NuffnangX

Friday, September 13, 2013

Attitude!

Assalamualaikum...

Korang penah tak encounter a situation yang mana, korang pegi kedai atau pun mana² pastu tengok budak2 dok berlari² main kejar² dalam kedai tu while their parents sedang membeli belah. Annoying bukan? Haih. Seriously saya takleh nak tolerate dengan keadaan cam tu. Paling best, bila mak bapak buat² tak nampak. Hadoiii.. Tolong lah!

 Last week, saya singgah la satu kedai ni. Kedai ni memang jual bahan² basah so biasa la bila petang² time balik keje tu memang ramai la orang. Masa tu ada la sorang akak ni and her daughters. Tiga orang budak perempuan dok main kejar² dalam kedai. Main ikut suka je la langgar² orang. Pastu semua benda korang nak pegang. Pastu celup tangan kat dalam besen yg letak togeh. Then lari lagi satu kedai. Pastu picit2 santan yg dah siap pack dlm plastic and sambung lagi dengan aktiviti² yg sangat menjengkelkan. Mana mak diorang? Owh, masih mencari bahan² untuk dimasak. Takkan la tak perasan anak awak tu yang paling 'meriah' dalam kedai tu kak oi???!! Haih.

Saya dah mula rasa annoyed. Masa saya nak bayar tu, salah sorang anak dia pergi bukak tempat letak straw and play around with the straw! Hello! Kotor la! Tangan awak tu dok pegang ntah apa² dari tadi dok celup² air tu semua. Eeeyyy geram je menengoknya. Saya tengok mak dia beratur kat belakang saya. Dia boleh buat tak tau eh. Ok, since mak awak tak reti nak tegur, meh la akak ni tegur ye. Saya tepuk tangan dia. Pastu saya cakap "jangan buat macam tu. tangan awak kotor. Nanti orang lain pun nak guna straw dari situ." Dia pandang saya, terkebil². Mungkin terkejut kot. Pastu tengok mak dia. Lepas tu saya pulak tengok kat mak dia. Pastu baru la nak tegur budak tu. "Kakak, jangan la buat macam tu..." Haih! Sangat menjengkelkan. Hah kau, ambik. Menjengkelkan terus aku bagi.

Some parents are like that. Adoi. Yang anak² pun, ada je jenis yang macam tak pernah keluar rumah. So, bila dah dapat keluar tu, macam sakai. Sorry, mungkin bunyi macam kasar. Tapi itulah hakikatnya. Pegi kedai nak pegang sana sini. Ok. Fine. Itu memang perangai budak. Curious. Tapiii... Mak bapak kena la pandai control. Pastu yang jenis kalau anak nangis tu, hadoiii.. Ada je parents yang buat² tak tau sebab kononnya nanti bila tak layan, budak tu senyap la. Kalau anak awak tu jenis yang diam lepas sepuluh saat, tak pe la. Ni kalau dah sampai 5 minit pun tak reti diam, awak ingat semua orang terhibur? Nak practice pendekatan cam tu kat rumah, silakan. Tapi bukan kat tempat awam i.e. kedai makan, supermarket. Haih.

I have nothing against kids. I love kids. Dan saya faham perangai budak². Tapi saya cuma tak leh tahan dengan budak² berperangai macam tu. Saya bukan nak kata apa, tapi kitorang adik beradik kalau buat perangai macam tu masa zaman kecik² dulu, memang siaplah dapat habuan dari Mama. So bila tengok anak orang lain macam tu, saya terfikir, mak korang dulu didik korang dulu macamana????

Sekian,
Siti Radz

No comments: