NuffnangX

Friday, April 22, 2011

Siti Radz & Cinta Terlarang

Hahaha... Title takleh blah!
Agak poyo di situ. :Þ
Macam ni cite dia...
Smalam balik dari keje pun dah lambat.
Masa dah nak sampai rumah tu, tengah dok cari parking, skali tetiba ada anak kucing melintas.
Tapi dia bukan melintas pun. Dia lari2. Pastu berhenti tengah jalan.
Ada la motor stop nak halau, tapi dia buat tak tau je. Then motor tu pun jalan.
Aku ni sah2 la takleh nak jalan coz dia dok kat tengah2 jalan kan?
So, aku kuar and alihkan dia kat tepi. Masa aku sampai kat kreta, nampak dia kat kaki aku.
Masa bila sampai pun aku tak sure. Disebabkan banyak kreta dah queue kat blakang kreta aku, aku just angkat dia and bawak masuk dlm kreta. Letak dia atas riba, then jalan.
Biasanya kalau kucing tu tak biasa, dia akan cuba lari kan?
Tapi si kecik ni duduk diam. Kira tak menyusahkan la masa aku tengah pusing cari parking tu.
Dia duduk diam je. Pastu... Dia berdiri, and kiss aku. Banyak2 kali.
Waaa... I jatuh cinta tau!!!
Aku letak dia kat seat sebelah, dia datang balik and duduk atas riba.
Ikutkan hati, aku nak je la bawak dia balik rumah.
Tapi mengenangkan kat rumah dah ada 9 ekor, memang terpaksa la aku lupakan niat nak kidnap dia tu.
Lepas dah park kreta, aku letak dia kat tepi, tapi dia ikut gak.
Then, datang si Ceng Cik - kucing peliharaan kitorang kat bawah.
Masa aku bagi Ceng Cik makan, aku letak si kenit tu skali.
Dia pun makan skali. Tengah dia makan tu, dengan berat hati, aku tinggalkan si kenit tu kat situ.
Aku tengok je dari jauh. Dia makan2, pastu, macam tercari2... Hoih, bergenang air mata. 

Sampai je kat rumah, aku tanya mama boleh tak aku nak jaga kucing tu.
But mama trus cakap "ni 9 ekor ni tak cukup lagi ke? Tak yah!"
Huhuhu... Sedih tau! Rasa macam kisah cinta terhalang je. :(

Yes, aku ngan kucing tak dapat dipisahkan.
Saya adalah sangat cintakan kucing.
Kucing adalah salah satu makhluk Tuhan yang tak pernah "fail" to make me happy.
Owh, saya bahasakan diri as "kakak" to setiap kucing yg saya jumpa.
Setiap kucing berwarna kuning/oren tu, saya panggil "Abang" dan kucing bewarna putih dengan tompok2 hitam, dipanggil "Adik".
Dan saya tidak pernah kisah untuk kongsi makan sepinggan dengan Shwagha sebab si Diva itu adalah buah hati cum best friend saya. :)

Ok la. Tu je.
Bye!

4 comments:

jomsantaisekejap said...

Sungguh2 terlarang sungguh.. Lepas ni sy nak suruh kucing sy si Blackie leset2 kat kaki awk..untung2 dapat makan free sekali dengan tuan dia.. ahaksss

Siti Radz said...

hahaha... ye la tu!!!

ctmarqonah said...

Sgt terlarang... Sedey pn ada... Kucing 2 manja... Die bru jmpa Siti pn dh jatuh sayang kt Siti... Isy isy isy... Sabar ea....

Suara Kalbu said...

Yes. Setuju dengan awak Radz. They always can make us happy