NuffnangX

Friday, March 05, 2010

Nape banyak sangat kes dera skarang ni?

Lagi kanak-kanak maut didera
Oleh ZAINAL AZHAR MOHAMEDjenayah@utusan.com.my
PETALING JAYA 4 Mac - Genap seminggu selepas kematian Syafiah Humairah Sahari, 3, akibat didera, kita dikejutkan dengan satu lagi kes penderaan yang meragut nyawa seorang kanak-kanak yang lebih muda - baru berusia setahun enam bulan.
Bayangkan dengan usia sekecil itu, kanak-kanak malang tersebut, K. Hareswarral mengalami kecederaan serius yang sukar untuk digambarkan dengan kata-kata.
Enam tulang rusuknya patah, hatinya pula hancur, kepalanya terdapat kesan cedera parah akibat dipukul manakala kemaluannya pula dicekak dengan kuat berdasarkan penemuan kesan kuku.
Itulah seksaan yang dihadapi kanak-kanak itu, dipercayai dilakukan oleh seorang lelaki iaitu suami kepada penjaganya yang bekerja sebagai kelindan lori.
Kejadian berlaku di Pangsapuri Seri Ara, Damansara malam tadi dan mangsa yang merupakan anak tunggal kepada A. Karigalan dan K. Thilagawathy disahkan mati di Pusat Perubatan Universiti Malaya (PPUM) pada pukul 12 tengah malam.
Thilagawathy yang berusia 23 tahun merupakan isteri kedua Karigalan, 42, seorang penerbit filem bebas.
Ketua Polis Daerah Petaling Jaya, Asisten Komisioner Arjunaidi Mohamed berkata, kejadian berlaku antara 10 hingga 12 tengah malam selepas mangsa ditinggalkan ibunya kepada bekas pengasuh bayi itu yang juga jiran mereka.
Menurutnya, bayi itu ditinggalkan untuk sementara waktu sebelum ibu mangsa menyelesaikan urusan peribadi.
Sebelum itu, katanya, mangsa ditinggalkan bersama neneknya yang uzur, namun bimbang berlaku sesuatu yang buruk, ibu mangsa kemudian menghantar mangsa ke rumah suspek.
"Ibu mangsa sebenarnya risau untuk menyerahkan anaknya kepada pasangan itu kerana mereka disyaki pernah mendera mangsa berdasarkan lebam di pipinya.
"Tetapi bagi menyelesaikan urusan penting, dia terpaksa berbuat demikian untuk sementara waktu," katanya pada sidang akhbar di Ibu Pejabat Polis Daerah Petaling Jaya di sini hari ini.
Arjunaidi menambah, suspek berusia 33 tahun dipercayai telah membawa mangsa ke taman permainan berdekatan selepas ibunya beredar.
"Di taman itu, mangsa dipercayai didera dengan dipijak dan disepak selain dipukul dengan objek tumpul.
"Suspek yang takut melihat keadaan mangsa yang lemah kemudian membawa bayi itu ke sebuah klinik berhampiran untuk rawatan sebelum dihantar ke PPUM (Pusat Perubatan Universiti Malaysia)," ujarnya.
Tambah beliau, malangnya kanak-kanak itu disahkan meninggal dunia kira-kira pukul 12 tengah malam tadi.
Arjunaidi memberitahu, suspek kemudian membuat laporan pada pukul 12.35 tengah hari ini mendakwa kanak-kanak itu mati akibat tercekik gula-gula.
Namun, beliau berkata, selepas meneliti laporan bedah siasat hari ini, polis terpaksa menahan suspek tengah hari ini untuk disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan.
Difahamkan, suspek dan pengasuh kanak-kanak itu sudah lama mendirikan rumah tangga namun tidak mempunyai anak.

==========================

Subhanallah... Sedih... Kenapa sampai nak mendera budak2 nih? Bodoh ke apa? Ntah apa la perasaan diorang masa tu eh? Takde rasa simpati ke dengar budak kecik tu menangis meraung menahan sakit? Apa salah budak tu? If ada salah pun, marah je la. Tak yah la sampai nak dera, bongok!!! Orang macam ni memang tak patut dimaafkan. Patut siksa je dia sampai dia mati. Bodoh, bongok, bangang punya manusia~!

**Maaf kerana agak emo. Saya sayang budak²... harap maklum.

No comments: