NuffnangX

Tuesday, January 24, 2012

Siapa-siapa itu?

Assalamualaikum...

Ini merupakan tahun ke 9  dia jadi Mr. 2609 saya.
Siapa dia Mr. 2609 sebenarnya?
Dulu saya pernah cerita sikit kot...

  • Dia adalah orang yang paling rapat dengan saya.
  • Dialah Guardian Angel saya.
  • Dia adalah tempat saya bercerita. Sakit perit kehidupan, perjalanan harian saya, cuma dia yang tau.
  • Dia tau dengan siapa saya berkecil hati, apa yang membuat saya gembira dan juga apa yang membuatkan saya menangis.
  • Masa saya tak tidur untuk beberapa hari dulu, hanya dia yang tahu penyebabnya.
  • Dia lah yang paling banyak mengambil tau pasal saya.
  • Dia lah satu-satunya orang yang akan bertanya "awak ada duit lagi ke?" sebab dia cukup faham perangai saya yang sangat susah nak pinjam duit dari orang
  • Dia juga tahu kenapa saya ni sangat takut dengan gelap.
  • Dia lah satu2 nya manusia yg hanya dengan mendengar suara saya boleh tau samada saya ok atau tidak.
  • Dia lah yang paling faham dengan perangai saya.
  • Dia juga lah yg banyak mengambil tau pasal saya sebab dia tau saya ni jenis yang tak menjaga diri.
  • Dia adalah "kaunter pertanyaan" saya.
  • Dia tau apa yang saya suka, dan apa yg saya tak suka
  • Dia adalah orang yang paling banyak bersabar dengan saya setiap kali saya naik angin tak tentu pasal sebab dia tak gaduh ngan saya.
  • Dia juga guardian angel pada 2609 saya yg lagi dua itu.
  • Dia terima saya seadanya saya.
  • Dia terima saya walaupun saya pernah tipu dia beberapa kali.
  • Dia sedia mendengar rintihan saya.
  • Dia sedia meminjamkan bahu untuk saya menangis semahunya.
  • Dia ada satu niat iaitu melihat saya bahagia.
  • Dia cuba sedaya upaya untuk menggembirakan saya walaupun mungkin satu hari nanti dia mungkin terpaksa dengar saya kata  "saya dah jumpa orang lain yang boleh bahagiakan saya". - Ya, asalkan saya bahagia.
  • Dia juga dikenali sebagai MB di kalangan kawan2 office saya yang rapat. Kenapa MB? Hanya kami2 je yang tau. :P
  • Dia menghantar makanan untuk saya setiap hari. Dan dengan itu, dia juga dikenali sebagai Mr. Delivery Man.
  • He's the best. Ya. Dia yang terbaik.
  • Dia faham keakraban saya dan Papa. Tak pernah walau sekalipun dia keluarkan ayat "asyik-asyik Papa..." bila saya asyik bercerita tentang orang tua saya itu. - Ya, ada orang pernah cakap macam tu pada saya. Memang silap besar. It's a big NO-NO ok!
  • Dia faham situasi keluarga saya. Walaupun macam2 yang saya complain, dia tak pernah cakap "Family awak memang bermasalah!". - how could someone yang berusaha untuk saya terima dia dalam hidup saya cakap macam tu? Memang lagi banyak lah "markah" yang kena potong.
  • Dia tahu minat saya adalah gadget dan bukan lah pada barang kemas. Sebab itu dia lagi suka belikan saya gadget daripada barang kemas.
  • Dia tak suka bila saya menangis kerana dia tau akibat daripada saya menangis itu saya akan sakit kepala yang melampau. 
  • Dia tau kadang² saya memberontak kat certain people tapi dia selalu ingatkan "ya, saya tau awak tak puas hati, tapi tak baik cakap kasar². Especially kat orang tua. Kena hormat..."
  • Dia bukan jenis yang bermulut manis. Kalau dia tak suka. Dia cakap. Takde cover2. Mulut adalah sedikit lazer. :P 
Cukup la eh?
Kalau nak listkan semua... Melampau panjang.
Kenapa saya boleh dengar cakap dia?
Sebab...
Banyak sebab sebenarnya.
Salah satunya adalah sebab pada saya, dia adalah seorang yg rasional.
Bila dia kata "no" pada saya... "No" itu bukanlah "no" yang kosong.
Dia akan bagi reasons. And on top of the reasons, dia juga bagi saya solution.
For example : Dia tak suka saya pakai "tak semenggah". Alasan: Lagi bagus berbaju sopan. Sejuk mata memandang. Solution: Dia belikan saya baju kurung banyak².
Contoh lagi satu: Dia tak nak saya pegi makan dengan ntah siapa2. Alasan: Dia tak suka. Solution: Dia hantar makanan untuk saya setiap hari. 

Bunyi macam saya terlalu mengagung-agungkan dia bukan?
Bukan mengagung-agungkan.
Tapi saya bersyukur, masih ada orang yang macam dia.
Dia juga ada kekurangan.
Saya banyak complain. Terlalu banyak benda yang saya "sound" dia.
Tapi adatlah.
Manusia mana yang sempurna? Pasti ada cacat celanya.
Dan saya terima semua itu sebagai mana dia menerima kekurangan saya yang terlalu banyak ini.

Dan kerana dia boleh lakukan semua di atas untuk saya, jadi secara tak langsung ianya telah menjadi satu 'standard' pada saya. Jadi bila saya cuba 'berkawan' dengan orang lain, saya dengan tidak sengaja akan membanding-bandingkan orang tersebut dengan 2609 saya yang satu ini. Dan... To compare yourself with him adalah satu kesilapan yang amat besar. Umpama anda membandingkan diri anda dengan Papa. Kerana, selepas Papa dan adik beradik lelaki saya yang lain, dia adalah lelaki seterusnya yang saya sayang. Macam yang selalu dia kata "kalau awak nak cari orang lain, saya tak kisah. Tapi biarlah sekurang²nya yang boleh jaga awak macamana saya jaga awak."


Saya tau dan saya yakin... Pasti ada kata² seperti "kalau dia lah yg paling perfect, kalau dia lah yang paling sesuai, kenapa tak kawen² lagi?" Lagipun dah terlalu lama kan? Well... Kalau anda tanya saya, ya, saya sayang dia dan saya mahu jadi sebahagian daripada hidup dia (walaupun memang sentiasa ada perkara² yang melibatkan saya dalam "to-do" list dia). Maksud saya, ya, saya mahu dia jadi "Imam" saya. Tunggu lah. Kalau ada jodoh, ada lah. Tipulah kalau saya kata saya tidak mengharap tapi itu semuakan kerja Tuhan? As I mentioned earlier, kalau ada jodoh, ada la...

So, ok lah. Itu je dulu buat masa ni.

Sekian, terima kasih.

No comments: