NuffnangX

Thursday, October 06, 2011

Mengapa Wanita Sering Menangis

Ya Allah, mengapa wanita sering menangis?

Kerana wanita itu unik
Aku ciptakannya sebagai makhluk istimewa
Aku kuatkan bahunya untuk menjaga anak-anaknya
Aku lembutkan hatinya untuk memberi rasa aman
Aku kuatkan rahimnya untuk menyimpan benih manusia
Aku teguhkan peribadinya untuk terus berjuang pada saat yang lain menyerah
Aku berikannya naluri untuk mencintai anak-anak dalam apa jua keadaan sekalipun
Aku kuatkan batinnya untuk tetap menyayangi walau dikhianati oleh teman
Walau disakiti oleh orang yang dia sayangi

Wanita makhluk kuat
Tetapi jika satu saat dia menangis...
Itu kerana Aku berikannya air mata untuk membasuh luka batin dan memberikan kekuatan baru.

Wanita itu ISTIMEWA

2 comments:

:.noRuL.: said...

wanita mmg istimewa...alhamdulillah..

Siti Radz said...

mmg....sangat istimewa