NuffnangX

Monday, July 04, 2011

Hari untuk Papa saya

This is a long overdue post. Sila maafkan saya dan salahkan empangan airmata yang kurang berfungsi.

Papa's girl :)
Ini Papa saya. Papa saya bernama Osman Hj. Abdul Latif.

Papa saya tak lah se-perfect bapak orang lain dan saya tak pernah kisah tentang itu. Sejak saya berumur lebih kurang 9 tahun, saya sudah tidak tinggal sebumbung dengan Papa. Jadi saya boleh "claim" yang Papa tak selalu ada dengan saya. Bukan macam bapak orang lain yang sentiasa ada. Jadi saya selalu berasa sedih. Saya rasa jeles bila tengok bapak orang lain jemput mereka balik dari sekolah. Saya selalu berharap yang satu hari, Papa akan jemput saya balik dari sekolah. Tuhan saja yang tau betapa bangganya saya bila satu hari Papa jemput saya balik dari sekolah. Ingat lagi, masa tu saya masih di sekolah rendah. Besok tu, makin bertambah bangga bila kawan saya cakap "semalam kita nampak bapak awak jemput awak". Itu sahaja sudah cukup menggembirakan saya. Dan satu perkara yang saya pasti, Papa saya tak pernah pukul saya. Tak pernah.

As I grow older, saya jadi makin rapat dengan Papa. Terbalik kan? Orang dah besar2 ni memang makin jauh dengan bapak. Lebih rapat dengan boyfriend / teman hidup. But not me. Dia lah boyfriend saya. Satu dunia tahu tentang itu. Dialah orangnya yang saya panggil "rival" kepada kawan2 lelaki saya. Dan setiap kali saya memulakan perhubungan, Papa memang menjadi salah satu perkara dalam list T&C saya. Agar mereka faham. Agar mereka tidak menjadikan Papa saya sebagai isu kenapa mereka diketepikan. Sayang saya pada Papa saya adalah yang terhebat. Bukan saya kata saya tak sayang orang lain, saya tetap sayangkan orang lain. Mama tetap cinta hati saya. Tapi bukan kah kita sedang bercerita tentang Papa saya? Jadi Papa lah "main actor"nya di sini.

Tipu lah kiranya saya kata saya tak pernah terasa hati dengan Papa. Saya bukanlah satu2nya anak Papa. Saya ada ramai lagi adik beradik yang lain. Jadi, kadang-kadang bila Papa lebihkan adik beradik yang lain, dah tentu saya terasa hati. Bila Papa cerita betapa bagusnya anak yang lain, saya macam 'sentap'. Ada orang cakap, saya 'selfish' sebab saya tak suka orang lain di lebihkan. Saya tak peduli. Ya, saya tau, saya selfish. Tapi saya tak peduli. Tapi marah saya, kecik hati saya, bukan lah lama. Kejap je pun. Antara sebab saya ketepikan apa jua rasa di hati adalah kerana saya selalu ingatkan diri sendiri yang masa kami tak banyak dan saya tidak mahu menyesal di kemudian hari. Papa saya dah tua. Dalam beberapa bulan lagi, dah masuk 59 tahun. Lagipun, bukankah saya ini anak? Dan satu lagi perkara, kalau saya tak ada, Papa masih mempunyai anak-anak lain. Tapi kalau Papa tak ada, saya dah tak ada Papa lain. Jadi mengalahlah. Itu lah yang selalu saya pegang dan itulah juga caranya saya memujuk diri sendiri.

Seakan tahu isi hati anak perempuannya yang seorang ini, Papa dah tak usik tentang satu perkara dengan saya. Dan hati saya menangis bila papa mintak seorang Atok untuk "tengok2" kan saya agar terbuka pintu hati saya untuk perkara yang satu itu. Yes, you're right. Pintu hati saya dah lama tertutup. Hal yang satu itu dah lama tak ada dalam kamus hidup saya. Sungguh. Malas nak fikir. Tapi saya tetap berharap, yang Papa ada untuk "Hari Besar Saya". Itu harapan saya. Dan saya berjanji, dia akan tetap jadi boyfriend saya.

Someday I may find my Prince Charming, but my daddy will always be my king.

Saya rasa, cukuplah dulu entry hari bapa ini.
Payah sangat untuk saya habiskan. 
Air mata tak reti nak duduk diam2.

Sekian.

2 comments:

Unknown said...

Nampaknya kita serupa bezanya aku tak selalu jumpa bapa aku atleast ko bulih lah jenguk dia weekend ker kan yang aku nih jauh nak kena naik belon...ko tulis pasal bapa nih aku sedih doh......buat aku nangis :-(

Siti Radz said...

owh... jangan la nangis beb... sorry buat ko sedih :(