NuffnangX

Saturday, August 03, 2013

Pre Raya Entry

Hi Assalamualaikum, 

Preparation raya tahun ni adalah yang paling tak ada langsung. Well, macam tahun2 yang lepas, saya memang takde semangat la nak raya2 bagai nih. Pada saya, raya adalah cuti panjang. Tu je. Takde makna lain. Haha. Bagus kan? So, tahun ni memang tak prepare apa2 pun. Baju raya, memang takde la macam tahun2 lepas. Pakai je la jubah2 yang beli masa Umrah ari tu. Lagipun, baju2 hasil rembatan kat flea market tiap2 minggu tu banyak. Yang tak pakai lagi pun ada banyak. So, hentam je la. Ala... Raya bukannya pasal baju baru sangat pun kan? Duit raya? Errrm... Since this year Siti Radz punya semangat raya adalah kosong, oleh itu, tiada allocation untuk duit raya ye. Saya hanya akan bagi senyuman paling manis je. OK? Ala, raya is not about collecting the money kan? 

Setakat puasa ni, Alhamdulillah berjaya la jugak turunkan sikit berat. Berat tu takde la banyak sangat turun nya. Adalah few kilos je. Tapi boleh rasa la baju tu macam longgar sikit. Pakai jeans pun dah ala2 hip hop dah bak kata kawan2. So ok la tu kan? 

Saya rasa saya ada project. Actually dah lama dah terfikir pasal project ni. Tapi memandangkan ni dah nak cuti raya, maka plan saya tu, saya akan teruskan lepas raya nanti je la.  I need to get out of my comfort zone. Tu je. 

Saya berjanji, saya akan belajar menjahit dengan bersungguh2 lepas ni. Setakat ni, dah berjaya jahit satu lagi baju kurung tanpa bantuan cikgu. Hehe. Tapi memang senget2 sikit la kot. Tapi biar la. Lagipun, saya budak baru belajar. Hehehe. So, lepas raya ni, on top of that  project, ni adalah project saya lagi satu.

Saya rasa, lepas raya ni saya akan busy. Dah penat la kot duduk diam2. Lagipun, someone said something to me just now. So, saya perlu buktikan pada dia, saya boleh. Harap2 Allah permudahkan segalanya urusan saya. 

Ok lah. Saya ada 'research' nak kena buat. 

Till then, Selamat Pre Hari Raya. 

Bye!

No comments: