NuffnangX

Monday, June 11, 2012

Fuhhh

Saya dalam usaha melapangkan bilik saya. Ahaha... Bilik saya adalah sangat kecik. Paling kecik dalam rumah tu. So, bila dah sarat barat ngan barang, ruang nak sembahyang pun cukup2 je.  Sangat tidak selesa. Sekarang ni kira dah sangat2 kritikal sebab saya rasa ruang kosong bilik tu makin kecik.

Semalam saya mulakan dengan almari dulu. Sebab baju saya dah terlampau banyak and saya rimas bila baju2 tu semua tak boleh masuk almari. Selama ni mereka hanya duduk bertenggek je kat luar almari tu. Semak sangat saya rasa. Bila baju2 yang saya pakai selama ni duduk kat luar almari, maka yang dalam almari semuanya yang saya tak pakai la kan? So bermulalah sesi mengemas. Habis semua saya keluarkan. Baju kurung je satu kotak besar. Tshirt & blouses 2 plastik hitam. Selain baju2 dlm almari tu.. Saya jumpa benda lain gak.

Antaranya adalah first diari saya. Kertas dia pun dah bertukar warna. Ada jugak yg dah mula lubang2. Bayangkan berapa puluh tahun pulak lah usia dia kan? Rupanya saya guna diari tu sampai zaman saya kerja baskin robins dulu. Gedik gila cerita pasal Affa. Bila baca tu siap rasa geli. Muahaha... Tak boleh tahan akan kegedikan seorang die hard fans terhadap seorang artis. Lagi pulak bila dah start dapat phone number and call. Haih. Tak larat nak baca. Gelimat! Pastu ada gak kad raya yg saya simpan. Buku nota yang saya jadikan macam diari pun ada. Itu saya guna masa first semester kat UTP. Selain tu ada jugak purse yg lama2 and dokumen kreta.*apakes semua pun nak simpan dalam almari?*

My first ever entry. 1 January 1991.
Sampai sekarang saya tak dapat nak fikir mana "Mun Loong" tu...
At the end of the day, baju2 yang selama ni duduk luar, berjaya saya sumbat dlm almari. Oh, tu setakat almari yg belah atas je. Tak termasuk drawer sebab saya dah malas. Itu pun dah penuh! Haih. Saya rasa saya kena stop beli baju. Kalau beli gak, nanti dah tak ada tempat untuk letak.  

Halfway mengemas, Cik Assistant datang 'tolong'.
Last² Cik Assistant kena halau sebab setiap kali saya gerakkan tangan, setiap kali tu jugaklah dia sibuk cuba nak tangkap tangan saya. 
Now, baju2 yang saya dh ketepikan tu nak buat mcmana? Bagi kat siapa? Semua baju adalah dalam keadaan baik. Mungkin juga boleh dijadikan baju raya nanti. Saya dah x pakai sebab baju2 tu dah mengecik. :Þ

Sekian. 


Sent from Cik Siti's Samsung Galaxy Note

No comments: