NuffnangX

Tuesday, April 14, 2015

kawan vs stranger

ever encounter a situation where someone so closed to you decided to be a total stranger to you? i've encountered the situation and in fact encountering it now.

apa aku rasa? memula rasa macam pelik. more to sedih actually. well, ye lah. selama ni korang berdua adalah yang paling rapat. sampaikan orang panggil kembar. mana ada dia, ada la aku. vice versa. tetiba sekarang ni, bila selisih pun ko buat nampak tak nampak. senyum? harus la tidak. bayangkan la ye. dengan stranger pun kita akan senyum bila terserempak depan2 kan? ini kan pulak kita yang pernah rapat suatu masa dulu.

tak tau mana silapnya. kalau aku ada buat kau sakit hati, let me know. i can't read your mind. seriously. bila ditanya, kau kata tak de apa2. tapi bila dengan orang lain, aku tengok ok je kau bergurau senda. tapi lepas tu, ngan aku , urat senyum kau terus lumpuh. well, mungkin lah jugak tetiba baru kau tersedar, i'm not your standard. sebab tu terus kau decide tak nak kawan ngan aku. childish kan?

nape aku sedih? sebab. i treasure my friendship very much. aku ni dah la tak ramai kawan. so, bila kawan aku buat aku cam tu, of course aku rasa sedih. sebab tu aku cakap, kalau kau kecik hati ngan aku, please let me know. mungkin aku tak sedar yg aku dah pun menyakitkan hati kau. tak pe lah kawan... kalau itu yg kau nak, aku terima. kalau aku ada buat salah dengan kau, aku minta maaf. halalkan makan minum aku selama ni. semoga kau terus berbahagia.

nasib aku bila berkawan, macam ni lah. sebab ini bukanlah kali pertama benda macam ni jadi. mungkin aku tak reti jaga kawan. sebab tu lepas sorang, sorang buang aku. yes, i put the blame kat diri sendiri. and for that, aku dah tak berani nak kawan rapat2 sangat ngan siapa2. setakat gitu2 je la. why? coz it hurts. badly.

on the other hand, to be honest, i don't give a damn dah pun. know why? coz buat apa la nak terhegeh2. dah orang tak nak kawan, nak buat macamana kan? (yes, i am ego like that). afterall, lebih dari apa yg kau buat kat aku ni aku dah rasa. so setakat bertembung tak bertegur sapa tu apa lah sangat. i've experienced more than that.

sekian.

No comments: