NuffnangX

Sunday, March 17, 2013

Lelah, letih, lemau... :|

Assalamualaikum...

Hi! Siti Radz bersiaran lagi.
Kali ini dengan mode demam.
Tak tau la nak kata demam ke apa sebab badan tak panas.
Tapi sakit kepala, hidung tersumbat, tekak perit semua tu ada.
Nak pegi klinik pun macam malu sendiri... Takut doktor kata saya reka cerita je.
Suara saya adalah pada tahap paling sedap ni.
Garau macam lelaki.
Walaupun saya adalah peminat dengan suara garau sang lelaki, tapi bila diri sendiri bersuara garau, hish, ngeri.
Garau dan sengau.
Itu adalah saya hari ini. Huhuhu...

Ada orang tanya kenapa saya selalu sakit.
Jawab saya, Tuhan nak hapuskan dosa saya.
Ada orang tanya saya tak jaga kesihatan ke?
Errr... Sesungguhnya saya tiada jawapan untuk itu.
Hehe... Ye la kot.

Saya cuma mahu berehat.
Duduk rumah diam2.
Lepak2 depan tv.
Golek2 dengan "anak2" saya.
Baca novel.
Layan siri Korea.
Makan icecream + fruits.
Best betul.

Ye, saya tau, saya sendiri akan "pening" dengan keadaan macam tu sebab saya tak biasa duduk rumah *itu kata Mr. 2609
Tapi saya perlukan sekurang2nya satu hari untuk rehat yg betul2 berehat.
Sungguh.

Ok lah. Saya mahu tidur.
Sebelum tu, terimalah my latest addiction of suara garau...
Hehe...
 

 
 

No comments: