NuffnangX

Wednesday, October 10, 2012

Saya dan mereka

I always love cats. Semua orang pun tau pasal kan? Saya sangat senang jatuh cinta dengan kucing even kucing tu tak try pun suh saya cintakan diorang. Sebab tu saya sangat emo bila orang buat tak baik dengan kucing. Walaupun begitu, saya sentiasa ingatkan diri sendiri agar tidak akan bela kucing kat rumah ni. Jadi, disebabkan itu, saya hanya bela ikan. Dan saya 'bela' kucing yang kat luar rumah ni je. Dulu ada tiga ekor. Tapi sekarang tinggal seekor je. Tiap2 hari / malam bila saya balik kerja, saya bagi dia makan. Kadang2 saya biarkan dia masuk. Tapi kejap je la. Lepas makan, dia kuar.
Kadang2 rasa nak bela kucing tu mmg ada. Bila tengok orang post kat FB ada kucing for adoption, hati saya meronta2 nak call orang tersebut. Tapi setakat tu je la. Pastu, bila saya kata saya nak beli kucing, mesti mama marah. Sebab kucing kitorang kan dah ada 10 ekor. Macam hari tu, sempat la saya 'pinjam' Panda for one week. Hari tu masa Papa datang pun, papa ada kata, takyah la bela kucing. Ibu pun cakap yang sama. Bela kat luar je. Even Mr. 2609 pun tak kasi saya bela kucing. Dia kata nanti rumah busuk and baju saya ada bulu kucing. Dan satu lagi sebab every weekend saya takde. So, lupakanlah hasrat nak bela kucing tu. Fine. Semua orang pun tak kasi saya bela kan.

Satu hari tu, Mr. 2609 whatsap saya. Dia tanya "nak kucing tak?" Seriously macam tak caya. Maybe sebab dia pun penat kot dengar saya citer pasal kucing2 yang saya jumpa. Almost everyday mesti ada cerita pasal kucing. Tak kisah la bila jumpa or setakat bercerita dlm phone ataupun whatsap. So, tengah malam tu jugak saya ambik kucing tu. Masa ambik kotak tu, saya betul2 ingatkan seekor je. Sebab dia pun send gambar seekor je kan. Bukak2 kotak tu je ada dua ekor. Dan dari situ, bermula lah kisah cinta saya dengan diorang. Walaupun diorang kotor. Walaupun saya tak tau lagi apa jantina diorang. Malam2 tu jugak saya mandikan. Siap keringkan guna hairdryer. Lepas tu, bagi makan. Being a cat lover, saya sentiasa ada makanan kucing. Kan saya bela kucing kat luar tu. Even kucing tu just duduk luar, saya still sediakan makanan kering dan juga soft food tu. So, rezeki budak2 ni la dapat makan sedap malam tu. No more makan sisa2 makanan orang lain. Alhamdulillah.


Macamkan orang dapat baby baru, saya pun macam tu. Hari2 tak sabar nak balik sebab nak main ngan kucing. And pegi mana2 mesti nak cari barang untuk kucing. Seminggu dua kali mesti nampak muka saya kat petshop. Tiap kali pegi petshop, mesti banyak duit yang habis walaupun niat asal adalah untuk beli makanan diorang je. I'll end up buying segala macam benda lain. I don't mind spending more for the kittens. Alaaa... Macam ni la. Orang yang ada anak, mesti nak yang terbaik untuk anak masing2 kan? Sama jugak dengan saya. Pasir, beli yang serap bau. Dry food, mesti ada dan mesti lah yang elok. Soft food, beli yang kittens punya je dulu sebab diorang kecik, jadi, ketulan2 ikan tu pun mesti yang kecik2. Susu, sebab diorang anak yatim piatu, so kena beli kan susu jugak. Mainan, supaya diorang tak usik barang2 saya.

Ok, now citer pasal budak2 tu pulak. Macam yang saya mentioned kat atas, ada dua ekor. Seekor jantan dan seekor betina. Yang jantan, nama dia Mojo. Mojo ni kecik sikit. Dan sangat la manja. Gambar dia la yg Mr. 2609 snap masa nak tunjuk kucing tu. Muka kesian je. Macam tak larat. Tapi tu dulu. Sekarang tidak lagi. Dia adalah sangat hyperactive. Prefer untuk lari ke sana sini instead of 'catwalk'. Takut dengan bunyi hairdryer. Eh, jap. Bukan bunyi hairdryer je dia takut, bunyi2 yang kuat melampau semua dia takut. Bila takut, dia akan lari masuk bawah katil ataupun nyorok belakang fridge. Suka sangat buli Lola. Gigit2 Lola. Lari selaju mungkin dan terkam belakang Lola sampai Lola nangis. Bising. Kuat meow-ing. Time makan, suka makan sikit2 and banyak2 kali. Kurang suka makan dry food, tapi kalau soft food tu dah abis, dia tibai gak dry food tu. Suka celup tangan dalam akuarium pastu duduk atas akuarium.

Another one is Lola. Lola ni girl. Besar sikit dari Mojo. Active tapi tak de la sampai hyperactive macam Mojo. Tersangat manja. Kira hyper-manja la. Tak takut dengan bunyi hairdryer. Tak bising. Dan suka meow manja2 yang tak kuar suara tu. Suka main ngan rambut saya. Bila saya baring, dia suka sondol2 muka dia kat rambut saya sampai tertido. Suka ikut mana saya pergi. Tak kira mana. Mana ada saya, di situ ada dia. Even dalam toilet :) Suka main belakang tv. Kalau saya sidai kain kat balkoni, suka tunggu depan sliding door sebab saya tak kasi dia ikut sebab takut dia jatuh sebab dia pernah cuba selit celah2 palang nak panjat piring astro. Gilakan wayar. Tak kisah la wayar apa pun. Bila tido ngan saya, suka letak kepala atas tangan atau kaki saya - konon2 bantal. Time makan, suka makan one shot.

Setiap kali main2 ngan diorang, saya suka cakap "korang duduk sini dengan kakak tau, teman kakak tau, kakak janji kakak jaga korang sampai bila2 gak. So, takmo sakit or hilang, ok?". Yup. I'm a loner. And I only have these two kittens. Yang pada saya cukup menghiburkan hati saya. Saya make sure makanan diorang cukup sebelum saya ke mana2. Penting. Mereka adalah tanggungjawab saya. Dan yang paling penting, saya terlalu sayangkan diorang. :)


Masa mula2 dulu, bila nak tidur, saya tutup la jugak semua pintu including pintu bilik sebab takut budak2 ni berak merata. Tapi lepas tu saya pulak rimas. So saya biar je la. Jadi, tido la kami anak beranak satu katil. Hehe. Pagi saya dikejutkan dengan ciuman dari Lola ataupun gigitan dari Mojo. Sebab apa? Sebab diorang nak makan. Kadang2 budak2 ni hilang sebab tido bawah washing machine. Walaupun kadang2 balik keje tengok rumah sepah dengan kusyen yang kat sana sini, saya ok je. Paling best bila bukak pintu, and tengok diorang menderu. Mojo seperti biasa, akan menderu kejap je pastu terus duduk depan tempat makan. While Lola akan ikut je ke mana saya pergi.
Begitulah hidup saya sejak dua setengah minggu yang lepas. Bahagia bukan? :)

No comments: