NuffnangX

Thursday, October 11, 2012

Our last day together :(

Isnin tu sebelum pergi kerja, saya main2 dulu ngan budak2 ni. Lola macam biasa ikut je saya pegi mana. Tapi saya perasan, dia memang tak aktif langsung. Mojo je yg dok lari sana sini. Pastu terkam2 Lola. Muka Lola macam sedih. Dia tengok je saya bersihkan tempat berak diorang, kemas dapur and masa saya siap2 nak pergi kerja, saya cakap kat dia "Lola duduk rumah ngan Mojo k? Kakak nak go work. Nanti malam kakak balik, Lola duduk ngan kakak ok?". Pastu saya pergi kerja. Malam tu saya balik kerja, lepas duduk2 ngan diorang, saya masuk bilik. Nak tido. Masa tu Lola lari2 terus naik atas katil. Tapi, tak macam biasa. Instead of sorokkan muka kat rambut saya, dia just duduk tepi katil. Muka tetap sedih. Saya pergi kat dia and tido sebelah dia. Masa tu, saya perasan, nafas dia macam tercungap2 and ada bunyi weezing. Saya urut2 dia, and dia tutup mata. Saya tanya dia, "Lola sakit ke? Lola kan dah janji nak duduk ngan kakak. Nak teman kakak. Tak mo sakit k sayang? Besok pagi kita pergi klinik.". Told Mr. 2609 about it, and dia pun suh bawak pegi vet the next morning.

The next day dalam lebih kurang pukul 12 lebih cam tu, saya dah ada kat klinik (vet only opens at 11.30 am). Bawak both, Lola and Mojo sebab ingat nak vaccin and deworm sekali. Lepas cakap ngan vet tu, dia check. Dia kata, something is wrong with Lola. Breathing difficulties. She advised me to go to the hospital for further checkup. Nak kena x-ray. Dia explain, antara sebab kenapa dia cam tu. Masa tu dah nak dekat pukul 1. According to her, masa tu waktu makan. So, kalau nak pegi, after pukul 2. Saya dah la masuk keje pukul 3. I told her, I'll bring Lola the next morning. Tapi muka dia macam tak puas hati. She said, "kalau boleh, pegi pagi la."

The rest baca la thru printscreen k?





Memang saya pegi Giant pun lepas tu. Niat di hati bukan la nak shopping. Tapi sebab ada few things nak kena beli. Sambil2 tu still sambung whatsapp lagi. Borak2 la pasal insurance for the kittens segala bagai. Well, you know, anything for my love ones. Tetiba dapat call...

Hello Ms. Radzlianda. I'm Doctor Lim from UVH ya. You're Lola's owner rite?
Yes
Just to inform you, Lola your cat has passed away while we're doing the procedure.
...
Ms. Radzlianda, are you there?
How come you said she has died? She was ok when I left just now. You said you wanna do blood test rite? The procedure will only take place tomorrow rite?
Yes Miss. We have tried our best but something went wrong. Do you want to come over to collect her body or how?
...
Miss Radzlianda?
Err... I'll be there shortly.

Lemah selemahnya saya rasa masa tu. Sungguh saya takleh percaya. Air mata masa tu memang dah meleleh2. Straight call Mr. 2609.

Yang... Lola saya dah mati
Ha? Hospital dah call ke?
A ah. Baru je.
Tak pe la. Nak buat macamana. Dia memang sakit tu.
Habis tu camana ni. Saya tak tau nak tanam kat mana.
Biar la kat hospital tu. Nanti diorang buat. Kang awak pegi buat sedih je..




Rimas duduk dalam carrier tu. Mula2 kuar kan kepala cam ni. Lepas tu dia lompat keluar dan pergi kat saya and lentokkan kepala kat bahu.




Doktor kata, kedudukan organ2 dalam badan dia ok. Tapi paru2 dia kecik sikit. Tak normal. Kalau tengok betul2 kat situ, kat bahagian chest dia, sebelah tu nampak paru2. Sebelah lagi blur. Yang blur tu la fluid tu. Sebab fluid tu penuh kat situ, so itu lah sebab dia susah nak bernafas.
 Doctor cakap diorang kena kuarkan fluid tu. And they need to do some test on the fluid. Ada 2 possibilities. Either virus F.I.P or another virus yang saya pun dah tak ingat. Lepas explain this and that, she quoted me the charges. RM 340. And I don't mind. As long as my Lola sihat.



Gambar lepas x-ray while waiting for the doctor and merayu mintak ajak balik... Last picture of her yang masih hidup

Sebelum balik tu, saya just pegi  kat dia, and told her to take care and promised that I'll be back. Air mata dah meleleh2 dah masa tu. Sedangkan setakat nak tinggalkan kucing for 2 days je. Saya tengok dia macam sedih. Dia pandang je saya and no more meowing.

Masa kat registration counter tu macam dah malu sikit sebab semua orang pun pandang saya yang obviously baru lepas nangis. Lepas settle ngan deposit, saya pun balik. See. Ada visiting hour ok?
Macam hospital manusia.


Her last picture. Masa mintak permission nak snap her pic (kat situ tak boleh snap picture sebenarnya) Doctor said "Sure. I can see you love your cat so much. We're sorry for you". Pastu doctor tu lipat sikit towel tu sebab kat situ banyak darah..

 Sepanjang saya kat situ, memang takde langsung rasa malu. Menangis semahunya. While listening to the explanation from the doctor. Kissed her non stop. Minta maaf pada dia. And thank her for being a good cat. Sebelum balik, kissed her for the last time and cover balik her body ngan towel tu.

Before balik, diorang suruh saya sign form and ambik refund deposit tu. Told them it's ok. Saya donate pada hospital for them to cure other cats. Saya harap diorang 'uruskan' Lola saya elok2.

Carrier kosong je yang saya bawak balik untuk Mojo yang kena tinggal. Yang saya promise sebelum saya keluar rumah "Mojo tinggal k? Kakak nak bawak Lola see doctor. Lola is sick. Jap lagi kitorang balik ok?"
Saya tak boleh berhenti menangis. Balik rumah tengok Mojo yang monyok. Saya ignore dia and terus baring dalam bilik. He came to me and kiss my face. Dia pun monyok. Tak tahu samada dia monyok tu sebab kesan vaccin tu (vet kata kittens  ni macam baby, lepas kena cucuk, sure demam) atau pun dia faham saya yang kesedihan, faham yang Lola dah mati.

I went to office (saya ambik halfday leave je, remember?) dengan mata yang bengkak. Dengan hati yang teramat lah sedih. Mujurlah saya ni dikenali dengan pesakit mata yang tegar. So, mereka2 yang kat office tu ingat saya sakit mata. Disebabkan saya terlalu banyak menangis, kepala saya sakit bagai nak pecah. Siap rasa nak muntah.

Saya sebenarnya ralat. Pagi tu, saya tak buat benda yang saya selalu buatkan untuk diorang. Saya nak mandi, Lola ikut, tapi sebab saya baru basahkan lantai bilik air, saya suruh dia kuar. So dia tunggu depan pintu toilet. Selalunya pagi2 saya bagi diorang makan soft food tu, tapi pagi tu saya tak bagi sebab malam sebelum tu, pukul 4 pagi saya bangun bagi diorang makan. Sebabkan Lola susah nak bernafas, saya takut nak bagi lagi sebab kang terlebih kenyang. Lola punya perangai, dia tak suka meow dan mintak2. Dia just ikut mana kita pergi and pandang dengan muka sedih. Dan wajah itu lah yang terbayang2 kat depan mata saya sekarang. Dan tiap kali itulah saya akan nangis.

Ok lah. Tu je la kot setakat ni. Saya masih bersedih. Walaupun begitu, saya cukup bersyukur pada Tuhan sebab meminjamkan saya untuk pelihara Lola walau sekejap. Saya harap saya dah buat yang terbaik untuk Lola.

Dear Lola...  Kakak miss you. Hope you're fine there....

No comments: