NuffnangX

Friday, June 03, 2011

Permainan masak-masak

Ini adalah aktiviti waktu rajin Siti Radz. =)

Meehoon Goreng Tom Yam.
Saya adalah suka. Sebab saya adalah peminat Tom Yam :)

Apam Polkadot

Hasil: Agak tak menjadi 

Sebab: Konon taknak la letak banyak2 sangat color tu. So, warna apam adalah tidak menarik. Tak cantik. Pas tu tak reti nak budget letak brape banyak kat dalam cup tu. So, apam tu tak brape nak naik sangat for the first batch. Lagi satu, tak reti nak budget nak letak brape banyak before nak letak filling kat tengah2 tu. Resultnya, filling tu mendap ke bawah. Huhuhu.... Halfway tu, cakap kat mama nak buang je. Muahahaha... Ye, saya adalah bersikap begitu. Cepat mengaku kalah. :P Tapi tak jadi sebab mama cakap "tak pe la. Mula2 buat cam tu la. Lepas ni dah boleh agak, apa yg patut nak tambah, apa yg patut dikurangkan".

Komen yg diterima:
"Macam apam cina buat sembahyang tu je. Nasib baik ada rasa" - Mok
"Rupa takde. Tapi rasa ada..." - office mate mama

Baik lah. Nanti besok2 Siti Radz buat lagi. =)

Mok cakap, "color tak cantik. Macam tompok2 kat badan panda". :Þ

Moist Chocolate Cake

Hasil: Memuaskan - Ye, saya tau saya perasan :Þ

Dah brape lama terasa macam nak makan chocolate cake. Ye, boleh je kalau singgah Secret Recipe kan? Tapi tekak ini mahu chocolate cake buatan rumah. So, harus berusaha buat sendiri. Kuar pegi Jusco untuk beli barang. Balik rumah and sediakan apa patut. Cari loyang yang sesuai, tapi tak jumpa. Jadi, kita masukkan je dalam cup. Sebenarnya ini adalah aktiviti di kala tak boleh tidur. Since dah tak boleh tidur tu, kita main masak2 la ye.

Komen yg diterima:
"Sedap. Besok buat lagi?" - My Guardian Angel
"Sedap la.. Da bole jual" - Officemate Mama 1
"Lepas ni letak topping skali ye" - Officemate Mama 2

Errr... "Da bole jual" ? Owh, saya buat adalah untuk suka2. Besar sangat cita2 nak jual tu kan? ;)

Nope. Saya ke sini bukan utk acara masak-masak.
Ini adalah aktiviti tempahan baju raya.
Oh, saya suka! :)

Sekian. Terima kasih.

2 comments:

Cik Lily Putih said...

cantik apa apam polkadot tuh... hehehehe dah macam citer kartun punye kuih dah... hehehe

Siti Radz said...

hehehe... nanti kita buat yg senonoh sket ek weekend ni... :)