NuffnangX

Wednesday, April 20, 2011

Masih ada yang sayang...

Minggu lepas, masa balik dari keje, dengar bunyi kucing mengiau2...
Ingatkan kucing yg biasa tunggu and mintak makan tu.
Bila panggil, mmg kucing tu datang tapi bunyi kucing mengiau tu tak hilang2.
Cari punya cari rupanya ada kucing kat atas bumbung rumah TNB tu.
Ntah macamana la dia boleh ada kat atas tu.
Lagi kesian coz dia macam nak turun, tapi takut2.
Puas la panggil, tapi dia xmo turun.
Masa tu ada la van buruk kat tepi tu.
Ikutkan hati, nak je la aku panjat van tu.
Tapi ye la. Aku kan "comel".
Haa... Kang tak pasal2 kena pulak bayar the damage of the van kan?
Dengan berat hati, aku biarkan kucing tu kat situ dengan harapan, dia akan pandai2 turun.

Itu hari Isnin.

Hari Selasa and Rabu aku MC.
Tapi everytime aku lalu kat bawah tu, aku tengok2 gak kat atas bumbung rumah TNB tu, tak de la pulak nampak bayang kucing tu.
Panggil2 pun dah takde yang menyahut.
So, aku assume kucing tu dah turun.

Khamis.
Balik dari keje, aku lupa nak tengok. Lagipun masa tu aku balik keje dengan mata dan hati yang bengkak. So, dah tak bother pasal keadaan sekeliling. Masa tu kat kepala ni tak fikir lain. Apa nak jadi, jadi lah! :'(

Jumaat.

Balik keje, park kreta dekat tempat yg sama macam hari Isnin. And this time, dengar lagi bunyi kucing tu mengiau. Panggil2, tengok dia kuar dari celah2 bumbung tu. Dia macam dah tak larat. Kurus gila. Macam dehydrated pun ye. Serious kesian. Just imagine brape hari dah dia "tersangkut" kat atas bumbung tu. Tak sampai hati tengok dia cam tu. Aku panggil and umpan ngan makanan kucing pun dia still takut nak turun. Dia datang la jugak kat tepi2 bumbung tu, tapi takut nak lompat.
Tengah aku dok berusaha pujuk kucing tu lompat atas Innova kat tepi tu, ada sorang budak Cina dok perati aku. Memula dia tengok dari jauh. Pastu, dia datang dekat. Budak tu baru balik dari skolah. Still in her school uniform. Pastu dia pun ikut sama2 panggil kucing tu. Then, dia tanya "kak, kalau I panjat ini kereta, boleh ah?" Masa tu dia tunjuk kat kereta Waja tepi Innova tu. Aku cakap aku tak tau. Kalau kereta aku, I don't mind. Ni, kreta orang. Takut owner tu marah. Tapi budak tu naik gak la. But, still tak dapat nak grab the cat sebab tak sampai. Dia mintak amikkan payung, tapi bila tengok payung tu, kucing tu lari lagi jauh.

Budak tu turun dari kreta tu, then pegi kat Innova tu. Pastu cakap "kalau naik atas ini kereta, mesti boleh kan kak?" I said, "Yes" tapi still, benda yg sama aku cakap kat dia, takut the owner marah. Lagipun, she's still in her pinafore. Pastu, Innova tu kan tinggi, kang kalau jatuh camana? But this girl kan... Kejap2 tanya boleh tak kalau dia nak panjat. Tengah dok tanya2 tu, dia panjat gak. Hehehe... Dengan berbekalkan makanan kucing tu sebagai umpan, kucing tu datang dekat.Elok je kucing tu datang dekat, dia grab the cat and pass kat aku.

Yeay!!! Berjaya!

Kucing tu dah selamat kat bawah, dia ni still kat atas Innova tu tak reti nak turun camana. Part tu lawak sket. Hehehe... Lepas tolong dia turun, kitorang tengok keadaan kucing  tu. Kebulur. Masa aku bagi makan tu, dia siap bunyi macam nak gaduh. Kesian. Brape hari dia tak makan. Kan?

Alhamdulillah la kucing tu tak apa2.
Smalam balik keje, nampak kucing tu dah lari2 kat celah kreta kat bawah.
Saya adalah suka!
Sekurang2nya, ada juga yg membuatkan saya gembira. =)


After a while, you just feel tired and can't cry anymore. You just have to believe that what happens is what's supposed to happen and you can't change that no matter how hard you've tried. So just dry the tears and live with it. Let's just hope for a better tomorrow.

 

4 comments:

ctmarqonah said...

Poor cat.... Cuba kalau kite??? Kesiann kt die... Tpi, Chinese gurl 2 berani... Cayalah korang!!! Good Job!!!!

Suara Kalbu said...

Setuju,

Setiap kali saya beri kucing makan, saya happy kerana sudah buat dia happy :-)

Siti Radz said...

ct: tq tq tq! =)

SK: kucing adalah antara makhluk Tuhan yg sentiasa berjaya buat saya gembira walaupun dalam keadaan sedih.

vielyns said...

huhu sedihnyer..