NuffnangX

Sunday, January 29, 2012

Bintulu? Apa tu?

Mama and Mok are going to Bintulu next week.
Mok ada keje kat sana and since Mama is on long leave, so Mama ikut la.
Sambil2 tu, boleh la Mama mengimbau kenangan lalu.*dulu kitorang duduk Bintulu sebelum both Papa and Mama bercerai*

Jadinya, outing kitorang hari ni kira macam banyak cerita pasal Bintulu la.
Auntie itu la. Auntie ni la. Orang tu dulu duduk mana la. Siapa orang tu la. Anak dia nama itu la. Cerita2 cam tu la.
Tapi itu adalah antara diorang je. (Mok, Mama & Along).
Saya? Saya adalah seorang perempuan blur.
Saya cuma mampu mendengar. 

Sorry. Saya tak ingat banyak perkara tentang Bintulu.
Pada saya tak penting.
Saya rasa saya pernah cerita dalam blog ni dulu.
Saya tak suka zaman kanak2 saya.
Maaf. Itu adalah kenyataan.
Sebab tu saya tak ingat banyak perkara tentang Bintulu.
Mungkin juga saya memilih untuk tidak ingat langsung?
Ya. Mungkin. 

Biasanya. Bila dengan kawan2 or even dengan Mr. 2609, mereka suka mengimbau zaman kanak2.
Kata mereka "zaman kanak2 tu best."
Sekali lagi saya minta maaf.
Saya tak banyak kenangan "best" tentang zaman kanak2 saya.


Bintulu?
Meh sini saya list mana yang saya mampu ingat.
  • Saya ingat nombor rumah kami.
  • Saya cuma ingat jiran kiri dan kanan rumah kami.
  • Saya ingat, dulu saya pergi tadika 2 tempat - Tadika ABF & Tadika Petronas.
  • Pastu, saya Sekolah kat Sekolah Rendah Tanjung Kidurong. (ye kot nama sekolah tu)
  • Saya ingat nama cikgu tadika saya. Cikgu Kiko. Dia adalah orang Jepun. 
  • Saya juga ingat nama guru kelas saya. Cikgu Sulaiman. A very nice guy.
Apa lagi ye?
  • Dulu rumah kami dekat ngan pantai.
  • Saya cuma boleh ingat 2-3 orang je kawan2 Mama kat sana.
  • Begitu juga kawan2 masa kecik. Cuma yang betul2 rapat. Iaitu anak kepada kawan2 rapat Mama tu juga.
  • Saya juga ingat saya pernah join taekwando.
  • Balik dari sekolah, lepas makan, kitorang pegi mengaji.
  • Skali skala dalam seminggu pegi swimming class.
  • Saya ingat Along penah kena sengat ngan obor-obor.
  • Mok pulak penah "patah" tangan and masuk hospital. Masa tu jugak Mama start melukis kat wad kanak2 hospital Bintulu.
  • Selain itu, kaki mok pernah tercucuk dengan pencungkil gigi. Terpacak kat tumit. Ngeri!
  • Ada juga saat2 yang saya akan ingat sampai bila2 tapi saya lebih prefer letak dalam slot "tak mahu ingat". :'(
Apa lagi?
Nil. Zero. Kosong!!!
Kenangan bertahun2 kat sana, seakan tak pernah wujud.

So that's it!
Itu lah saja memori saya tentang Bintulu.

Sekian. Selamat Malam.

No comments: