NuffnangX

Friday, December 30, 2011

And I bid farewell...

Pejam celik pejam celik kita dah sampai ke hujung 2011.
Yes, the year has come to its end.
How's yours? Hopefully it was a good one eh?
Mine? Biasa2 je.
Nothing much.
Ni antara cerita 2011 dan juga harapan 2012 saya.
  • Tahun 2011 adalah tahun tanpa azam.
  • Macam tahun2 yg lepas, 2609 saya x pernah gagal untuk membuatkan saya rasa macam nak pengsan bila dia sakit. Ye, tahun ini "dia" sakit dan xnak bangun untuk seketika awal tahun hari tu. Tak lupa juga beberapa insiden lain.
  • Tahun ni macam tak de cuti2 sakan with family. Stakat weekend getaway je kot. We went to Penang, KK and Melaka.
  • Tahun ini juga tahun sakit. Dari sakit kecik2.. Ke sakit yang every 2 months nak kena buat follow up check-up. Dulu rajin la. Now saya dah malas. Sudahnya, bila assistant Dr. Philip call, saya kata, saya dah sihat. Hehe
  • Ada satu ketika, saya tak boleh makan ayam.
  • Saya sayang blackberry saya tapi dia juga tidak sihat. Maka dengan itu, saya terpaksa ucapkan selamat tinggal BlackBerry kesayangan saya itu. Simpan elok2 dalam kotak. Banyak sangat kenangan lah phone itu.
  • Selepas BlackBerryy saya tinggalkan, saya adalah pengguna Samsung Galaxy S2.
  • Taktau kenapa, saya setuju untuk pegi video shoot for SGS 2 ni. Gila kelakar. Tapi kira ok la sebab antara yg tertinggi bilangan "view" nya. :P
  • Selama ni saya cuma ada dua 2609 dalam hidup saya (the-mobile-2609 dan the-human-2609). Tahun ini, saya tambah lagi satu 2609. Yup, the-mobile-2609 dah ada geng baru. Now saya ada tiga 2609 dalam hidup saya dan saya sayang ketiga²nya. :)
  • Mr 2609 is still the best. Sayang dia ketat2.
  • Alhamdulillah Papa dan Ibu saya berpeluang menjadi tetamu Allah tahun ini dan saat itulah yang paling perit saya rasakan. Owh, jangan salah faham. Perit di sini adalah kerana sepanjang Papa kat sana, saya adalah orang yang paling cengeng. Setiap kali orang "buat" saya, tahap kerinduan saya pada Papa makin meningkat. Kenapa? Sebab pada saya, satu2nya orang yang saya tau sayangkan saya adalah Papa saya.
  • Went to Penang for our CWS & SD away day
  • Untuk pertama kalinya saya main bowling dan bola meleret ke belakang. Never in my life!
  • Birthday tahun ni yang paling meriah hadiah2 nya...
  • I managed to escape and went for a short trip on my own.
  • Ada beberapa perkara yang suka untuk saya ingat tapi perlu saya lupakan. Alhamdulillah saya berjaya lupakan segalanya. Anggap saja lah ianya tak pernah berlaku. Apa pun, terima kasih saya ucapkan.
  • Saya ingin berubah. Untuk lebih 30 tahun saya biarkan orang sekeliling atur hidup saya. Saya penat. Kini saya mahu letak tepi semua itu dan hidup dengan cara saya. Ya, ini azam saya setiap tahun. Cuma saya berharap, tahun ini ia menjadi kenyataan.
  • Saya mahu mula kumpul barang2 untuk rumah saya. Walaupun saya hanya boleh masuk rumah tu setahun dari sekarang, tapi saya perlu mula sekarang. Sebab saya tidak berkongsi dengan siapa2. Apa2 pun adalah dari saya sendiri. Adat hidup sorang2 begini lah. Tak. Saya tak komplen. Cuma ini azam saya. 
  • Saya mahu berubah ke arah lebih baik. 
  • Impian saya, saya mahu menjadi tetamu Allah. Teringin sangat untuk saya melawat tanah suci. Insyaallah saya akan ke sana. 
  • Saya mahu kurangkan menangis. 
  • Saya perlu kuat. Hati kering ini akan berterusan sampai bila2. 
  • Ya. Saya perlu buat begitu sebab saya tak suka di pandang sebagai seorang yang lemah.
  • Saya mengharapkan perjalanan hidup yang lebih menarik selepas ini.
  • Walaupun apa pun yang terjadi dalam 2011 ini, saya bersyukur kerana diberi peluang untuk merasa semua ini :)
Sekian. Wassalam.

1 comment:

jomsantaisekejap said...

cukup teratur semua cerita awk...nice entry. Harap 2012 menjadi tahun yang lebih banyak story dan penuh makna dalam kehidupan awk ye...