NuffnangX

Friday, March 25, 2011

Result SPM

Aku rasa untuk seminggu ni, ramai la yang cerita pasal result SPM.
Pengalaman masing2 masa ambik result.
Tak kurang gak yang nak bagi review pasal result tahun ni.

Aku SPM tahun 1997. Result keluar 1998.
Sementara tunggu result, aku keje part-time.
Kat mana? Dulu dah penah citer. Baca sini ye.

Few days before result keluar tu dah start takut2.
Ye la. Mau tak takut? What if aku fail?
Apa nak jawab ngan Mama ngan Papa?
Dah la diorang anta pegi tuition. Abang2 aku dulu, selagi tak masuk tahun periksa besar (PMR & SPM), takyah la sibuk nak pegi tuition.
Aku, form 4 pun sibuk merengek nak pegi tuition. Hehehe... Itu untung jadi anak perempuan tunggal ye. :)
Pastu aku siap buat plan, kalau result aku hancur, aku nak keje, pastu nak repeat. Kononnye la kan?
Macam2 la. And takde pun terlintas yang elok2.
Semua yang tak elok.

Result aku takde la "cemerlang" sangat.
Tapi boleh la. Setakat dapat 18 je.
Ada few As... And takde pun yg tak kredit.
Kira boleh la untuk aku yg malas nih.
Ye, saya adalah malas. Setakat harap pegi tuition ngan buat latih tubi kat buku Skor A.
Setakat buku latihan Skor A tu, memang melambak la...
Besok nak exam, hari ni baru nak belajar. Hehehe.
Just imagine kalau aku ni rajin, sure result cemerlang, gemilang & terbilang kan?
Apa pun... Alhamdulillah.
On the way nak balik, call mama dulu. Pas tu call papa.
Then, terus pegi keje. Hehehehe... Gila tak best.
Orang lepas amik result pegi celebrate. Aku pegi keje.

Lepas tu, ada la jugak papa bawak pegi Sunway College tengok2 apa course yg bagus.
Konon nak buat twinning program kat Monash University. Amik accounting la kononnya.
Tapi setakat pegi tengok2 je la.
Sebab nak amibik scholar petronas, kena la belajar kat UTP.
Err... UTP tu, aku tak apply pun ye.
Masa tu dapat UiTM Segamat buat business study kot.
Pastu papa call tanya "U nak belajar apa? IT ke engineering?"
Tak sampai few hours, papa call balik cakap "Congratulations, nanti boleh jadi pakar IT!"
Hahaha.... As simple as that. Ya, sila percaya. Itulah proses aku masuk UTP.
Takde buat apa pun.... :)

So, basically, itulah kenangan dari aku nak amik result sampai la nak masuk UTP.
Nanti senang2 aku citer macamana "suka"nya aku masuk UTP pada masa tu.

Till then, bye...

2 comments:

madammondoq said...

salam..

nice blog
nak tgok something yg gorjesss tak?
salam singgah ke blog saya..
TQ.

jomsantaisekejap said...

UiTM Segamat? Sy pun kira bekas student UiTM Segamat...
Memang pengalaman menunggu dan menunggu result SPM sesuatu yang mengecutkan perut ( sahaja)...