NuffnangX

Wednesday, January 18, 2012

Segala macam cerita...

Assalamualaikum....

Siti Radz kembali bersiaran.
Agak bz skarang ni.
Mari kita campuradukkan cerita nak?

  • Access to the net adalah sangat limited. Hanya di office. Kat rumah harap phone je la. Sebab rumah saya belum ada internet dan saya tidak membawak laptop. Mungkin besok saya dah berlaptop tapi xde guna ada laptop tanpa access to internet kan? Minggu depan lah baru saya fikirkan. Dan lagi satu, xde la pulak Wi-Fi yang open. Semuanya nak kena masuk password. Sangat kedekut la diorang ni.
  • Mama belikan saya my first Pandora. Saya adalah sangat suka. Pandora tersebut merupakan hadiah harijadi saya. Memang tahun lepas, Mama bagi semua anak² hadiah. Masa Mama tanya saya nak apa, saya tak de pun mintak apa². Masa tu main² cakap suruh Mama belanja body kit untuk Cik Red(sebab saya tau Mama memang takkan setuju). Sebab tu saya mintak. Saya cuma minta Mama doakan yang terbaik untuk saya. Tapi mungkin Mama perasan saya asyik cakap pasal Pandora ni, so Mama kata nanti birthday Mama belikan. Saya baru ingat nak beli dengan duit bonus bulan depan. Tak pe la. Nanti duit bonus tu saya top-up "charm" dia lagi.
  • Saya rindu kucing² saya. Dan saya tau budak² tu pun ada yang rindu kat saya. Contohnya Panda. Dengan tiba² dia panjat dan duduk mengadap saya masa saya balik hari tu. Itu adalah sangat melanggar ego si Panda. Sebab dia hanya boleh bermanja² bila kita berdua je dalam bilik.
  • Budak kecik ni jugak sudah besar. Tapi kenakalan dia... Nauzubillah. Nama dia Baby. Tapi skarang ni kadang² saya panggil dia Kudud sebab dia kurus dan panjang kalau nak dibandingkan dengan kucing² yang lain. Dulu dia ada nama lain, tapi saya dah tak nak panggil dia dengan nama tu. Tak baik samakan nama orang dengan kucing. ;) 
  • Nafsu shopping saya sudah bertukar arah. Kalau dulu, asal keluar, tumpuan saya adalah kelengkapan diri i.e pakaian, handbag, kasut dan segala macam aksesori / alat mekap. Tapi skarang ni nafsu saya sudah kurang ke arah itu. Saya lebih berminat pada barang rumah. Hahaha. Susah betul saya nak percaya. Saya lebih rela keluar masuk mall sebab nak tengok set pinggan mangkuk walaupun sampai ke hari ni sebijik pinggan pun saya tak ada kat rumah. :Þ
  • Saya baru perasan betapa banyaknya coklat dalam drawer saya. Itu pun saya dah bagi separuh kat kawan² kat office ni. Ye, drawer saya banyak makanan. My Guardian Angel akan sentiasa belikan saya makanan untuk saya. Pastu kalau saya marah dia beli banyak² nanti dia suruh share ngan kawan².
  • Insyaallah kalau jadi, bulan depan akan ada cuti-cuti bersama family.
  • Saya sempat snap pic ni genap 2 bulan saya dengan Cik Red. Yup... 5555 km dalam masa 2 bulan.
  • Kawan² di office sudah mula sibuk mencari destinasi untuk bercuti. Satu tempat sudah dikenalpasti. Tapi tak boleh pegi sekarang memandangkan musim/cuaca yang kurang sesuai. Mungkin akan pegi bila tiba musim seterusnya. Satu lagi destinasi masih dalam perbincangan. Setakat ni ada few places tersenarai.
  • Ini merupakan minum petang saya. Saya adalah lapar. Malam tadi cuma makan sup dan tengahari tadi cuma makan roti. Tadi tak sempat singgah beli cekodok sebab hujan. Pastu cafe tak jual pisang goreng pulak. So, biskut gula pun boleh la.

  • Tadi kat timeline twitter saya ada few of them bertanya kalau² ada orang yang nak kan anak angkat sebab ada satu family susah kat bangi/kajang nak bagi anak perempuan mereka berumur setahun lebih. Seriously, saya mahu. Sungguh. Saya mahu. Sekurang² boleh teman saya bila saya dah tua nanti.
  • Semalam dengan tiba² saya cakap pada diri saya "dah lama tak nangis kan?". Bunyi macam apa je kan? Rindu nak nangis? No la. Saya tak rindu dan saya tak mintak pun untuk menangis. Tapi kadang² saya rindu pada Siti Radz yang cengeng. Kadang² je la. Tapi bila difikir balik. Tak nak lah. Sekarang ni dah duduk sorang susah la kalau saya nak cengeng² sebab lepas nangis sure sakit kepala. Nanti keje rumah siapa pulak nak buat?
Ok lah. Cukup dulu buat masa ni. Nanti saya sambung lagi.

6 comments:

:.noRuL.: said...

wow,byknya cerita...

:)

Siti Radz said...

Hehe.. Biasa la. banyak sangat nak cerita tapi asyik delay...

Miss. Tina said...

comelnya itu budak kecik dan juga itu coklat banyak nya....mintak buli ?

Siti Radz said...

Mau mintak yang mana? Coklat tu boleh la... Budak kecik tu.. nda buli...

jomsantaisekejap said...

dulu awk cengeng ehhh? hisshhh hisshh hisshhh. Anyway, keep in touch & salam santai. Nice story.. cokelat kalau ada lebih bagi sy ye... ahaksss

Siti Radz said...

JSS,

Ye.. Cengeng la jugak. Tapi dulu la. Ahaks. Cokelat banyak lagi ni. Nak? :)