NuffnangX

Monday, March 30, 2015

Mama Mia

Assalamualaikum...

Pagi Khamis lepas, masa nak pegi keje, si Mia sibuk dok mengiau.
Dia bukan la jenis yg 'mesra alam' ni.
Tetiba pagi tu je jadi mesra alam.
Dah agak dah ni mesti kes nak beranak ni.
Manja semacam pas tu ikut je mana kita pegi.
Told MrAyah Mia ni sah nak beranak.
Terus dia masukkan dalam cage.
Satu hal pulak kitorang nak cari kotak nak letakkan dia kat dalam tu.
Nasib baik la jumpa container.
Pastu nak la jugak letak kain kan?
Masalah problem nya di sini adalah mana nak cari kain buruk?
Huhuhu... Maka dengan itu, MsMama punya baju la yg dikorbankan.
Baju dah beli lama tapi tak pakai sebab rasa tak berkenan. Siap dengan price tag lagi.
Selamat jadi alas untuk Mia bersalin.

Petang tu, masa balik keje, intai cage.
Tengok dia tengah kepenatan.
Dah beranak.
4 eko anak dia.
Seekor tu ikut kaler dia.
Yang lain ikut bapak2 diorang.
Hahaha, kenapa bapak2 sebab ada few cats kot yg mengerjakan dia...

Maka bertambah la lagi kucing kat rumah tu.
Well, kat luar rumah to be exact.
Sejak ada Aakif, MrAyah dah tak kasi kucing masuk rumah.
So, budak2 tu duduk luar rumah la.

Fresh from oven... Penat lagi masa tu...
Selamat menjadi mama sekali lagi ye Mia.
Last year, pregnant sama2...
Tapi Mia beranak dua minggu awal dari Kakak.
Sebelum ni Mia tak reti jaga anak.
Sibuk nak pegi jalan2. Tinggal anak2 sampai mati budak2 tu...
Hopefully this time Mia jaga anak2 tu betul2 tau.

The next day... Tengok la tu. Eee geram!

Abang Chico datang melawat...





No comments: