NuffnangX

Thursday, March 10, 2011

Walaupun malas, ku gagahkan jua..

Cewah. Tajuk tak bleh bla.. :þ

Ce teka ce teka apa Siti Radz masak ari ni? Hehehe. Mengada.
Ari ni dalam kemalasan dan kemengantukan, masak la jugak 2 lauk.

Ok, 1st kita masak sup ayam.

Ni bahan utama - ayam, carrot, cauliflower & kentang russet. Ayam tu takde la semua. Sikit je guna. Pilih yg tulang2 je.

Eh lupa, ada bawang merah, bawang putih and halia. Tumbuk pastu tumis. Agak2 dah best je bau, masukkan ayam. Pastu masukkan air. Then, masukkan bahan2 lain ikut tahap keras. Haha. Ye la. Mana yg keras and kena lama sikit, so dia masuk dulu. In my case, kentang ngan carrot masuk dulu. Tak lama lepas tu masukkan cauliflower. Pastu biarkan diorang bergaul mesra dalam tu. Agak2 dah empuk, tutup api. Owh before that, jgn lupa segala bahan perasa. Ingat! Jangan letak banyak garam. Not good! Pastu kalau mama, mesti siap dgn daun sup segala bagai. Tapi version Siti Radz mmg takde. Hehehe. Sila jangan ikut perangai malas ku ini. :þ

Now, sementara tunggu sup siap, meh kita proceed ngan lauk ke dua. Fyi, ini adalah percubaan pertama untuk masak terung berlada ni. Selama ni makan kat kedai je. Ok, mari kita cuba..

Bahan utama. Sama lebih kurang ngan bahan2 nasi goreng simple smalam cuma takde ikan bilis. Still menggunakan teknik tumbuk menumbuk.

Memula goreng la terung tu dulu. Part ni aku mcm confuse sket. Nak kena lumur ngan garam ngan kunyit macam goreng ikan tu ke or just goreng plain macam tu je? Puas nak fikir. Sudahnya aku letak la jugak garam ngan kunyit tu sikit. Lepas goreng, angkat and letak tepi. Pastu tumis bahan2 yg ditumbuk tadi. Letak asam keping sikit and tambah la bahan perasa. Pastu, curah la kat atas terung2 tadi. Siap!

So, ini lah hasil kemalasan Siti Radz hari ini... :)

Ok, tu je. Hari ni pegi keje bawak bekal sup ayam. So, kalau pentukang-bawak-pegi-makan tak datang pun takpe. Saya dah ada makanan. Ceh.. Eksyen betul kau ye Siti Radz. Hahaha.

Sekian. ;)



Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

No comments: