NuffnangX

Monday, June 17, 2013

~ There’s so much negativity in the world and what you only need to hear is all the love ~

Hi Assalamualaikum...

Terasa lama sangat tak datang ke sini. Maaf. Saya teramatlah sibuk. Betul. Tak tipu punya. Weekdays saya sibuk dengan hal office dan weekend pula sibuk dengan hal keluarga. Banyak sangat lah agenda dia. Sumpah penat. So hari ni meh la kita borak² ;)

  • Dulu² saya tak berapa nak faham kenapa orang² yang balik dari Haji/Umrah akan cakap rindu kan Mekah. Dulu saya rasa macam "ish, overnya orang tu. Baru je balik dah nak rindu!" Now, bila dah jadi pada diri sendiri, saya faham. Bukak fb/instagram tengok gambar kawan² yg sedang menunaikan ibadah Umrah, hati jadi sebak. Meleleh² air mata sebab rindu. Saya ni baru balik 2 bulan, inikan pulak orang² yang dah balik lebih lama dari itu. 
  • Saya rasa nak sambung belajar. Errr... Bukan sambung belajar yg macam nak sambung Masters or buat double degree tu. Tapi nak belajar la. Contohnya belajar menjahit ke... Baking ke... Art ke... Pergi kelas mengaji ke... Kelas Fardhu Ain ke...  Benda2 cam tu la. For fun. At least saya ada activity during weekend... And at least, saya belajar something kan? Takde la bosan sangat hidup saya ni. Kan?  
  • Selain dari niat nak belajar, saya rasa saya nak luangkan masa buat kerja² kemasyarakatan. Contohnya visit rumah orang tua atau spend time kat rumah anak yatim atau jadi volunteer kat SPCA. Tapi macamana eh? Ada procedure or boleh walk in je?
  • Saat saya sedang menaip ni, tiba² saya rasa macam nak nangis.
  • I need a short weekend getaway. ALONE. Seriously. Kalau beli holiday/hotel package online (Groupon/ Milkadeal) tu semua, boleh percaya ke?
  • Sejak dua menjak ni, saya amatlah mudah rasa annoyed dengan keadaan sekeliling. Be it the situation, people or apa sahaja.
  • On top of that, saya adalah super duper sensitive. Sentap menyentap is my middle name now.
  • I can cry without any reason. Dah macam penyakit kemurungan pun ye. Bila ditanya kenapa, apa, siapa yg buat saya rasa cam ni, jawapan saya tetaplah sama. "ntah... takde apa². Memang nak nangis." So every now and then, akan muncul soalan² seperti "awak ok?" "awak sihat?" kengkadang rimas, tapi ok la... At least ada orang yg ambik tau.
  • I am refraining myself from the social media - FB to be exact. Sebab saya rasa terlalu banyak benda/issue/orang yg negatif dalam tu. Tapi aktiviti instagram saya tetap aktif. Hehe. Instagram takde yang negatif kan?
  • Puasa dah dekat, korang dah abis ganti puasa?
  • Last few days, saya tengok kat website mana ntah, ada jual stroller untuk pets. Hehehe... Comel sesangat. Takde la mahal mana pun. Agak² kalau saya beli, budak² kesayangan saya tu jakun tak?
  • Saya ada banyak baju yang dah tak pakai / tak muat / tak menepati piawaian untuk di derma.. Tapi tak tau pulak nak derma kat mana...
  • Phone saya gila. :p
  • Rasa macam dah lama sangat saya tak shopping. Online ataupun "offline".
  • Orang dok sibuk cakap harga emas dah turun, tapi benda tu tak de effect pun kat saya. Sebab saya tak suka pakai barang kemas :)
  • Owh lupa pulak, sejak balik dari Umrah, tekak saya dah boleh terima kopi. Ok, sebelum ni pun minum, tapi hanya yg Starbucks punya la. Itu pun bukan yg pure coffee tu... Selalunya kalau nak minum pun kena yang campur macam Mocha tu. But nowwww... Kopi o ais adalah feveret. Yang bestnya (dan menjimatkan) saya hanya suka kopi je. Bukan nescafe. Hehehe
Ok lah. Tu je lah buat masa ni. Banyak sangat pulak merepeknya ni. Keje melambak nak kena siapkan.
Till then, take care!

TTFN


No comments: