrah, Bangi. Service sucks!!! Reception je ok (walaupun "apa kes kau makan kat kaunter pendaftaran even ada patient kat situ pun?") The doctor gila "kerek" and pharmacist lagi kurang ajar. Ko nak explain kat patient, tapi ko pandang tempat lain. Cakap gila kuat, menengking2 macamkan aku ni pekak. Bodoh! Orang sakit boleh jadi bertambah sakit la menengok perangai korang sekor2. Tak guna la korang lekat segala sunnah and hadis kat dinding if perangai korang macam tu!!! Ngokkkkk!!! Lagi satu, apa susah sangat ke nak senyum???

Jumaat 06/05
Habis keje kol 6 tapi still stay kat office sebab ada dept meeting. Ada colleague aku bgtau nampak tayar blakang pancit. Aku? Biarkan je. Malas nak fikir. Bukan aku boleh buat apa pun. So, lepas meeting tu, update apa patut ngan my team mates, then turun. Tengok tayar tu. Ye, memang flat terus. Apa aku buat? Jalan je terus walaupun teammates aku dh cakap, dia boleh tolong tukarkan. Jalan slow2 pegi Petronas. Isi angin. Bangga. Kenapa? Sebab saya adalah seorang perempuan yang hanya pandai bawak kreta dan isi minyak. Lain dari itu, mintak maaf. Isi angin pun tak reti. So, the moment aku tengok tayar tu dah ada angin and nampak kereta aku jadi tinggi balik, of course la aku bangga. Oh, saya pandai isi angin uols! Hehehe. On the way balik singgah Jalan Reko tempat aku tukar tayar ari tu. Suh budak tu check, and yes, ada paku. Macamana ntah dia buat tapi macam kagum je. Kuarkan paku, and cucuk lagi satu benda yg macam paku tu tapi ada gam and dah siap! It's like ada 2 paku. Satu paku jahat, satu lagi paku baik. Paku jahat tu yg buat tayar aku pancit. Paku baik tu yg ada gam tu.

Proses keluarkan paku jahat dan masukkan paku baik

So basically itu la serba sedikit pasal apa yg jadi kat my darling 2609. Aku dah macam takde perasaan. Tapi tu la. Lepas satu.. satu dugaan datang. Penat kan?

Apa lu tengok? Mau gaduh ke?


2 comments:

ctmarqonah said...

Bkn awk sorg je yg xtaw psl kete... Saya pn sama... Hehehehhe... Pe2 pasal kete ayah la yg handle... Saya??? Taw bwk, byr mnthly installment.... Heheheheh...

Siti Radz said...

Hehehe... sama lebih kurang :)