NuffnangX

Monday, May 21, 2012

Caca Merba

Saya hanya mampu untuk buat entry random je.
Kira boleh la ye?

  • Semangat untuk bekerja makin menurun. Tiap2 hari saya perlu pujuk diri sendiri untuk gagah ke tempat kerja. Nope. Saya tak ada masalah dengan siapa2 kat office tu. Saya cuma mula rasa bosan.
  • Hari-hari saya 'menyanyi' kat telinga Mr. 2609 pasal kerja. Last skali dia cakap "resign je la. senang." Hahaha... Memang macam nak gelak. Sebab saya tau dia cakap cam tu sebab nak suruh saya diam. Dan saya dan dia tahu, saya tak sesuai tanpa pekerjaan. Saya perlu ada aktiviti. Lagi bagus kalau aktiviti tersebut ada income. Saya tak sesuai duduk rumah. Sehari dua boleh la. Masuk hari ke-3 saya dah mula bosan. Ada je alasan saya untuk keluar jalan2. Pastu kalau keluar jalan2, mesti kena ada duit kan? Takkan nak tengok je? So... Sebab tu saya perlu ada duit sendiri. Tak mo mintak2 dari orang.
  • Mr. 2609 ajak saya invest dalam project dia. Part ni saya suka. Ye. Sebab berniaga ngan dia, memang saya untung besar. Dia tak lokek ngan saya dan dia takkan delay payment sebab hari2 saya akan tanya payment. Hehe.
  • Saya masih tak dapat handbag best yang saya boleh lenjan hari2.
  • Kelantan menang piala FA la semalam! Hahaha.. Kau hado? Takde kan? So sila diam.
  • Saya suka Hafiz menang Mania.
  • Saya perlu lakukan sesuatu pada bilik saya. Semak sangat rasanya. Baju di sana sini. Masalahnya, bila lah saya nak mula mengemas?
  • Saya adalah sangat gemok. :p
  • Ada kawan saya syak saya pergi Kursus Kahwin minggu lepas. Walaupun saya dah tunjuk bukti saya pergi kursus apa, tapi dia takmo percaya. Pffttt.
  • Dah lama saya tak tengok cerita Korea. Rindu pulak.
  • Saya ada satu bulan lagi untuk kerja petang. Lepas ni kerja pagi balik. Haih. Saya rasa saya lebih suka kerja petang laaaaa...
  • Saat saya tengah menaip ni, saya rasa tak boleh nak bernafas. Sebab saya kena 'tindih'. Budak Panda ni ingat dia ringan agaknya. Dengan selamba duduk atas belakang saya. Siap tido bagai!
  • Saya rasa besok sebelum pegi keje, saya nak merayau jap la. Nak pegi cari casing untuk Note saya.
Ok lah. Tu je. Nite. Assalamualaikum....
     
     

No comments: