NuffnangX

Wednesday, June 06, 2012

Mixed

  • Macam² sangat kat kepala saya sekarang ni.
  • Semangat kerja saya masih macam tu gak lagi. Tak tau nak buat camana lagi. Sunggu saya adalah manusia termalas nak pergi keje. Macam yang saya cakap sebelum ni, saya tak ada masalah dengan siapa² kat office ni. Tapi saya dah mula bosan. This is so not good. :(
  • Ramai eh yang nak kawin tahun ni. Dalam keluarga besar kami je ada 2-3 majlis lepas raya ni. Belum campur ngan kawan² lagi. Kira lepas raya ni sibuk pegi kenduri je la.
  • Office kami ada buat away day. Saya berkira-kira untuk tidak pergi. Tengok lah macamana nanti.
  • Cuaca panas betul kan sekarang?
  • Saya rasa nak makan kek coklat buatan sendiri. Tengoklah besok kalau rajin. Kalau ya, ku bilang KALAU. :P
  • Saya rasa saya kena kurangkan baca novel lah. Especially novel melayu. Nape cite dalam novel semuanya best²? Macamana rumitnya hidup orang tu, in the end mesti best je ending dia. Ataupun, tengah2 cerita, mesti hidup dalam watak tersebut terbela. Haih. Nape tak terjadi pada realiti?
  • Ada gossip terbaru tentang saya. Sebenarnya orang tersebut dah lama gossip pasal ni, cuma saya je baru dapat tau. Gossip pasal apa? Pasal hidup saya di taja! Depan saya, waaahhh bukan main baik je hamba Allah tersebut. Dan sungguh, saya tak boleh percaya orang tersebut yang bercerita macam tu mengenai saya. Rasanya siapa² pun tak boleh nak percaya kot. Melihat pada penampilan dia, personaliti dia... Memang susah nak percaya. Part yang kena taja tu saya boleh buat tak tau lagi. Tapi saya rasa sangat² sedih bila ada ayat "Ntah apa ntah yang dia dah bagi kat lelaki tu sampai kena taja" menyusul selepas ayat "u tak tau ke hidup dia tu di taja?". Seriously, mulut kau macam longkang! FYI makcik, I ni bukan artis yang layak jadi tajaan mana² pihak. Artis pun tidak, orang penting pun tidak. So, tak yah la nak buat tuduhan melulu. Makcik nampak ke tajaan jenis apa yang saya dapat. Makcik nampak ke apa yang saya dah bagi? Dan, mungkin pada pemikiran kolot makcik tu... Bila orang memberi, kita kena membalas. Ye lah. Barter trade kan! Or maybe makcik jeles dengan apa yang saya dapat? Contohnya layanan 1st class dari Encik Penaja - yang sanggup datang hari² teman saya makan masa saya keje malam dulu dan sanggup hantar makanan untuk saya setiap hari masa saya kerja petang? Lupa kah makcik, kadang² Encik Penaja beli makanan lebih untuk saya sebab suruh saya bagi pada makcik? Lupakah juga makcik saya tak pernah ambik duit makcik setiap kali makcik pesan apa² kat saya bila Encik Penaja kidnap saya? Atau sebab tak ada orang yang menaja hidup makcik? Makcik ni sebenarnya jeles ye? Come on la ye makcik... Tak baik menjaja cerita pasal orang. Maaf. Lepas saya dapat tau pasal ni, saya rasa macam dah tak boleh nak pandang makcik lagi. Sungguh saya minta maaf.
  • Haih, bestnya la hai kalau dapat Chatime skarang ni. Saya mau Lychee Yakult. :(
  • Pelik saya tengok budak² skarang ni. Belum habis sekolah dah bertunang? Tanpa rasa segan eh, boleh pulak letak kat Twitter/Facebook. Bukan main gatal lagi. Tapi tak leh nak buat macamana pun. Dah dapat sokongan dari orang² sekeliling. Ikut suka korang lah.  Dunia... Dunia...
Oklah tu je.
Bye.

No comments: