NuffnangX

Monday, September 05, 2011

Confession? Well.. Maybe...

A question asked to my Ubat Penenang.


Answers given.
Tapi dia tak puas hati.
So dia tanya lagi.


Ye, betul apa yg korang baca.
Aku tak pernah sukakan raya.
Everytime raya sure sedih.
Especially malam raya.
Ye, silalah percaya.
Aku tak tipu.
Nampak macam happy je?
Well, itu adalah kelebihan saya.

Siapa tau aku nangis sensorang dlm bilik?
Kau tau?
Siapa tau aku nangis dlm kereta?
Kau tau?
Siapa tau mata aku merah lepas mandi bukan sebab masuk shampoo?
Tak kan?



Dah nama pun Ubat Penenang, perangai aku pun dia boleh faham.
Ye, bersedih adalah my favourite past time :)
Kalau nak suruh aku berlakon scene nangis, memang no hal la.
Tak susah. Just duduk diam and ingat few things, maka melelehla air mata aku.
See.. That easy.

So, segala nasihat pun diberi.
Betapa beruntungnya aku, betapa kisah sedih aku tu tak de la seberapa sangat, betapa aku patut bersyukur etc.
Tak lupa juga gambaran nasib orang² lain yg lagi menyedihkan.
Tapi kalau dah nama Siti Radz, lagi kau pujuk, lagi banyak la air mata aku meleleh.
"Saya tau ada org yg lagi sedih dari saya. Tapi saya dah mmg sedih. Nak buat macamana..."

Tapi hakikatnya, ini adalah kenapa aku tak sukakan raya...



Aku tak menyalahkan sesiapa.
Mungkin ini hakikat yang harus aku terima.
Hakikat yang perlu aku telan.
As what I mentioned up there,
"saya rasa tak salah nak ada keinginan mcm tu walaupun saya tau mmg takkan terjadi... Itu je pun keinginan saya. Sebagai anak... Tu je... Teringin... "
Sebab tu semangat utk raya memang tak penah ada.
Tapi semangat untuk shopping, insyaallah, memang tak penah luntur.
Alhamdulillah ada jugak la semangat kan?

Apa pun, Selamat Hari Raya la kat semua yg memang menantikan hari yg mulia ini.
Semoga korang bergembira bukan setakat pada hari raya, tapi pada hari² lain jugak. 

One of my favourite Hari Raya advertisement.
Kalau korang tak nangis, tengok iklan ni, kira korang macho.
:'(

1 comment:

Unknown said...

aku sedih sebab dah bape tahun x jumpa tuan punya belog haih....