NuffnangX

Monday, June 25, 2012

Takde Modal

  • Saya adalah kebosanan.
  • Skarang ni musim mega sale? Saya tak excited pun. :P
  • Saya adalah sangat ketagih dengan Chatime. Minum hari2 pun tak pe. Bagus gak sebab ketagihan saya pada Starbucks sudah kurang.
  • Agak2 berapa modal nak bukak Chatime ek?
  • Tahun ni merupakan tahun mengandung bestfriends saya. 2 dari mereka akan bersalin lepas raya ni. Sorang lagi akan bersalin sama dengan bulan birthday saya dan bestfriend saya tu. Best betul ;)
  • Tiba-tiba saya rasa macam nak pergi langkawi.
  • Dua tiga hari ni, tidur saya dikunjungi orang-orang yang saya dah buang jauh-jauh dari hidup saya. Nape la sibuk berkunjung ke mimpi saya? Orang kata, sebab orang tu teringat kat kita. Ek? Apa pun, saya harap mereka berada dalam keadaan yang baik2 sahaja.
  • Result untuk blood test ari tu dah kuar. Doktor dah call. Suh saya datang jumpa dia. Sedikit takut di situ. 
  • Minggu ni saya tak kemas bilik langsung!
  • Saat saya menaip ini, saya tiba2 rasa sedih. 
  • Besok hari isnin. Saya kena pergi kerja ke? Aritu, Mr. 2609 kata, saya hanya perlu pergi kerja untuk mengisi masa lapang sahaja. Kerja yg saya kerja tu sebenarnya adalah partime sajo! Pastu, untuk pocket money saya. Boleh? 
  • Baju raya kami dah hampir siap. Yeay!
  • Saya adalah peminat Masterchef Selebriti Malaysia dan saya adalah penyokong Dato' Dr. Fazley & Tomok. 
  • Walaupun ada orang tu pada awalnya tak kasi saya makan durian, akhirnya dia mengalah. "Bawak Tupperware!" Tu je pesan dia. Hahaha... Dan inilah hasilnya. Love you lah Yang!
  • Mama & Mok dah agree untuk pinjam kan Panda pada saya. Yeay yeay yeay!
  • Saya baru beli frame nak tampal kat dinding bilik saya ni. Masalahnya, gambar2 yang saya ada tu pulak, tak sama saiz dengan ruang2 yang disediakan. :P
Ok lah. Tu je buat masa ni. Nanti2 saya sambung lagi. Sekian. Wassalam. :)





Sent from Cik Siti's Samsung Galaxy Note

No comments: