NuffnangX

Wednesday, November 03, 2010

Sistem badan blom tune lagi ....

Assalamualaikum...

Dah tengah malam baru nak update.
Sebab? Sebab siang hari sibuk memaksa diri untuk tido.
Smalam masa break borak² la ngan colleague aku.
Tanya la dia biasanya dia dapat cover ke waktu tido kalo time siang...
Dia kata, balik rumah, jangan tido terus.
Tido lambat sket. Sebab kalo tido terus, nanti kejap je dah terbangun. Pastu nanti takleh cover tido sebab tengahari tu takkan boleh tido balik sampai la ke petang.
So, lepak² dulu, baru la tido.

Itu la yg aku buat siang tadi.
Sampai rumah around 7 cam tu.
First skali sesi melayan kucing², pastu on TV.
Aku tak tengok pun la TV tu, sebab aku kan malas nak tengok TV. Setakat untuk biar rumah tu ada bunyi je.
Pastu, aku masuk baju kotor dalam washing machine, jalankan.
Then, aku kemas rumah. Siap mop bagai la.
Pas tu tengok apa barang ada dlm fridge untuk dimasak. Tapi takde barang and aku malas nak kuar. So, lunch tu aku panaskan je la nasi goreng smalam yg ada sikit lagi balance tu.
Errmm.. Apa lagi ek? Owh, angkat baju kat ampaian and lipat.
Pas tu kain dah siap, pegi jemur lak. Then, jalan kan lagi satu load.
Pas siap semua tu, aku mandi.
See... Betapa bz nya aku di pagi hari. Even phone pun tak bawak kuar dari handbag. Biar je.
Pas tu, kol 10 cam tu, masuk bilik, tutup langsir, tutup mata.
Tapi... Hampeh!!!
Dok la terkebil² lepas tu. Mata dah ngantuk, badan dah penat, tapi still takleh tido. Ada dalam setengah jam cam tu kot, aku cuba, pastu baru boleh tido.
Ingat boleh la tido lama sket sampai kol 2 cam tu.
Ye, konon la pukul 2. Skali terbangun, tengok jam tepat kol 12.
Tapi cuba lagi untuk lelap. Tapi tak de hasil.
Sudahnya, bangun, jemur kain and lunch sebab dah lapar.
Dengan harapan, bila dah kenyang boleh la tido balik.
Akan tetapi.. Mata aku makin segar lak lepas tu.

Kalau ikutkan kena masuk office kol 6 pm tadi sebab ada refresher session ke apa ntah, tapi tak jadi. Nasib baik la kan tak jadi.
Kot tak, sure aku jadi zombie.
Agak2 kol 4 tu berjaya tido. Tapi setengah jam je. Hehe.
Boleh la dari tak tido langsung.
Aku rasa memang siang hari susah la kot aku nak tido.
Takpe besok kita cuba lagi. Hehehe...
Belum tune lagi kot. :)

Ok lah.
Kang aku update lagi.
Banyak lak request yg masuk.
Till then, daaaa...

No comments: