NuffnangX

Monday, April 04, 2011

Kenduri Durian

Macam biasa, weekend kan untuk family. 
Last weekend, kitorang ke Bukit Beruntung. 
Ada wedding. Cousin aku punya anak buah belah husband dia kawen. 
Since masing2 tak tau tempat, so kitorang semua berkumpul kat Paya Jaras - rumah Andak. 
Masa otw nak sampai rumah Andak, lalu la kat tempat tapak pasar malam. 
Huih bukan main meriah orang jual durian. 
Tapi sebab kan nak pegi rumah orang kawen, maka, tengok je la.

Balik dari wedding tu, singgah lepak2 kat rumah Andak balik. 
And this time, aku ngan Mok pegi beli durian. 
Ada macam2 harga. Nak kira longgok pun boleh, nak kira ikut timbang pun boleh. Bila tanya mana yang sedap, dia tunjuk la yg D24 tu.
RM 10 per kg. Kalau aku pegi sorang, memang itu la jugak harga yg aku bayar. Coz aku memang tak reti la nak tawar menawar nih. :)
Lepas mintak kurang, dapat la RM 8 ringgit per kg. Tak tau la murah ke tak.
Aku tak de la reti pun nak beli durian segala nih. Selama ni reti makan je. 
Berdiri je la depan tu. Pastu orang tu tanya nak yg macamana. Nak yg pahit ke nak yg manis. 
And masa tu la baru tau, if isi dia warna kuning, maksudnya isi dia manis. 
If isi dia warna putih, maksudnya pahit. See... At least, aku blajar something. 
 Pilih punya pilih, hah, amek kau, 10 kilo semua skali. Pastu tambah lagi beberapa biji. Senang kira. 


Family kitorang memang "hantu"durian.
And adegan makan durian ramai2 adalah sangat best!
Duduk ramai2 depan rumah, borak2 sambil kenduri durian...
Owh lupa lak nak citer pasal durian.
Durian2 itu adalah best. 
Menepati citarasa. 
Ada yg manis, ada yg pahit. 
Isi pun tebal. 
Kira berbaloi la...

Huhuhu... Nengok gambar tu, buat aku rasa nak makan durian lagi. 
Tak sabar nak kenduri durian kat kebun Kak Ct
Hehehe...


*dek seronok sangat makan durian, malam tu susah nak tido sebab panas sesangat. Dah la cuaca skarang ni mmg panas, campur lak dengan makan durian, hah, rasakan!





5 comments:

Suara Kalbu said...

Mak oiiiiii.. dah lama duk pendam nafsu nak makan durian ni tapi tahan-tahan jer.

Pasar malam Paya Jaras memang meriah hihihi

jomsantaisekejap said...

Ehhhh sama. family kitaorang pun memang 'hantu' durian...Kak ct pun bila tahu sy hantu durian tengah kecut perut tu...nnt dengan pokok2 sy ratah...
errr ct suka durian pahit atau manis?

Siti Radz said...

SK: make sure awak dah sihat baru bleh makan durian ye... nanti makin menjadi lak sakit tu...

Encik Santai: saya prefer yg manis. Kalau yg pahit tu boleh, tapi xleh pahit sangat...

vielyns said...

huhu hubby takleh la mkn durian ni..takut eh. Boleh la dalam kadar 2-3 biji jer ;).. Sy boleh la..huhu anak2 mmg suka sngatla durian ni..

Siti Radz said...

Oo ye ke? Kira boleh makan, tapi takleh banyak ek? Rugi kan?