NuffnangX

Wednesday, May 25, 2011

r.A.n.D.0.m

  • Saya adalah rindu pada BlackBerry saya. Sepertimana yang pernah diberitahu, selain screennya yang retak, touchscreennya juga adalah bengong. Selain itu, kebengongan kepada smartphone itu adalah apabila "ia" penat, ia akan reboot dengan sendirinya. Itu belum lagi masuk dengan "tidur dan tak bangun2 lagi". Haih, penat kan? So, sebagai langkah keselamatan, maka saya telah "cuti" daripada menggunakannya. Tapi saya masih bawak phone itu ke mana2 sebab segala contact masih di sana. Kadang2 ok, kadang2 tak ok. Buat masa sekarang saya adalah menggunakan phone torchlight kepunyaan mama. Agak kekok di situ kerana, phone ini adalah kecik. Tapi sila jangan pandang rendah pada phone itu sebab fon itu amat berguna di waktu gelap dan ia mempunyai aplikasi game yg boleh la dilayan pada waktu saya bosan. *ayat penyedap hati* ;)
  • Game kegemaran buat masa ini adalah Pocket Carrom.
  • Agaknya ada tak siapa2 yang bermurah hati nak menghadiahkan saya phone baru? *wink*
  • Saya sedang berpuasa dari memakan ayam. TERPAKSA ok, TERPAKSA! Ini adalah disebabkan pengambilan ayam yang agak melampau di masa lampau yang mengakibatkan badan saya "menolak" kehadiran ayam dalam badan. Apa jadi kalau degil and makan jugak ayam? Saya akan kena "gatal-gatal". Menggaru tak ingat dunia. Habis merah2 dan berbintik2. Ini adalah tidak bagus kerana kulit saya adalah senang berparut. So, kalau dah sedap menggaru, kadang2 ianya akan meninggalkan kesan.
  • Sedih sangat2 bila terpaksa say "NO" to ayam. Seperti yang diketahui umum, Siti Radz dan ayam tak boleh dipisahkan. Terasa macam salah satu nikmat hidup ditarik. Harap2 tak lama la ye. Setakat ni, tak penah lagi makan ayam as my main dish. Kalau makan pun, setakat yang ada dalam sayur, meehoon /kuey teow goreng. Itu pun, lepas tu kau tahan sendiri la gatalnya ye. Daging adalah bukan kegemaran saya. Seafood tu boleh la jugak tapi kena control sebab ketam akan membuatkan mata bengkak, udang akan membuatkan gatal hidung, begitu juga dengan sotong. So.. Apa je yang aku nak makan if semua pun tak boleh? Well... Now kena la makan daging. Pastu makan ikan. Eh jap. Bukan tak makan ikan langsung. Tapi selama ni, ayam lah nombor satu. Kalau mama masak ikan kat rumah, aku tak de la bersungguh makan macam makan ayam. Biasanya kalau makan ikan pun masa makan kat luar la. Siakap segala macam tu kan? Pastu benda2 seafood tu pun makan gak, tapi takleh la banyak. Sikit2 ok la kot. =)
  • Tadi makan maggi goreng. No more maggi goreng ayam. This time... Maggi goreng + ikan. Hoih, mahal gila. Maggi goreng ayam baru RM 6 kot. Maggi goreng ikan adalah 8 ringgit. Dah la tak sedap. Tak suka!
  • Dulu2 kalau beli McD, tak penah suka beli fillet o' fish. Now, i have no choice. Ikan pun ikan la... :(
  • Suka gila dengan warna tema baju raya tahun ni.
  • Ye, kitorang dah beli kain untuk baju raya. Owh, tak yah tanya puasa dah ganti ke belum ye. Sebab saya puasa penuh tahun lepas. Itulah kelebihan orang yang period tak teratur :)
  • Ada la orang tu, mintak saya buang tahi lalat kat muka ni especially yang kat pipi. Kononnya saya ni panas baran. :Þ 
  • Saya ada 10 minit lagi untuk menamatkan zaman bujang keje untuk hari ini.
  • Saya rindu orang tua saya kat Kuantan tu.
  • Setiap kali berselisih kereta ngan mama pagi2 waktu saya balik dari keje, saya rasa sedih. Mama dah tak patut pegi keje. Saya mahu mama saya berhenti kerja tapi saya juga tahu, dia akan kebosanan tahap maksimum bila duduk rumah je nanti. 
  • Saya rasa macam nak pegi cuti2 ngan family besar saya.  
  • Saya rindu kawan2 lama saya.
  • Saya sayang Shuwagha, Panda, Adik, Acik, Felix, Pokyang, Girl Girl, Imago & Abang Nunin.
  • Saya sayang awak. Siapa? Awak lah. Ye, awak lah. Awak2 yg sedang baca blog ini. =)

Sekian.

2 comments:

ayanuts said...

he..he..banyaknya bnda yg dia rndu

Siti Radz said...

Hehehe.... tertinggal satu lagi... Rindu nak shopping tanpa perlu hirau apa2... :)