NuffnangX

Wednesday, January 25, 2012

Gugur

Skarang ni...
Si Kecik kitorang, Baby, memang suka ikut masuk bilik.
Dia akan berusaha menyelinap masuk tiap kali kitorang nak masuk bilik.
Kalau dia x dapat masuk, dia akan memekak kat depan pintu macamkan kena pukul.
Rimas.
Kalau siang hari, saya biarkan je dia masuk bilik.
Tapi kalau malam, memang tak dapat la.
Ye la.
Bedmate saya kan tak suka berkongsi.
Kang habis budak kecik tu kena lempang.

Antara aktiviti si kecik ni adalah menyelongkar khazanah bilik.
Masuk bawah katil ntah apa dia buat sebab kejap2 boleh dengar kepala dia terhantuk.
Pastu kuar dari bawah katil dengan misai yang penuh bgan habuk.
Dan dengan habuk penuh di muka, dia naik katil, kiss kita and tidur sebelah.
Haih.
Akak kau dah la takleh tahan ngan habukkkkkk... Hadoi...
Lagi satu aktiviti dia adalah aktiviti bebas.
Dia boleh main sendiri2 dengan apa saja yang dia jumpa.
Facial cotton, resit, penutup botol toner, plastik dan apa saja yang dia berjaya korek dari my dustbin.
Dan pagi tadi dia terjumpa sesuatu yang baru.
Bunga ros kering!
Fresh flower yang saya keringkan rupanya.
Dengan gugurnya bunga tu...
Maka..  Masuk tong sampah la jawabnya.
Tak sempat saya jadikan potpuri macam bunga2 lain yg saya keringkan.

Sorry.
Mungkin tempat awak bukan di sini wahai bungaku.

Till then, assalamualaikum.

Sent from Yahoo! Mail on Android

No comments: