NuffnangX

Sunday, July 28, 2013

Cerita Si Cengeng

Hi Assalamualaikum...

Sebenarnya saya isteri dia rindu. Apa yang saya rindu?
Meh sini saya citer. Saya...
  • rindu nak borak2. Hari2 saya cuma borak2 ngan kucing2 je. Bosan. Takde orang nak layan saya borak. Serious, saya sunyi dan juga bosan. 
  • rindu nak manjakan diri saya. Dah lama gila tak pegi spa, facial, pedi and meni. Rasa terabai sangat diri ini. 
  • rindu Mekah. Rindu yang teramat sangat. 
  • rindu kawan2 lama.
  • rindu nak pegi shopping. Omaigod, ni yang paling rindu kot. Shopping di sini adalah shopping yang betul2 shopping. Shopping saya sejak dua menjak ini adalah shopping kat flea market kat area office je. Sedih betul. 
  • rindu Mr. 2609 saya :'(
  • rindu family gathering. Family here bukan lah setakat family yang kami berlima, tapi kami lapan beradik campur dengan ketiga2 parents, inlaws, niece and nephews. Saya juga rindukan family besar saya. Tahun ni takde family day. Tak best betul. 
  • rindu nak pegi holiday. Oh, I need this badly. 
  • rindu Encik 2609. Ye, saya tau yg ni dah cerita tadi. Tapi saya rindu. Saje nak ulang lagi. 
  • last skali... Sebenarnya, sejak dua menjak ni, saya rindukan arwah Nenek dan Wan saya. Kan best kalau dua2 arwah ada lagi. Takde la kitorang raya kat KL. Dah la raya kat KL, bertiga je pulak tu. Pastu kalau arwah wan ada, mesti ada convoy raya dari satu rumah ke satu rumah dari pagi hari  sampai la ke tengah malam. Walaupun penat, walaupun most of the houses yg kita pegi tu hidang meehoon je, tapi bila fikir balik, saya rasa saya rindu kan kemeriahan itu. 

 Ok lah. Tu je. Lagi banyak cerita, lagi cengeng saya dibuatnya.
Till then, take care.

Salam sayang,
Siti Radz

No comments: