NuffnangX

Monday, January 02, 2012

Sayang seadanya. Benci berpada2...

"Janganlah kamu terlalu menyayangi sesuatu, boleh jadi kelak kamu akan membencinya. Dan janganlah kamu membenci sesuatu, kerana boleh jadi kelak kamu akan menyayanginya..."

Betul ek? Betul la kot kan?

Sebab kita tak boleh terlalu sayangkan sesuatu. So kene sayang 'gitu-gitu' je?
Nope. Saya rasa bukan macam tu. Tak salah kalau kita nak sayangkan sesuatu. Tapi biar lah balance. Jangan lah 100% sayang terhadap seseorang/sesuatu tu je. Contohnya dalam bercinta. Takyah la kita letak 100% sayang kita tu kat partner kita je. Kena la simpan sikit untuk diri kita jugak. Diri kita ni pun kita kena sayang jugak kan? If 100% sayang kita tu kita dah letak kat orang lain, nanti besok2 kalau hubungan tu tak menjadi, dah tak ada sayang dalam diri kita. Kan? 

Sama gak macam benci. Part yang ni memang saya percaya sangat2. Sebab saya dah pernah experience benda ni. Dulu masa zaman sekolah saya cukup benci Polis. Kenapa? Sebab dulu2 saya pernah tengok Polis tampar orang awam depan2 mata saya. Lepas tu Polis pernah tahan saya sebab dia kata saya guna phone sambil memandu and dia mintak saya duit untuk settlekan hal tu. Sejak dari tu saya memang benci Polis. Tapi Tuhan maha kaya. Saya pernah berkawan dengan Polis. Dulu la. Ni kisah lama. :P Dan saya tau, tak semua Polis macam tu. 

Lagi satu, dulu saya cukup benci orang Kelantan. Sebab apa? Haha... Sebab saya susah nak faham lorat mereka. Pastu kalau korang perasan, semangat 'kaum' antara mereka cukup kuat kan? Sebab tu je. Lain sebab memang tak ada. Tapi tu dulu la. Sebelum saya kenal dengan Kelantan yang sorang nih. Haha. Sebab sekarang ni, mamat Kelantan itu adalah antara yang terpenting dalam hidup saya. Dan saya pun dah boleh faham dialect diorang sikit2. Annnd... Saya juga enjoy berjalan2 kat Kelantan sebab kat sana makanan diorang sedap2. Owh, don't worry. Saya masih sayang dan suka pada KL. Ini tempat saya membesar. Kan saya dah cakap tadi, walau apapun, kita kena balance. ;)

Sebab tu saya selalu cuba elakkan diri dari membenci sesuatu ataupun orang lain. Dan siapalah kita untuk terlalu membenci sesuatu sedangkan kita sendiri tidaklah se-perfect mana.

Till then, assalamualaikum. :)


1 comment:

Unknown said...

Amboi cik Siti pengenalan dan saranan yang sangat membina di awal tahun ini......tahniah kawan KU and happy new year :-)